Friday, August 31, 2012

Siti Nur Vagina

Satu pagi yang ceria. Lepas punch card, berjalan-jalan ke tempat kawan2.. saja sembang2 sebelum pergi sarapan. Ianya bagaikan rutin yang wajib setiap hari. Tempat feveret yang biasa aku singgah ialah Rokiah*. Di situ topik yang dibincangkan bukan setakat isu anak-anak malah membawa  ke politik semasa tanah air. Sedang rancak bersembang datang si Zainab* ingin menyertai kami dengan mukadimah berbentuk soalan berbunyi :

"Err... nak tanya sikit... Vagina tu apa ehh??"

Perghh soalan... aku jawab dengan tenang... ahahaha...  Rokiah gelak besar sehingga melantun2 lemak perutnya. Muka Zainab merah padam...

Nasib baik ko tak bubuh nama anak ko Vagina....

*bukan nama sebenar

Tuesday, August 28, 2012

Mesin Tebu Terpakai 2012 (SOLD) / (DIJUAL)

Mai tengok... mai tengok menda apa ni??? cer teka...cer teka ???

Ini bukan mesin rumput ye tuan2 dan puan2... ini ialah mesin air tebu... Yay!!!

Seperti mana yang telah dijanjikan ini adalah gambar mesin air tebu yang hendak dijual... memang berbaloi buat sesiapa yang membelinya. Minum air tebu sampai buncett. Bagi sesapa yang nak tahu spesifikasinya dan promosi terdahulu, (sila klik di sini)




Dikuasakan oleh Honda... mmg power dan lasak.

Memang bergaya dengan sport rim 3 inci setengah... hehe...Semua komponen masih cantik berkilat dan lebih penting sekali ialah berfungsi dengan baik. Aku guna dengan cermat. Apa tunggu lagi ??? sambar cepat!!! Berminat ?? Call sekarang *****.... jangan tunggu sampai esok !!! haha.. (MESIN TEBU INI TELAH PUN DIJUAL) harap maaf. Terima kasih kepada pembeli.

Sunday, August 26, 2012

Mesin Tebu Terpakai (SOLD) / (DIJUAL)

Abad ini, semua barang, gajet perlu ada dalam rumah, masak nasi ada rice cooker.... bancuh kopi pakai Coffee Maker... basuh baju pakai mesin basuh... nak minum tebu ????

Yay! masa yang dinanti-nanti telah pun tiba. huh.. barang baik.. harga baik.. tak perlu pi pasar malam, tak perlu pi pasar tani, tak perlu berenti tepi highway, tak perlu berenti tepi simpang semata-mata ingin menikmati air tebu. Kini anda boleh menikmati kelazatan air tebu secara santai di rumah.

Nah ambik !!  ( gambar klik sini ) yang pasti ianya takkan menghampakan korang ...

Mesin tebu 2nd hand.. nampak baru. Dah lama sangat dok dalam store... mau clear barang cepat2. Siapa dapat mmg untung. Boleh datang rumah dan lihat dulu. Sebab2 nak jual ?? mmm... dah menyampah buat semak bilik...ahahaha

Harga RM850 sekitar Pulau Pinang sahaja. Mod jualbeli : (Tunai dan Angkut)

Spesifikasi Mesin Tebu

-Siap 4 roda  boleh bawa pergi jalan2 dan niaga air tebu rumah ke rumah...ahahaha
-Siap pemegang utk kemudahan menolak ke sana ke mari. Boleh main tolak2 jika mahu.
-Enjin Honda siap servis (masih baru)
-baru pakai 3 bulan.
-komponen bersih dan berkilat
-dibalut dengan rapi.

Kepada yang berminat dan serius sangat2 ketagih nak minum tebu nih silalah hubungi saya di ***** (MESIN TEBU INI TELAH PUN DIJUAL)  Terima kasih kepada pembeli.

Monday, August 20, 2012

Pagi Syawal

Pejam.. celik pejam celik... Syawal muncul. Persiapan raya untuk anak dan isteri semua beres. Untuk aku je yang tak beli apa2. Bagi ku cukuplah anak dan isteri gembira, itu sudah memadai.. Biar aku berstoking lubang...biar aku berbaju lusuh. Takpa...  hari-hari biasa pun boleh beli. Biasanya lepas solat sunat Aidilfitri aku seisi keluarga akan bertandang ke rumah  orang tua ku. Rumah kami taklah jauh....  boleh jalan kaki kalau nak... Sesudah solat Aidilfitri... semua ahli keluarga dah bersiap cuma Danish yang masih berseluar dalam. Danish nih umo dia 2 tahun. Sangat lawak macam abah dia gamaknya.

"Kenapa Danish tak siap2 lagi ni?"

Isteri  :  "dah siap la tu.. dia tak nak pakai seluar !!!"

"Kenapa ???"

Isteri  :  "Seluar dalam baru lah katakan"...

"Ahaha.. owh... spender BEN Ten rupanya, patutla..."


Thursday, August 9, 2012

The Amazing Spiderman bersama Nazib

Haishhhh... sudah lama gua tinggalkan blog ini... masih lagi berpengunjung... terima kasih kepada semua yang melawat. Inilah posting yang pertama pembuka tirai utk tahun ini..ahahaha dah masuk Ogos baru teringat kat blog yang dah bersemak samun.

Saja gua nak sembang2 pasal filem2 baru kat panggung. Tahun 2012 nih banyak filem2 yang best. Macam biasa gua dan rakan opis si Nazib telah memperuntukkan 1 hari dalam sebulan utk mengular dan destinasi pengularan kami ialah Mega Cineplex, Megamall Penang. Hari yang dipilih ialah hari Rabu.. sebab harga tiket RM6.... murah bukan?

Asal hari rabu je... gua soh nazib cek online filem2 baru...  biasanya gua tak judge kesedapan filem itu pada tajuk dan pelakon sahaja... sebaliknya gua suka tengok star rating dan review yang diberikan oleh orang yang dah tengok filem tersebut. So gua punya taste mestilah yang 5 stars... ahaha

Tajuk filem untuk sesi pengularan kali ini ialah 'The Amazing Spiderman'. Perghhh.. hari tu  parking punyalah susah. Buang masa 15 minit. Show mula pukul 11.30 pagi.... sampai di kaunter tiket pukul 11.45 pagi. Si nazib beriya-iya sangat nak amik tiket 11.30 walaupun kerugian 15 minit... Baik ambil tayangan pukul 12.15 tengahari !!!   15 minit terlepas macam-macam dah jadi kat peter parker.. ahahaha.. Gua pun sambar 12.15 tengahari punya show.

Bab tiket2 nih gua serah kat nazib...  biasanya dia yang simpan tiket dan dia juga yang mengepalai perjalanan masuk Hall.. Kali nih dia pulak yang lebih2  berlari-lari masuk panggung!!! macam nak kene terajang punggung!!!

Punyalah excited... pukul 12.10 tgh... kami dah ada dalam Hall 1 bersama sekotak regular kombo popcorn beserta air pepsi. Skrin masih gelap...  kami dihidangkan dengan alunan muzik hip-hop yang ntah apa2 ntah. Berbagai-bagai spekulasi dibuat tentang spiderman.... Apa yang amazing sangat nih?? spiderman leh terbang ke kali nih??... spiderman pakai spender kat luar ke?? sambil berdebat ngan nazib.. sambil2 tangan menyuap popcorn....sambil2 menyuap popcorn... sambil berdebat ngan nazib... sedar tak sedar popcorn tinggal setengah kotak... air pepsi dah kering.... Spiderman masih tak kuar2 lagi... Bila nak mula nih??? dah pukul 12.30 tgh... ishhh... nih yang buat gua Amazing sangat nak panjat skrin wayang!!!

"Takkan kita 2 orang je yang nak tengok Spiderman hari nih??? kata rating 4 stars kunun!!! tiket tadi mana??"

"Jap...jap..."

"betul ke Hall  1 ?"

"wei... Hall 4 la... ahaha salah Hall.. patutla...... nasib baik kita tak tertido!!!"

~celaka punya nazib...terlepas jugak 15 minit !!!




Andrew Garfield   - inilah spiderman yang sangat amazing itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...