Thursday, March 18, 2010

Dari Desa Penaga ke Pekan Kepala Batas...

Ini bukan gambo doktor yang dimaksudkan. Ini gambo hiasan je...


Baru gua tahu... semua tak semua doktor itu pandai... ada yang memandai-mandai ...tak kurang juga yang memiliki sifat2 bodo. (gua geram nih)

Sebuah peristiwa yang membuatkan aku rasa terpanggil untuk memblogkannya.

Sedikit butiran tentang peristiwa:

1) Lokasi - Hospital Kepala Batas
2) Jam - 10.30 malam
3) Tujuan - Periksa paras gula dalam darah (ibu mengandung)

Cerita bermula...

Doktor Klinik Kesihatan Penaga mengarahkan wife gua untuk pemeriksaan lanjut di Hospital Kepala Batas.

Keadaan di Hospital Kepala Batas...

Selepas bagi buku merah (buku rekod kesihatan ibu), lebih kurang 1 jam jugak gua tunggu,. Itu buku wife aku... bukan buku aku!!! apahal pulak aku kene ada buku tu?? haha merepek...

Dalam bilik pemeriksaan, gua nampak ada 2 orang Doktor. Mungkin doktor sebab ada gaya doktor. Apa kejadahnya Pembantu Tadbir mengepitkan Stateskop di tengkuk/leher. Doktor je yang stail begitu.

Aku labelkan kedua-dua doktor tu sebagai A dan B.

Doktor A mengambil buku rekod wife gua dan merenungnya. 15 minit gak masa yang dihabiskan utk 1 renungan... hanya renungan...bukan bacaan sebab gua tak dengar sepatah haram bunyi dari mulut dia.

Kemudian Doktor A (dengan muka putus asa) pass buku tu pada Doktor B... tingkah laku yang sama juga gua tengok... beliau hanya mampu renung-renung (sedikit muka kecewa macam nak nangis) lepas geleng2 kepala Doktor B pass buku kat Doktor A.

Sewaktu Doktor B pass buku rekod sambil menggeleng2 kepala... aku jadi cemas... segala macam doa aku panjatkan pada yang Esa dengan harapan tidak ada masalah akan berlaku....

Dengan tenang Doktor A merenung sekali lagi rekod yang terkandung dalam buku tu. Aku yang berdiri di samping wife berdebar-debar menunggu penjelasan keluar dari mulut Doktor A.

Doktor A : U hasben dia?

Gua: Ya..ya.. doktor knapa doktor??

Doktor A : takpe...takpe...

Gua: Sial nye Doktor buat gua suspen!!!! (bisik hati gua)

(Doktor) sambil menunjukkan buku kepada wife aku.....

Doktor A: U faham tak doktor ni tulis apa? (soklan ditujukan khas buat wife aku merujuk kepada laporan daripada Doktor Klinik Kesihatan Penaga)

wife aku terpinga-pinga... sambil gelak kecil..

Gua: gelak dalam hati....bodo nye doktor.... tulisan doktor pun doktor tak leh baca ka???
kalau dah doktor sendiri tak leh baca.. apatah lagi orang awam!!!

cilaka nye doktor... buat gua cemas.... macam nih punya doktor pun ada ehh???




p/s : Alhamdulillah semuanya selamat...
p/s 2 : tulisan doktor Klinik Kesihatan Penaga macam tulisan jawi... patut la...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...