Tuesday, March 23, 2010

Uncle Sam takde kena mengena ngan gua.

Gua percaya setiap orang mempunyai idola lawaknya masing-masing tak kira la berlatarbelakangkan apa sekalipun yang penting kerjasamacukup untuk membuatkan diri korang terkencing terkuchil sendirian apabila terkenangkannya.

Bagi gua yang sentiasa mengambil berat hal-hal negara.. dan juga sensitif dengan keperluan rakyat, gua memilih uncle sam sebagai tokoh jenaka terulung dalam idup gua. Haha

Beliau bukan juara program realiti RajaLawak, bukan peserta Sinaran Passport Kegemilangan, jauh sekali membintangi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu tetapi jenaka yang dibawa oleh beliau ada iras-iras Salam Pantai Timur. Otak gua yang tidak dapat menerima logik itu telah mentafsirkannya sebagai lawak. Lalu gua pun ketawa...wakakaaka

Gua ingat gua sorang je perasan, rupanya banyak ramai lagi yang sekepala dongga ngan gua.


Hasil kajian gua lagi.... yang gua dengar dan lihat dalam TV.... sembang-sembang politik ngan rakan2 gua.... terjahan blog-blog orang..... gua berjaya mencopek/kibab/rembat/balas/samun sedikit-sedikit dan membuat satu kompilasi kata-kata hikmat Uncle Sam dari dulu sehinga kini.

1) Kata-kata Uncle Sam mempromosi Pos Laju “ BESOK KIRIM, HARI INI SAMPAI.”

2) Stetmen beliau berkenaan Dadah : “ Jangan isap dada.”

3) Semasa krisis bekalan air : “Semua orang diminta jangan membuang aiyerr.”

4) Ketika upacara perasmian/pembukaan : “mempersilakan datin paduka rafidah aziz naik ke pentas utk membuka kain..."

5) Semasa kempen menderma darah di Sg. Siput : "..marilah kita semua menderma dara.."

6) Kenyataan feveretnya menerusi stesen2 TV arus perdana ria: "Toll naik sikit, manyak marah saya. You ingat semua ini toll saya punya bapa punya kah!"

7) Satu-satunya orang di dalam TV apabila beliau cuba menzahirkan rasa malu dan berkata : “Kemaluan saya besar”

8) Dalam ceramah beliau "Kita akan bina satu jambatan untuk orong-orong kampong disini", kemudian muncul sorang pakcik bertanya, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" dengan penuh keyakinan dan tanpa ragu-ragu beliau menjawab ,"Kalau takde sungai, kita bina sungai!"

8) Semasa ucapan alu-aluan beliau dalam majlis-majlis: "...selamat datang saudara-mara semua.." (err ...sebenarnya "saudara-saudari")

9) Uncle Sam ditemuramah tentang program angkasawan negara.

Uncle Sam: “…Bagi saya, ini semua adalah satu pembaziran atas duit rakyat. Kita sepatutnya tidak hantar mereka ke bulan, tapi hantar mereka pergi matahari. Barulah USA, Russia, respect sama kita….”

Penemuramah: Tapi Dato’ Seri, matahari kan panas. Macam mana mau pergi sana?

Uncle Sam: Cit! itu pasal la u tara jadi mintri. Saya suda lebey 30 tahun jadi mintri, saya musti ada jalan penyelesaian. Kita jangan pergi siang, manyak panas. kita pigi malam, baru ada sujuuuuuk……



nota cagu: cilaka... nombor 8 ada dua kali...tak pasan gua..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...