Tuesday, March 30, 2010

PET the legend

tiada rekod jenayah..
(diberi jolokan Permesinan Ebangs Team oleh keciks)


Bangun pagi, gua berdiri dan merenung ke luar rumah... (tengah plan aktiviti apa nak buat kejap lagi).. Gua nampak moto.... gua rasa macam nak basuh moto. Lama da gua tak basuh moto. Err... baik gua servis dulu sebelom basuh. Kesian moto gua.. lama gak tak jalan sejak gua menukar trend gi keje naik skuter. Banyak jasa2 dia kat gua. Bertambah sedih lagi gua tengok bila ada telur cicak dalam lubang angin kabereter. Korang leh bayangkan tak??

Gua hantar moto gi servis, tuka minyak itam, oil filter, cuci kabereter, tuka spoket baru, rantai, tuka bateri dan plug. Ini semua gua lakukan kerana esok gua berkira2 nak pegi opis naik moto ni. Bercirikan kabereter Ts125, blok korek/ piston racing, tengkuk custom plus tayar sotong pasti zaman kegemilangan gua akan menjelma kembali. Makcik2 pasti melirik tajam pabila gua ke pasar!!! Aweks kilang Jabil pasti nyesal tak dapat bonceng...... Kalau lalu ikut Jambatan Pulau Pinang ke Pejabat MAB, Batu Maung..gua pastikan lorong paling kanan khas untuk laluan gua...pendek kata takde objek lain yang berani pintas kalau PET 8169 suda mengaummmm.. haha.

Satu lagi kecanggihan moto gua yang korang patut tahu dan kagum....Kunci Keta gua leh guna untuk stat moto nih..!!! maveles bukan??

Sepertimana yang gua janjikan... gua pergi keje naik PET. Sebuah mesin umpama hewan ternakan di mana gua diberi kuasa menghidup dan mematikannya. Jiwa gua mula terasa muda. Sekali sekala tayar depan gua kasi up!!! Itu baru demo beb... Gua pernah buat dua-dua tayar up sebelum gua menginap di wad 7, Hospital Seberang Jaya. Tapi tu cite dulu... tahun bila pun gua tak ingat. Ahhhh. Abaikan!!!

Bayangkan... gua betolak dari rumah dah lewat pukul 8.05 pagi....dengan kelajuan 60km/j gua berjaya punch kad pukul 7.58.. dua minit sebelum kul 8... hebat kan.. pantas bukan?? Bukan moto gua yang pantas kilat!! Tapi jam dinding rumah gua yang cepat 30 minit!!! Dah dah... dah.. tak payah nak pening2 kepala.. betul la tu.. ish...

Di opis, gua sentuh-sentuh kertas.. bukak2 fail.. buat2 tulis kemudian gua bersama geng2 seunit pegi bekfes tempat biasa.

Selepas bekfes... gua bersiap-siap untuk ke Pejabat MAB, gua diberitakan pihak Kastam amat membutuhkan khidmat gua di sana. Lantas PET ditunggang dengan amat laju sekali. Tiada siapa pun yang tahu gua tersengih-sengih riang dengan prestasi yang mengujakan sepanjang perjalanan dek kerana visor gua yang amat gelap.

Di jambatan Pulau Pinang.... gua semakin laju lagi... abis semua moto ex5, wave 125, LC135 gua cicirkan sewaktu dorang leka membayar tol. Dengan kelajuan Minimum 130km/j gua megah dijalanan!!! Cukuplah gua bagitahu gua memerah full trotel menggunakan jari kelingking, bagi membayangkan kehebatan gua. Sesekali gua tengok side mirrow.. haha takde satu objek pun kelihatan melainkan tiang lampu. Oleh kerana tiada saingan... semangat sprint gua semakin luntur.

Sedang gua leka pada kelajuan 80km/j, tetiba muncul sebuah lori kira-kira 5tan memintas dengan mudah. Semangat gua membara semula!!! Gua dengan pantas memecut sambil kepala ditundukkan sedikit supaya lebih aerodinamik. Agak sukar jugak gua nak pintas mungkin kerana saiz lori yang agak besar. Gua yang berada pada kedudukan kira-kira 2 meter di belakang bontot lori mencatu masa yang sesuai untuk menidakkan kepantasannya..
.
.
.

SIAL!!! Gua baru prasan... lori tuh bawak BABI.. sihat-sihat belaka berwarna pink!! Dia siap tunjuk bontot BABI kat aku.... ada bintik2 BABI lagi...... Sial betul!!! Gua malas nak cerita dah...Haramjadah....$#!%$$&


Nota Kaki Kontot: Korang pun mesti pernah kena kan?? haha

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...