Tuesday, March 30, 2010

PET the legend

tiada rekod jenayah..
(diberi jolokan Permesinan Ebangs Team oleh keciks)


Bangun pagi, gua berdiri dan merenung ke luar rumah... (tengah plan aktiviti apa nak buat kejap lagi).. Gua nampak moto.... gua rasa macam nak basuh moto. Lama da gua tak basuh moto. Err... baik gua servis dulu sebelom basuh. Kesian moto gua.. lama gak tak jalan sejak gua menukar trend gi keje naik skuter. Banyak jasa2 dia kat gua. Bertambah sedih lagi gua tengok bila ada telur cicak dalam lubang angin kabereter. Korang leh bayangkan tak??

Gua hantar moto gi servis, tuka minyak itam, oil filter, cuci kabereter, tuka spoket baru, rantai, tuka bateri dan plug. Ini semua gua lakukan kerana esok gua berkira2 nak pegi opis naik moto ni. Bercirikan kabereter Ts125, blok korek/ piston racing, tengkuk custom plus tayar sotong pasti zaman kegemilangan gua akan menjelma kembali. Makcik2 pasti melirik tajam pabila gua ke pasar!!! Aweks kilang Jabil pasti nyesal tak dapat bonceng...... Kalau lalu ikut Jambatan Pulau Pinang ke Pejabat MAB, Batu Maung..gua pastikan lorong paling kanan khas untuk laluan gua...pendek kata takde objek lain yang berani pintas kalau PET 8169 suda mengaummmm.. haha.

Satu lagi kecanggihan moto gua yang korang patut tahu dan kagum....Kunci Keta gua leh guna untuk stat moto nih..!!! maveles bukan??

Sepertimana yang gua janjikan... gua pergi keje naik PET. Sebuah mesin umpama hewan ternakan di mana gua diberi kuasa menghidup dan mematikannya. Jiwa gua mula terasa muda. Sekali sekala tayar depan gua kasi up!!! Itu baru demo beb... Gua pernah buat dua-dua tayar up sebelum gua menginap di wad 7, Hospital Seberang Jaya. Tapi tu cite dulu... tahun bila pun gua tak ingat. Ahhhh. Abaikan!!!

Bayangkan... gua betolak dari rumah dah lewat pukul 8.05 pagi....dengan kelajuan 60km/j gua berjaya punch kad pukul 7.58.. dua minit sebelum kul 8... hebat kan.. pantas bukan?? Bukan moto gua yang pantas kilat!! Tapi jam dinding rumah gua yang cepat 30 minit!!! Dah dah... dah.. tak payah nak pening2 kepala.. betul la tu.. ish...

Di opis, gua sentuh-sentuh kertas.. bukak2 fail.. buat2 tulis kemudian gua bersama geng2 seunit pegi bekfes tempat biasa.

Selepas bekfes... gua bersiap-siap untuk ke Pejabat MAB, gua diberitakan pihak Kastam amat membutuhkan khidmat gua di sana. Lantas PET ditunggang dengan amat laju sekali. Tiada siapa pun yang tahu gua tersengih-sengih riang dengan prestasi yang mengujakan sepanjang perjalanan dek kerana visor gua yang amat gelap.

Di jambatan Pulau Pinang.... gua semakin laju lagi... abis semua moto ex5, wave 125, LC135 gua cicirkan sewaktu dorang leka membayar tol. Dengan kelajuan Minimum 130km/j gua megah dijalanan!!! Cukuplah gua bagitahu gua memerah full trotel menggunakan jari kelingking, bagi membayangkan kehebatan gua. Sesekali gua tengok side mirrow.. haha takde satu objek pun kelihatan melainkan tiang lampu. Oleh kerana tiada saingan... semangat sprint gua semakin luntur.

Sedang gua leka pada kelajuan 80km/j, tetiba muncul sebuah lori kira-kira 5tan memintas dengan mudah. Semangat gua membara semula!!! Gua dengan pantas memecut sambil kepala ditundukkan sedikit supaya lebih aerodinamik. Agak sukar jugak gua nak pintas mungkin kerana saiz lori yang agak besar. Gua yang berada pada kedudukan kira-kira 2 meter di belakang bontot lori mencatu masa yang sesuai untuk menidakkan kepantasannya..
.
.
.

SIAL!!! Gua baru prasan... lori tuh bawak BABI.. sihat-sihat belaka berwarna pink!! Dia siap tunjuk bontot BABI kat aku.... ada bintik2 BABI lagi...... Sial betul!!! Gua malas nak cerita dah...Haramjadah....$#!%$$&


Nota Kaki Kontot: Korang pun mesti pernah kena kan?? haha

Monday, March 29, 2010

Terima Kaseh.... Sama-sama



Usia Si Chicha sekarang hampir 3 tahun. So gua rasa elokla kalau gua mula mengajarkan sedikit bab-bab agama di samping budi bahasa, sopan santun serta lain-lain nilai murni yang semaksud dengannya.

Seperti kanak-kanak lain, tahap perhatian si Chica terhadap setiap pembelajarannya agak kurang. Kemana pun dia pegi.. sibuk dok heret teddy bear dia. Mmm biarla.. budak-budak, biasala tu. Lagipun teddy bear tu gua yang belikan... Ye la.... mesti la teddy bear.. takkan senapang cicak kott... anak pompuan dowh..... Gua suka tengok dia main teddy bear dari main pasir tepi jalan.

Berbalik kepada soal pembelajarannya. Hari nih gua nak fokus kepada ucapan ‘TERIMA KASIH’ dan jawapan ‘SAMA-SAMA’ merangkumi maksudnya, bila masa penggunaan serta tujuannya. Ikuti dialog gua bersama si Chicha:

Gua: Chicha.... abah ada beli bear!!!

Chicha: Nak..nak.. abah.. nak bear..

Gua: Nah... pi main elok-elok.. Cakap apa kalau orang bagi hadiah? Ikut abah.. cakap Terima Kasih..

Chicha: Terima kasih.

Gua: Lagi skali..

Chicha: Terima kasih

Gua: Bagusnya.. cakap apa?

Chicha: Terima kasih

Gua: mmm pandai.. cepat belajar nih...ok kali nih kalau abah sebut ‘Terima Kasih’ Chicha jawab ‘Sama-Sama’. Ok!!

Chicha: Ok. (bunyi konfiden je)

Gua: Terima Kasih.

Chicha: terima kasih (sepatutnya sama-sama)

Gua: Lorr cakap la ‘sama-sama’.

Chicha: Sama-sama

Gua: ok bagus.. lagi sekali.. ‘Terima kasih’.

Chicha: Terima Kasih (sepatutnya sama-sama)

Gua: Lorr...cakapla ‘Sama-Sama’

Chicha: sama-sama

Gua: Terima Kasih!!

Chicha: Terima Kasih

Gua: Adesss abah dah kata da tadi jawab ‘Sama-sama’.... janganla ikut abah!! Ok.. lagi sekali ‘Terima Kasih’

Chicha: Terima Kasih.

Gua: huwaaa



Nota bulu kaki: korang ada tips tak?

Sunday, March 28, 2010

Sang Bantal

Sekarang gua nak rileks takmo taip banyak2... korang pun bukannya nak baca sangat... so gua nak layan lagu ni jap... asyik bercerita je.. sekali skala gua nak nyanyi... lagi pun anak gua dah tepuk tangan tu....


Sepintas lalu ...

Dulu masa gua mula-mula dengar lagu ni dalam keta.. gua gelak kat orang yang cipta lagu ni!!! ada jugak orang buat lagu pasal bantal... tapi tu dulu

Tapi sekarang gua gelak kat diri sendiri sebab gua rupanya yang cipta lagu nih.. lagu asal sebenarnya Sang Mantan... gampang gua salah dengar!!

Gua nak korang enjoy nyanyi lagu nih..


Dulu aku kau puja






Dulu aku kau sayang



Dulu aku sang juara


Yang slalu engkau cinta



Kini roda telah berputar

.

.

.

.


Kini aku kau hina



Kini aku kau buang
Jauh dari hidupmu
Kini aku sengsara

Roda memang telah berputar

Reff:


Mana janji manismu


Mencintaiku sampai mati


Kini engkau pun pergi


Saat ku terpuruk sendiri




Akulah sang Bantal

Akulah sang Bantal


Sakit teriris sepi
Ketika cinta telah pergi
Akulah sang Bantal

Akulah sang Bantal


Mana janji manismu


Setia sampai aku mati



Kini engkau pun pergi


Saat ku jatuh dan sendiri


Back to Reff

Mana janji janjimu




nota kaki retort: masa gua nyanyi dalam bilik air, mama tanya kumpulan apa yang nyanyi lagu nih?? gua jawab "BunkFace" ...mama gelak... patut la..



Saturday, March 27, 2010

Pelik-Pelik Perangai - Aekaysi (bahagian 3, FINAL)


PERHATIAN
woi !! nanti..nanti...korang dah baca bahagian 1 & 2 ke belum??? kalau belum gua suggest baik korang baca dari mula untuk mengalami dimensi trauma sepertimana yang gua alami.. wakaka poyo je.. hahai..


Berakhirnya segala simptom (30 minit sebelum peristiwa)

Gua yang bengang ni plan nak balik ke ibupejabat setelah segala usaha mencari penyelesaian blog gua menghadapi jalan buntu.

Sepanjang perjalanan, dalam kepala hotak aku cuma ada satu nafsu...gua nak tido dalam surau.. gua nak rileks-rileks. Malas nak pikir dah pasal blog!!!


Tiba di opis ( 5 minit sebelum peristiwa)

Gua lalu kat unit pentadbiran...tiba2 CC panggil nama gua :

CC: Zarie..

Gua: Awat CC?

CC: Boss nak jumpa.

Simple je kan? perbualan gua bersama CC..

Plan nak tido tadi gua kansel serta merta... apa hal pulak boss nak jumpa aku nih??...aduss.. takkan kes gua masuk opis MAB ikut tingkap kott??..ish


Dalam bilik boss ( 0 minit.. peristiwa bersejarah berlaku)

Tok tok tok - gua ketuk pintu bilik boss.

Gua: Boss nak jumpa saya?

Boss: Tahniah !!Zarie.. awak dapat AKC.

Gua: Alhamdulillah.. Tq boss... bla..bla bla...

Tak sia-sia aku mengamalkan konsep : “bekerja sambil berhibur”.. usaha tungkus lumus hupdate blog, berfesbuk dan layan happy island berbaloi!!! Kesabaran gua mengharungi dugaan-dugaan hari ini berakhir dengan satu berita gembira. Gua masih ingat kata-kata sorang member, “ Sesungguhnya baik balasan bagi orang-orang yang bersabar...”

Gua: Best ke boss kalau dapat AKC nih??

Soklan aprentis gua di atas mengakhiri cerita ini...


-TAMMAT-



Nota Kaki Bangku: Legaaa......Gila arr.. gua tak sabar-sabar nak abiskan cerita nih... penat siut !!!

Nota Kaki Cagu : Gua sedang merangka satu majlis kesyukuran di opis... nanti gua wat press conferen untuk tetapkan tarikhnya... Alhamdulillah.

Friday, March 26, 2010

Pelik-Pelik Perangai ... Aekaysi ( bahagian 2 )

gerenti kemek muka dia.. ejas.. pastu wat alignment baru.. idung mungkin telah lari sedikit ke bahagian telinga.
sib baik kena kat kepala atas!!! kalau kepala bawah???...... bengkok??



Lagi-lagi simptom pelik !!! (4 jam sebelum peristiwa)

Mengikut jadual hari ini, gua dikehendaki ke Airport Batu Maung (Kompleks Kastam) bagi menghadiri sesi bertemu peminat-peminat yang inginkan otograp gua. Sebelum keluar dari pejabat... gua mengalami gatal-gatal kepala yang dahsyat bagaikan mau dicukur rambut ini. Apa tandanya ni???? Menurut kata orang tua-tua... kalau gatal di tapak tangan maknanya nak dapat duit... tapi berlainan pula dengan situasi gua yang gatal di kepala.

Simptom pelik lagi ajaib. Di opis Batu Maung (3 jam sebelum peristiwa)

Dalam perjalanan ke Airport, macam-macam yang gua fikirkan dalam kepala hotak gua termasuklah menghupdate blog dan menempelkan beberapa script gajet untuk memastikan blog gua tampak berseri, canggih serta berstail. Walaubagaimanapun (gila arr.. penanda wacana yang skema) setibanya gua di destinasi... plan gua semuanya punah ranah... pe’el gua yang suka memandai2 telah menyebabkan blog gua (blog ini) error.. serta dihalang pengeditannya. Dalam pada gua sibuk merepair masalah ini, gua dimesej oleh nazib melalui FB chat bok. Kecoh la lu bai ... (pertama kali gua guna perkataan bai supaya gua kelihatan muda remaja)

Nazib: "Woii, lu kat mana"

Ahh.. mamat seko nih tak leh tengok gua riang skit... ada je benda !!!

Gua: " MAB, awat?"

Nazib: "woii lu kena belanja gua makan!, gua tak kira..."

Gua: "asal lak?, sawan ke?"

Nazib: "nama lu naik lagi... dapat KC, cilakak gua kena sabotajj macam nerr gua bleh tak dapat?"

Gua: "merepek!!...wat lawak lak....gua tgh pening kapla nih!"

Nazib: "lahh.... fax baru sampaii dowhh!!"

Gua: "blog gua cacamerba..script lintang pukang nih..wakakaka..adesss...tengah repair"

Saje gua jawab stail gagap-gagap bagi kredit dia abis..hahah

Nazib: "woiii lu janji belanje gua nihhhh! serius ni"

Gua: "lu banje gua laksa semalam... pastu lu mintak blanje balik.. lu carik sendiri dalam perut gua!!!”

Nazib: " lu nak gua ucap tahniah ke... lu nak gua kasi makian sekarang nii....gampang betul camne nak terangkan niiiie"

Sengaja gua biarkan dirinya terasa gampang dengan kesedaran sendiri. Syukur ianya menjadi.

Gua: "arghh aku tengah pening nih..blog kucar kacir...gua nye blog tak buleh nak edit tadi..adessss.. adios!!" gua mencelah dan mematikan perbualan henpon ini.

(haram sebenarnya gua hanya chat pakai FB chat bok... camana leh convert jadi henpon nih woi!!! Korang perasan tak?)

Mood gua bertambah teruk... gua nak main happy island pun tak semangat!!! Gua sabar je.

Simptom pelik tapi benar.. (1.5 jam sebelum peristiwa)

Gua berhasrat untuk membasuh muka dengan harapan dapat mengembalikan mood blogging gua. Gua keluar opis carik bilik air. Masalah lagi !!! dalam bilik air takde air!!! Under maintenance.. hmjadah betull !!! aduhaii.. (gua terpikir... camana cara orang2 kat sini berak??) Gua mengambil keputusan nak beli air mineral buat cuci muka. Ahhh... wallet gua tertinggal dalam opis... Gua nak masuk opis, nak amik wallet... ahhhh opis terkunci dari dalam!!! Kunci ada kat dalam pouch bag.. pouch bag ada dalam opis gak!!!... gua dah macam babun da.. melihat opis gua dari luar!! . mencari idea di bawah pokok kat tempat paking sambil cangkung-cangkung. (gua bersabar)

Legaa.. sib baik tingkap opis tebukak... .. aunty cleaner yang ada kat situ memandang serong kat gua apabila gua yang ensem... pakai smat2 siap ngan tai cam esekutip masuk opis ikut tingkap !!! amatlah bergaya sekali bukan?? Cisss gua bukan kaki pecah rumah siut!!!

(bila nak abis nih?? Gua dah fedap nih!!! Panjang sangat dah nih....Sambung arr...)

Wednesday, March 24, 2010

Pelik-Pelik Perangai - Aekaysi (bahagian 1)

Gambo ini membuatkan bulu tengkuk, ketiak dan bulu2 lain yang tumbuh pada diriku meremang-seremang-remangnya.
*Gambo nih 100% takde kene mengena ngan cerita.



Simptom Luarbiasa (8 jam sebelum peristiwa)

Simptom2 luarbiasa yang tidak boleh gua terjemahkan melalui kata-kata. Bangun dari tido tengkuq gua sakit...macam tak cukup urat leher. Kalau mengikut istilah kamus perubatan cik Jujia (bukan nama sebenar) gua telah mengalami situasi "salah bantal". Adakah ianya benar dan sejauh mana kebenarannya???

Gua cuba memastikan bahawa bantal yang gua gunakan itu adalah bantal gua menerusi beberapa kaedah forensik. Berdasarkan lakaran peta topo, catatan2 umpama manuskrip lama di atasnya, saiz serta keharumannya memang terbukti itu adalah bantal gua dan bukan bantal Chicha atau mama. . Nyata sekali gua tidak tersalah bantal. (Kes ditutup)


Pagi yang cerianya dibuat-buat.. (diopis) (7 jam sebelum peristiwa)

Selepas mendapat jemputan dari si Pezal, gua terus bergegas ke Restoran Ali. Sebelum tu gua ada jugak sound si Nazib.. “wei jom makan”. Beliau hanya senyap... selepas tu, aku tak tahu apa yang terjadi pada beliau... Gua terus melangkah kedestinasi sarapan demi sesuap nasi.. wakaka cam gampangkan ayat gua...?

Berbalik pada Restoran Ali yang gua war-warkan sebentar tadi, tak payah la gua nak bayangkan secara maya disini tentang kelazatan nasi putihnya. Cukuplah sekadar memberitahu ...5 bulan gua bertemakan menu yang sama iaitu nasi putih, sambal ikan bilis dan teloq mata kerbau. Harganya Cuma RM3.. Ianya didatangkan set bersama teh ‘O’ ais. murah bukan? Tak percaya? Tanya Nazib... kerana beliaulah gua jadi begini... kerana beliaulah yang bertanggungjawab memperkenalkan gua kepada menu tersebut selain dari pasembur dan nasi goreng kampung. Dek kerana itu juga lah gua melantik dia jadi “meal consultant” tanpa gaji.. kesian bukan? Tapi beliau rela...


Satu lagi simptom aneh!!! (6.5 jam sebelum peristiwa)

Lepas menjamu menu kegemaran gua, perut ini rasa seperti dikandung cuka. Adess...hasil tindakbalas yang tidak gua rancang tetapi tuhan menentukan, gua melepaskan tekanan dalam bentuk gas tanpa disedari oleh rakan tablemate gua. Ini satu kejayaan yang gua rahsiakan sehingga kini. (Good Filteration). – rujuk sistem pemeringkatan 2 kali sri Murni.


(Woi.. rileks arr rilekss...rileks.. jari2 gua lengoh.... woi nanti sambung balik..)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...