Monday, March 8, 2010

Tajuk apa nih?

Sharp kol 5.. gua punch kad. Tak lebih walaupun sesaat .. itulah yang aku praktikkan mula 1 januari 2010....haha... bak pepatah bijakpandai sesaat masa terbuang, rugi mampuih.. Gua jalan menuju terus ke pintu kuar/masuk opis utama sambil menghayunkan topi keleda gua yang ala2 daf vader. Seingat gua, topi keledar gua nih seusia ngan black machine (spisis moto buatan malaysia) mencecah 10 tahun dan ianya masih menjadi siulan gadis2 kota. Topi keledar ini juga menjadi saksi kisah2 bahagia gua bersama si dia, topi keleda nih jugak hampir2 singgah meninggalkan parut di wajah menantu idaman ini, namun kepantasan gua mengatasi segalanya...cobaan itu gagal disempurnakan. haha.. cuba lu orang bayangkan betapa karibnya gua dengan topi keledar nih sehinggakan secebis kulit dahi gua bergaul sebati menjadi kerak bersama span alas kepala... namun begitu topik gua kali nih bukan pasal topi keleda. Tajuk gua hanya 'punch card tepat kol 5'.. itu saje.. saje gua nak tunjukkan sifat-sifat yang terkandung dalam kod etika gua sempena tahun baru.. lebih tepat lagi imej menepati masa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...