Saturday, March 13, 2010

KAKA... kawan gua

Penang adalah negeri kelahiran gua. Lahir je kat sini tapi gua membesar di negeri lain dan gua tetap bangga ngan Penang. Kampung gua di daerah Seberang Perai Utara, masih lagi di tanah besar. Memang jarang sangat gua ke pulau kalau takde hal2 urgent. Setahun boleh bilang ngan jari (termasuk jari kaki) kekerapan gua ke sana.

Tempat femes yang gua slalu pegi kat pulau ialah Batu Maung ngan Bayan Lepas. Tempatnya sangat indah dan memukau. Bukan sebab SPA 5 bintang atau nasi kandar kasim mustapa ..bukan sebab laluan minah rempit atau aweks kilang seagate....bukan sebab ada waterpark mahupun muzium perang..... sebab utamanya, opis gua ada kat situ.. hehe...kalau bukan sebab urusan rasmi pejabat, jangan harap la sesaje gua nak ke sana. Jauh sangat. Tol pun satu hal gak, faktor yang menjadi penyumbang kemalasan gua.

Keadaan jauh berbeza dengan dulu... masa bercinta, penang la destinasi pilihan.. jarak bukan halangan sehinggakan cotton bud pun beli kat Gurney Plaza....isi minyak moto pun kat Balik Pulau .. ..haha. Sehari boleh dikatakan 8 kali gua ke Pulau.. tapi tu cerita masa gua muda2 dulu... dan satu benda yang korang perlu tahu...gua sehingga kini masih nampak muda!!! apa rahsianya?? Fair n Lovely... dah dah.. gua semakin nak ngarut nih..cukup!!

Di samping keindahan bentuk muka buminya...Pulau Pinang juga merupakan di antara negeri kelahiran tokoh2 terkenal tanah air. Tak payah ambil contoh jauh-jauh..kerana diri gua juga tergolong di dalam tokoh2 hebat tersebut. Selain dari tu, contoh yang femes dan korang gerenti kenal ialah Allahyarham Tan Sri P. Ramli. .. yang lain2 korang carik sendiri!!!

hah.. itu satu contoh yang korang tahu... yang korang tak tahu??? gua malas la nak cerita panjang lebar... gua pendekkan cerita; pemain terbaik FIFA 2007, KAKA berasal dari Penang. Kenapa?? korang tak pecaya?

Ini bukan photoshop nye kije, ini yang betul-betul.







tak pecaya lagi?? nak tau lokasi kampung nih kat mana?. korang KLIK NIH





p/s: gua mana reti pakai photoshop.. gua terer mikosof word je..

p/s2: cilake!!! adik gua kata gambo kat bawah tu, bukan gambo si KAKA... ye ke? sib baik gua tak letak nama kat gambo tu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...