Monday, March 15, 2010

Chenta Hati Abah..

Adesss... petang nih badan gua rasa letih sangat. Tak tau knapa.. Mungkin sebab banyak task yang gua dapat bereskan hari nih. Setiba di rumah, Chicha dah jerit2 memanggil abahnya. Gua yang tak berapa nak layan sangat perangai Chicha terus tukar baju kemudian tumbang di sofa. Kali terakhir gua lihat mama tengah menjahit baju di Sofa single mengadap TV. Serasa-rasa gua, gua masih leh tangkap dengar persekitaran gua walaupun mata sudah terpejam (hampir lelap). Tapi apa pasal tak leh nak tido nih??? Timbul rasa heran yang menebal dalam benak gua!!!

Pada kebiasaannya, Chicha sering main2 rambut gua dengan sikat... dah mmg tabiat dia. Dan kerana itulah leh wat gua tertido. Tapi kali nih gua rasa janggal...bagi menghilangkan kejanggalan itu, gua bersuara dengan nada sederhana, “Chicha.... mai sini sat, sikat rambut abah sat!!!.”

Keadaan sunyi tanpa respon...

Gua tak mampu nak toleh... malas... mata masih terpejam...time nih gua tak tau lokasi sebenar Chicha. Gua cuba nasib sekali lagi, “Chicha....Chicha... mai sini sat, sikat rambut abah sat!!!.”

Akibat menunggu terlalu lama, gua yang sudah lali nih melupakan hasrat tersebut. Takpela... gua memutuskan untuk terus tido. Tiba-tiba gua dengar mama menjerit...

“Chicha...hei.. Chicha.... tu bukan sikat la sayang...tu gunting!!!!

Syukur gua masih belum tertido...




p/s: gua berterima kaseh kepada mama, malam nih takyah masak.. kita makan luar...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...