Sudah 2 jam setengah masa berlalu... peluh menitik tanpa henti, baju gua lencun... ketiak? Pepatah ngarut mengatakan ‘Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ketiak masam.’ Setiap celah pelosok telah gua terokai namun hasilnya haramm. Yang banyak gua jumpa cengkerik..cengkerik.. dan cengkerik. Kalau cengkerik ditukar nama menjadi scorpion kan bagus!!
Gua melepaskan penat di bawah pohon kelapa. Tempatnya redup dan berangin. Kerilekskan gua tidak berpanjangan apabila juboq gua diketip oleh semut tonggek. Adapun semut tonggek ini berwarna hitam dan berkaki merah serta lebih berbisa dari kerengga. Tarian shuffle mengiringi kesakitan gua.... gua yang berwajah alim dan warak telah menari terkinja-kinja ala-ala shuffle. Ini satu tindakbalas yang aneh!!! Tidak cukup dengan itu gua jadikan batang pokok kelapa seperti punching bag. Kalau dilihat dari jauh gua seperti sedang sparing!! Hakikatnya gua sedang menanggung kepedihan yang amat!!!
macam ni lah gaya gua dalam cerita ni.
Kulit batang pokok kelapa bercerai berai dek kekuatan gua yang luar biasa ini atau mungkin juga ianya telah reput dimamah anai-anai. Bagi menyedapkan cerita....gua katakan batang pokok kelapa ini hancur dek tendangan padu gua.
Oleh kerana tiada aweks atau penonton di situ, gua terpaksa hentikan kegiatan vandalisme ini, jika tidak, pasti da tumbang gua kerjakan. Tiba-tiba...
Dicelah-celah rekahan batang pokok kelapa tadi gua terpandang makhluk yang gua cari-cari dari tadi iaitu scorpion. Gua dapati banyak anak-anak je.. ibunya sudah takde.. mungkin suda melarikan diri dek amukan gua sebentar tadi.. Anak pun anakla... janji gua dapat buktikan!!! Gua berjaya tangkap seekor untuk dianalisis... Oyehh..oyehh..
p/s : Gua rasa macam gua Scorpion King.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletewelcome to the bloggers world ma frend!!
ReplyDeleteTQ
ReplyDelete