Tuesday, September 6, 2011

Antara Fakta & Tahyul

Seperti biasa gua selalu tidur lewat, paling sopan pun pukul 1 pagi... paling maksimum keldai pun pukul 3 pagi tepat !!! masuk pukul 3.01 pagi tu kalau gua tak tidur.. maknanya mmg gua dah tak ada nafsu tido, so leh sambung iron baju nak ke opis. Bukan masalah insomia.. dan bukan kerna "We are solid six driver, We Never Sleep" !!! tapi dah mmg tabiat gua. So bila kat rumah dah tak tido... maknanya Kes2 jenayah tido nih kekadang gua langsungkan di opis.

Masih lagi cerita di rumah. Sejak gua signup berukband nih boleh dikatakan mmg buang tabiat jika gua tido lepas buletin utama TV3. Secara rutin, gua main game skit2... pastu jengok fesbuk dulu, pastu cek email, pastu baca blog orang, dan kemudian surf cari jawapan tiap2 persoalan yang terbuku di pala hotak gua bagi hal2 berkaitan duniawi serta akhirat.

Apa?? ingat gua cap ayam ka??

Berlainan ngan orang lain, bila time larut2 malam, gua lebih santai melayan kordial F&N perisa anggur.... Bubuh 2,3 ketul ais sudah cukup membangkit sukma serta mencerdaskan minda gua. Tak perlu cafein atau susu nespray atau yang seumpama dengannya.

Gua mengambil port di sudut meja makan dengan pencahayaan yang terang benderang bagi mengelakkan gangguan mahkluk2 yang tidak diundang. Tapi kadang2 mahkluk2 seperti ini tidak kira terang atau gelap... rasa2 dia nak muncul je... dia muncul juga tatkala kita bersendirian mahupun berkumpulan. So kita kene bersedia dengan ilmu di dada.

Dalam keasyikan mengomen status kawan2, gua terasa telinga gua seperti dicuit dan rambut gua dimain2 oleh sesuatu. Gua toleh untuk kepastian, namun tiada sesiapa di ruang tamu. Gua terus ke bilik tidur utama memeriksa keadaan anak serta isteri... ternyata mereka semua tidur. Ahhh... mengarut betul !!!... gua teruskan berfesbuk tanpa memikirkan hal tadi.

Sedang gua gelak2 baca status FB nizal... rambut gua kene usik lagi... telinga gua juga turut dicuit. Gua buat tak tahu je... Benda2 nih kalau kita tak layan, lama2 dia blah macam tu je... tak payah serabut2 otak memikirkannya. Makin gua buat tak tahu... makin ligat pulak dia mengusik. Bulu tengkok mula meremang... perasaan bengang ada... seram pun ada...

Menerusi paparan 14 inci LED skrin laptop, gua perasan bayang-bayang makhluk halus yang ada di belakang kepala.. gua buat tak reti. Dalam hati gua "makhluk halus nih saje nak menguji kesabaran gua". Gua bukan jenis penakut so gua buat2 tak nampak. Tak cukup dengan kepala gua... makhluk halus yang lain pula muncul dalam kesamaran di atas meja makan betul2 bersebelahan ngan port gua dan berdekatan dengan segelas kordial F&N perisa anggur yang gua bancuh tadi.

Nampaknya makhluk nih cuba menunjukkan dirinya setelah gua buat tak reti je... Ya Allah.. aku redha dengan ujianMu... Makin lama gua diam... makin banyak pulak gua rasa gangguan2... macam2 bunyi yang gua dengar.... gua dah tak tahan... gua lari terus masuk ke bilik tidur utama.

Tidak terhenti di situ.. gua keluar dari bilik bersama setin Shieldtox 580ml insect killer !!! gua sembur atas meja, bawah meja dan kearah gelas kordial....gua terpaksa korbankan segelas kordial demi ketenteraman berfesbuk. Nyamuk2 yang berterbangan lari merapak dan semut2 bergelimpangan mati di corong2 gelas.... Lu Langsi, Lu Mati.........
Alhamdulillah semuanya selamat. Tiada lagi makhluk halus mengganggu. Terima kasih Shieltox.

Monday, September 5, 2011

Kisah Lebuhraya KL-Karak



Orang tua2 kata kalau terbau busuk yang amat sangat di tempat2 sunyi dan asing bagi kita.. jangan ditegur. Begitulah yang gua alami ketika dalam perjalanan ke Bentong (umah mertua). Pada kebiasaannya gua mmg suka bertolak dalam lingkungan pukul 9 atau 10 malam dari Penaga, Butterworth (umah gua). Ini kerana gua selesa dengan motto "We are Solid Six Driver, We Never Sleep".

Perjalanan mengambil masa 5 jam dengan purata kelajuan 110 km/j. Gua mmg pandu perlahan, sebab bawa keluarga... gua sayang famili gua. suasana lebuhraya tak banyak beza dari tahun2 sebelumnya... lengang dan kurang kenderaan, maklumla balik kampung malam raya so panorama sekitar perjalanan sedikit membosankan. Jam kat dashboard keta gua dah mmg tak betul... tercepat 4 jam. So merujuk jam tangan mahal lagi mewah gua, menunjukkan pukul 2 pagi bersamaan 1 syawal. 2 orang anak gua yang tadi terjerit2 riang dah tido... semua tido termasuk bini gua. Tinggal la gua terkebil-kebil pegang stereng.. "We are Solid Six Driver, We Never Sleep"... itu lu orang kene ingat dan faham betul2...

Sedar tak sedar gua dah masuk lebuhraya KL-Karak.. keadaan senyap sunyi. Kesunyian itu bersifat sementara dek terjahan bau busuk yang dahsyat. Memang tabiat gua kalau bawak keta mesti buka tingkap. So padahnya gua dah terima. Meremang bulu roma gua terutama di bahagian tengkuk dan sedikit pada ketiak. (Rujuk perenggan pertama). Gua segera tutup tingkap dengan harapan bau busuk hilang. Sangkaan gua meleset. Bau busuk tadi semakin menyengat kali nih lebih najis dari tadi... arghhhh.. Bagi men'cover line gua cuba tenangkan fikiran dengan melafaz takbir raya sekuat hati. Gua tak pandang kiri kanan... gua cuma fokus jalan di hadapan je. Dalam kepala hotak gua terbayang macam2 jenis makhluk halus yang hinggap atas bumbung keta gua. Tiba2 bini gua bersuara seakan-akan faham ngan situasi yang gua hadapi sekarang...

"Abang... nanti singgah R&R atau stesen minyak... danish berak"


p/s: ini karya seram pertama gua.. ahaha.. harap diterima umum...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...