Monday, November 22, 2010

Kenapa Atlit Australia power2 ??


Sukan komenwell dah lama tamat. Kemusykilan di palahotak gua pun tamat pabila terungkainya satu soalan yang rumit dengan jawapan yang simple.

Kenapa atlit2 Australia sangat power dalam bidang masing2.... ???? Tuan rumah pun leh tewas di ranking ke dua !!!


Ini jawapannya :

Tuesday, November 16, 2010

CD Rosak

Abg Mawi: Apesal lepas aku burn lagu... dia bagitahu 'Can't Verify !!!' lagu yang aku burn pun tak lekat dalam CD...

Gua: format apa ko burn??

Abg Mawi: aku burn dari MP3 ke Audio file.

Gua: Selalu ko burn ok tak?

Abg Mawi: ok je... tapi kali nih aku tuka cd/r brand lain... aku rasa CD rosak kot!!!

Gua: Mungkin CD rosak !!!

Abg. Mawi: Camana nak tahu CD rosak???

Gua: kalo tak leh burn.. maknanya CD rosak la...

Abg. Mawi: Owh... TQ

Thursday, November 4, 2010

Guarana Kapucino mmg lazat (Bhg 2)


walaupun impian untuk mendapatkan barang sekotak dua produk free hancur luluh..tapi gua bersyukur dengan anugerah 2 paket Guarana Kapucino, Ihsan dari Kak Yoh.. Yey...

Tak saba gua nak bancuh....

Di Pantry opis bersama Kak Mira:

Zarie: uihh sedap betul !!! sedapnya..ish... nyam-nyam.. bagus minum kopi ni kak Mira.

Kak Mira: Ye ke..

Zarie: minum kopi nih...badan jadi ringan..

Kak Mira: iye ke??

Zarie: Mata jadi cergas, sengal2 badan ilang.

Kak Mira: ish... hebatnya..

Zarie: pastu sistem dalaman badan kita semakin sihat... dapat menambah tenaga segera.

Kak Mira : Ye ke??

Zarie: Dapat mencegah sembelit dan buasir

Kak mira: Ye ke??

Zarie: Sedap tau kak Mira... tengok... bau pun sedap nih!!!

Kak Mira: Ha ah... bau best.

Zarie: Kak Mira tengok saya.... cergas je kan.... beli la Kak Mira.. cuba minum..

Kak Mira: dah berapa lama zarie amalkan minum kopi nih???

Zarie: baru je nak minum... ni pun Kak Yoh yang bagi.... hehehe

Guarana Kapucino Yang Lazat...


Gua pegi jalan-jalan atas dasar urusan rasmi keje gua. Entah petang yang berbahagia itu telah menemukan gua dengan sebuah kilang dengan erti kata lain (lain yang gua cari, lain pulak gua jumpa). Perayauan Domestik atau dengan bahasa telekomunikasi yang hebatnya 'Domestic Roaming' pada petang itu telah membawa gua kepada penemuan kilang Guarana Kapucino di Jalan IKS Bukit Minyak. Kat pintu masuk kilang tu ada gamba Qabil (zed Zaidi) wakaka.. Sila ikuti kisah selanjutnya...

Abg Lan : zari... beli kopi kapucino kat sini dapat murah.

Zari : ye ke?? sekotak berapa?

Abg Lan : RM XX.XX.... Kak Yoh nak beli tak?? saya nak singgah ni !!! saya mmg nak beli nih.

Kak Yoh : Kak Yoh punya banyak lagi. Hari tu baru beli.

Zari : "Cehh.. rupa-rupanya diorang lagi awal tahu pasal kilang nih....", bisik hati kecil.

Abg Lan : Zari takmau beli ke???

Zari : ermmm..... tadi mmg ada niat nak beli... tapi skang dah tak jadi ... lagi pun Kak Yoh punya Kapucino masih banyak. Tak elok beli banyak2 nanti membazir.

bersambung...

p/s: Gua ingatkan boleh dapat free sekotak dua....









Monday, November 1, 2010

Trend Mencari Aweks

Trend mencari aweks sekarang sudah berubah. Dahulunya si jejaka pantang melihat gadis berdahi licin... sekarang tidak lagi. Mereka (jejaka) lebih gemar melihat gadis berketiak licin dan gebu. Siapakah dalang disebalik fenomena ini??

Bagi gadis2 di luar sana yang memiliki parut / ketuat / selulit / kerak / hutan simpan / kutu / uban / ruam / hamis di ketiak... bertindaklah sekarang !!!

p/s : Memiliki ketiak yang putih sekata bukan sekadar cantik, tetapi ianya boleh ditayang ketika kecemasan bagi mendapatkan bantuan... adakah ketiak anda berupaya menarik orang ke arah anda atau membuatkan orang lari lintang pukang??? adakah ketiak anda cukup menarik utk ditayangkan??? renung-renungkan dan selamat beramal...

Sunday, October 31, 2010

Ron95 vs Ron97


Ini cerita di bulan Ramadhan Al-Mubarak. Sa-buah cerita yang pernah buat gua terberak. Membuang segala macam bentuk hadaman yang berkerak. Mengambil 20 minit masa di jamban tanpa bergerak. Sakitnya perut rasa macam nak teriak. Gua akhirnya insaf..takmo riak-riak.

(kalau korang terer, boleh baca perenggan di atas dengan gaya RAP)

5 minit sebelum berbuka di R&R Semanggol.

Gua kalau buka puasa selalunya carik makanan yang berkuah. Almaklumla tekak kering... so mata gua liar mencari kelibat bihun sup / mee kari / mee soto ... dan lain2 menu yang berkuah... tapi di bulan posa nih nasik putih kacau ngan air meneral pun dah dikira lazat.

Gua dah dapat mee kari.... yey... perghh.. bau tak tahan... mee skit, kuah banyak. Kari skit, minyak tebal !!! kalau gua cedok minyak dari atas kuah nih leh buat goreng naget ayam A1. Spoil betul minyak nih !!!

Karim (bukan nama sebenar) sound gua..

Karim : "banyaknya minyak dalam mee lu !!"

Gua : "memang gua soh macik tu boh minyak lebih skit, minyak banyak baru sedap!!!..." (ayat utk menyedapkan hati)

Karim : "uihh.. sakit perut ko nanti !!!"

Gua : "ala.. Ron95 takpe, gua dah biasa"

Setengah jam lepas makan:

Gua : "erkkk... pedihnya perut !!!"

Karim : "gua cakap tadi lu takmo dengar..."

Gua : "gua rasa macik tu tipu gua... nih bukan RON95... gua rasa nih RON97...."

Karim : "owhhh... patut arr"

Thursday, October 14, 2010

Projek BaeK


Balik dari Tesco semalam, membuatkan gua tak sabar-sabar nak gi opis. Kat opis banyak tools. Bukannya apa, gua sekadar nak merealisasikan inovasi terbaru dalam dunia teknologi maklumat. Dengan teknologi penjimatan yang optimum ianya mampu dimiliki oleh setiap orang.

8.00 pagi di opis:

gua: wei jeff, lu ada double sided tape tak?? (gua bertanya sambil berlari !!)

jeff : (senyap tanpa jawapan)

(gua anggap jeff takde barang yang gua mintak tadi.. terus je gua berlari-lari ke admin)

semasa dalam pelarian.... gua terdengar jeff memanggil gua dan gua terus membuat pusingan-U.

Jeff: "wei.. zarie"

Gua: "yo..wasap..wasap ."

Jeff: "Double sided tape ada dua jenis...ko nak yang mana?? yang itam ke yang putih??"

Gua: "yang putih.."

Jeff: "erm.... dua dua aku takde !!"

Gua: "cilaka... penat gua berlari", bisik hati kecil gua

gua terpaksa berlari-lari ke admin semula untuk mendapatkan barang yang gua nak... saje je gua berlari, padahal opis gua kecik je... berjalan pun
boleh sampai. Sebenarnya memang gua berjalan... saje cerita kat korang yang gua berlari..haha.

Barang yang gua nak diberitahu oleh admin telah kehabisan stok !!! Sebenarnya gua tak pergi kat admin pun.... saje gua cerita gua pegi kat admin... supaya korang saspens skit..dan gua percaya se-das kentut pun korang tak saspens. Sebenarnya tadi, setelah gagal mendapatkan barang yang gua nak dari jeff, gua terus je pinjam double sided tape dengan Mahani. Nampaknya projek gua bermula. Korang paham tak cerita nih?? wakakaka

Inilah projek yang gua rahsiakan dari tadi :

Projek rahsia gua nih menelan kos sebanyak RM1.50... dengan menggunakan pengalas pinggan (Coasters) di meja makan yang mama beli smalam, gua berjaya mengonvertkannya menjadi skin laptop. Kini alas pinggan mama sudah kekurangan satu... haha gua sangat-sangat berharap mama tidak menggunakan laptop gua sebagai ganti pengalas apa-apa juga juadah di meja makan.


Idea ini amat berbaloi dan praktikal untuk korang mencubanya. haha.. Gua harap dengan sumbangan idea ini dapat memajukan lagi industri teknologi maklumat di negara ini walaupun gua rasa ianya takde kena mengena. Selamat mencuba.



Saturday, September 25, 2010

Moto HilanG

Teknologi ICT telah merubah idup kita. Ramai di kalangan kita yang sedar dan tak kurang hebat pula segelintir yang masih buat2 bodo...

Satu contoh sikap member gua yang harus dipuji, menggunakan fesbuk mencari motosikalnya yang hilang. Sepanjang hayat gua berfesbuk... ini kali pertama kejadian seumpama ini berlaku. Yey !!




Sebagai kawan... gua juga tak ketinggalan cuba utk membantu.. menggunakan teknologi yang sama...



Sori la...gua dah cuba yang termampu... tapi tak jumpa jugak... gua rasa moto lu dah dibaraikan.



p/s: kepada pencuri yang berkenaan... sila pasang balik enjin dan pulangkan ... TQ

Friday, August 27, 2010

Pesalah Laku Signal



Salam HorMat.. gua saje Nak bagitaHu dah 10 tahun gua renew lesen memandu. Nak lebih faham lagi.. kiranya dah 10 tahun pengalaman gua memandu.. termasuklah menunggang moto. Kira-kira rm800 duit gua dah laburkan ke PDRM dan JPJ buat bayar saman... dan ntah berapa kos gua tanggung untuk repair kenderaan bagi 3 kali xsiden.. gua tak ingat!!..
Dalam pengalaman gua sepanjang berada atas jalan raya, sukacita gua nak highlight skit pasal signal.. esspesyelly bagi pemandu2 lesen kelas b2,d. Dalam erti kata lain gua nak touch skit pasal pesalah laku signal di jalan raya.
Setelah selesai kaji selidik, kaji cuaca, kaji hayat, kaji purba serta penelitian mendalam yang tak sampai pun 5 minit.. dengan mengambil kira pandangan jiran-jiran...tercetusla beberapa huraian bagi merungkai kategori-kategori pesalah laku signal ini.
Kategori 1
Belok dulu signal kemudian : ahh ini budaya biasa pemandu2 di Malaysia. Tak bagi signal.. pastu main belok.. bila kene hon baru nak main signal. Gua biasa kena....dan gua biasa buat!! wakakaka
Kategori 2
Signal dulu kemudian belok: hah ini pemandu berhemah... banyak gak pemandu2 kat Malaysia macam nih. Bagus !! Takyah tengok jauh2.... amik contoh diri gua je... gua merupakan pemandu berhemah. ok.
Kategori 3
Signal semasa belok (serentak) : asal bagi signal je dia rasa dah selamat utk membelok. Tak peduli keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Pemanduan agresif macam nih menggampangkan suasana serta boleh menimbulkan rasa marah yang dahsyat kepada pengguna jalan raya yang lain.
Kategori 4
Signal takde makna : khas ditujukan buat kenderaan roda dua. Bagi signal tapi tak belok-belok... signal berkelip terus menerus dan menkonpiuskan kenderaan lain. Gua faham kekadang mmg tak perasan signal lupa off.
Kategori 5
Menyalahgunakan fungsi signal: Bahaya!!! budaya seperti ni mudah dilihat di kampung gua. Bagi mereka yang menunggang motosikal tanpa head lamp, mereka sering menggunakan signal sebagai ganti di waktu malam. AWAS!!!! jangan fikir orang akan nampak anda!!!
Kategori 6
Signal palsu: Bagi signal kanan - tapi belok kiri, bagi signal kiri tapi belok kanan. Jenis orang yang begini harus diberi pelempang sebanyak 3 kali. Dek kerana kes nih... gua hampir2 mengutip komponen laptop gua tengah jalan raya. Ciss.. ... Alhamdulillah gua selamat.
Kategori 7
Signal kiri-kanan : Fenomena nih biasa jadi di tepi2 jalan raya. Dua-dua signal menyala, tapi kereta tak bergerak. Kekadang kereta kene tunda. Kes ni takpe ..boleh dimaafkan.haha
Kategori 8
Tiada Signal : Basikal... mmm.. gua malas nak komen.
Kategori 9
tak bagi signal : ini paling bahaya... membelok sesuka hati .. at least bagi la isyarat tangan !!! yang selalu buat perangai macam nih budak sekolah ngan pakcik2 kategori warga emas...

Wednesday, August 18, 2010

PasTi Ada HikMahNya

Tok Penghulu dengan anaknya membela seekor kuda. Mereka amat menyayangi kuda itu. Satu hari, kuda itu terlepas dan terus lari ke dalam hutan berhampiran. Orang kampung yang tahu akan hal tersebut berkata kepada Tok Penghulu, "Kami simpati atas kehilangan kuda kesayangan Tok. Tentu Tok sedih.." Sebaliknya,Tok Penghulu tersenyum lalu berkata, "Tak apalah. Mesti ada hikmahnya." "Apa hikmahnya Tok?" "Tok pun tak tahu. Tapi pasti ada hikmahnya."

Beberapa minggu kemudian, kuda kesayangan Tok Penghulu pulang semula dengan membawa beberapa ekor kuda liar. Orang kampung sangat kagum kerana sekarang bilangan kuda kepunyaan Tok Penghulu bertambah secara tiba-tiba. Sudah rezekinya. "Tok bertuahlah. Untung." Begitulah kata mereka. Tok Penghulu sebaliknya berkata, "Belum tentu lagi. Tapi Tok yakin tentu ada hikmahnya."

Anak lelaki Tok penghulu begitu gembira dengan kuda-kudanya. Setiap hari dia menunggang kuda kesayangannya sambil mengembala kuda-kuda liar yang lain.Entah bagaimana pada satu hari, anak Tok Penghulu itu jatuh daripada kudanya lalu tangan kanannya patah. Orang kampung tahu dia adalah anak kesayangan Tok Penghulu. Mereka datang menziarahi anak Tok Penghulu yang terlantar. "Malang benar nasib tok. Baru dapat nikmat sekarang ditimpa bala pula," kata mereka. Tok Penghulu tersenyum dan berkata, "Ini ujian Allah. Tentu ada hikmahnya."

Tidak lama kemudian, kampung mereka didatangi oleh pegawai-pegawai atasan tentera negara itu. Orang kampung semuanya bimbang kerana raja mereka memang terkenal zalim dan tidak berperikemanusiaan. "Raja memerintahkan semua anak muda lelaki dikumpulkan! Negara memerlukan tentera tambahan untuk dihantar ke medan perang!" Arah ketua tentera. Semua ibubapa kampung itu risau dan sedih terpaksa berpisah dengan anak-anak lelaki mereka. Para remaja lelaki dibariskan dihadapan ketua tentera, termasuk anak lelaki Tok Penghulu yang patah tangan itu. "Kamu dikecualikan! Tidak ada gunanya membawa orang yang patah tangan!" Kata ketua tentera sambil menunding jarinya kepada anak lelaki Tok Penghulu. Pada ketika itu, terngiang-ngiang kata-kata dari mulut penghulu mereka, "Mesti ada hikmahnya."

Pengajaran: Setiap apa yang berlaku ada buruk dan ada baiknya. Orang yang beriman sentiasa melihat daripada sudut yang baik daripadanya. Mereka menerima yang buruk dengan sabar, namun didalam hati sentiasa mengharap kebaikan disebaliknya daripada Allah SWT.

Tuesday, August 17, 2010

Save KoS

Sekarang semua harga barang sudah naik... minyak petrol naik.... gula naik... beras naik... harga telur naik bila musim kenduri kawen... minyak masak naik.. pendek kata macam-macam jenis barang sudah naik harga.

Minyak petrol naik, takpe... gua leh pegi keje naik bas.. takde hal punya.

Gula naik, takpe gua sanggup minum teh 'o' kelat.. takde hal..small matter.

Beras naik, maggi ada.. apa susah!!! gua sanggup makan maggi sebulan... errr... bila congak2 dalam kepala hotak gua yang berjambul nih... kos maggi sebulan lebih mahal dari beras... gua kansel tak jadi makan maggi !!! gua tanam padi depan umah.

Telur naik, uihh... tak pernah seumur idup gua dengar telur naik.. setahu gua batang je yang leh naik..... takpe gua goreng sebiji telur.. belah lima.

Minyak masak naik, ahhh makan benda2 berminyak nih tak berapa bagus untuk kesihatan... gua leh masak stim demi kesihatan gua dan keluarga gua. No problem!!!

Pampers baby naik....... gua tengah pikir solusi untuk masalah nih.. ishhh.. tak sanggup gua buat camnih kat anak gua...



baby ini kelihatan selesa dan tenang dengan inovasi terbaru oleh bapanya

p/s : gua takut anak gua balas balik bila gua dah tua nanti...

Monday, August 16, 2010

Kes Barli Suam


Pagi bekfes di kedai Ali.. tengahari takkan kedai Ali jugak. Sekali sekala nak jugak citarasa buffet hotel 5 bintang. Asyik-asyik masakan mamak... asyik-asyik masakan mamak.. ketiak gua pun hampir2 mengeluarkan aroma kacang dal. Sekali-sekala nak jugak gua menghindarkan diri dari terpandang bulu dada Ali. Mual gua !!!


Destinasi gua ialah Restoran Sha Vistana... sebuah restoran tumpuan aweks2 dari merata ceruk tempat. Gua terpandang sepasang kapel... (kapel nombor 1) yang perempuan beruniform macam Jabatan Imigresen ermm.. memang Imigresen..yang laki-lakinya pulak macam joki rempit, mat despatch kot.. saje je gua cerita skit pasal kapel nih. Takde apa yang menarik pun.. biasa je. Sebenarnya niat gua nak bagi entri nih panjang skit. hahaha...


Ahh.. lupa gua nak bagitahu.. gua gi lunch ngan nazib. Bukan sorang2 ehh!!! haha. Masa gua makan gua perasan ada satu lagi kapel (kapel nombor 2) masuk dalam kedai. Owh.. rupa-rupanya kawan si pompuan tadi.. patutla uniform sama. Gua terdengar :


Kapel nombor 2 : Eh, Ina... jauhnya ko becinta sampai makan kat sini, dahsyat la ko.. bla..bla.........


Agak lama jugak si kapel nombor 2 nih membebel, bunyi macam ngutuk pun ada..haha pastu kapel nombor 1 nih menjawab simple..


Kapel nombor 1 : Yang ko pun makan kat sini tak jauh ke? hehe


wakaka... jawapan kapel nombor 1 tu membuatkan sedikit nasik yang ada dalam mulut gua berada di dalam gelas air suam depan gua. Dah macam air barli....... tapi ada kuning2 gulai pajeri nanas.



p/s : jangan syak yang bukan2 ehh....!!!! ini kes sebelum bulan puasa ehh !!!!




Saturday, August 14, 2010

Sabar

Hari Isnin... satu hari yang paling bizi buat gua. Sedang dalam kebizian itu juga gua terdengar Pn. Hajjah Siti Aisyah berkata secara langsung dari tempat duduknya.

"Lelaki ngan Pompuan... sape lagi penyabar??"

Kalau tak silap gua soklan tu ditujukan buat En. Lan. Tapi sebaik saje soklan tu diajukan...ntah camana gua pulak yang terdorong utk menjawabnya.

Gua : Tentulah laki2

Pn. Hajjah: memang betul laki2 adalah penyabar orangnya.

Gua: fuhhh.. lega jawapan gua disetujui.

Pn. Hajjah: Orang laki2 mmg penyabar... bila anak nangis tgh malam dia leh sabar dan buat tak tahu je berbanding ngan org pompuan yang tak sabar2 bangun bancuh susu anak.

Gua: erkk..

Wednesday, August 11, 2010

SMS pembuka tirai Ramadhan


Seperti biasa bila suatu perayaan / musim / acara tiba, .. tak putus2 SMS gua terima daripada rakan2. ermm satu respon yang positif. Tanda ingatan sesama kengkawan. Alhamdulillah.. Nombor henpon yang mudah diingati dan masih kekal semenjak tahun 2001 adalah salah satu faktor mengapa gua mudah dikontek oleh kengkawan lama dan baru.


Yang gampangnya SMS yang gua terima sejak semalam semuanya datang dari nombor2 yang takde dalam fonbuk henpon gua... cilaka!!! tabiat menuka-nuka nombor sesuka hati tanpa memaklumkan kepada kengkawan sangatlah gua kecam !!! at least tulis la nama kat ujung sms.. baru gua leh balas pantun ke apa ke... ishh..


Tapi satu SMS pilihan gua... datang dari nombor yang tak gua kenali. SMS nih juga merupakan yang pertama pembuka tirai bulan Ramadhan al-Mubarak...


"RENUNGKANLAH... Barangsiapa mandi di Subuh yang dingin yakni sebelum Imsak untuk mengerjakan Solat dan Puasa di bulan Ramadhan... Nescaya mereka itu tergolong dari kalangan orang-orang yang "MENGERJAKAN ISTERINYA MALAM TADI"... Riwayat POWER ROOT dan ALI CAFE.


p/s : Selamat Menjalani Ibadah Puasa...... 4 thumbs up buat sender!!! TQ





Tuesday, July 20, 2010

Batman dan Superman itu wujud dan ada pertalian darah.

Kejadian benar di Lapangan Terbang Bangalore.


Airport Security : Nama awak apa?

Passenger : Batman

Airport Security : Nama betul la?

Passenger : Nama saya Bat-Man

Airport Security : Kau buat lawak ehh?? nama keluarga kau apa??

Passenger : Superman

Airport Security itu telah menggari pemuda itu dan menahannya di dalam bilik tahanan sekuriti kemudian memeriksa paspotnya............. . . . . . . . . . .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Friday, July 16, 2010

Cara Mematikan Perbualan Cara Misteri


Paling jahanam kalau satu hari utk diri gua keje menjawab panggilan2 hangit dari orang2 yang bukan saje gua tak kenal malah berbahasa Tamil menerjah ke corong speaker henpon gua, seterusnya menusuk gegendang serta membawa impuls menerusi saraf auditori, diterjemah oleh otak kemudian dibawa semula ke mulut menyebabkan perkataan 'FAK' keluar dari mulut dengan sendirinya. Nasib baik gua tak beri salam. Gua just jawab "Lu salah nombor la !!!".

Paling gampang pulak bila terima call dari bank soh sign up kad kredit, insuran... real reward.. argg macam2. bila dah terlayan mmg payah nak benti... pandai betol mereka2 nih mengayat. Mau tak mau kene layan. Tapi satu hari gua dapat idea utk mematikan ayat2 power mereka2 nih... mudah je..

Bila tipon berbunyi mempamerkan nombor yang tidak dikenali..just angkat.. mana lah tau.. kot2 panggilan emergency ke... tapi bila kampeni/ agen2 seperti diatas tipon... senang je.. just jawab "saya tengah drive nih.. tipon balik dalam masa 5 jam... k ..tq..".

Lepas tu set la nombor mereka dan block panggilan dari nombor mereka. wakakaka beres!!!

Kalau mereka tukar nombor. Just angkat gak panggilan tu... tapi kali nih korang buat bunyi binatang kesukaan korang... singa laut ke...cencurut ke.. ikut bakat yang korang ada. Kalau korang takde idea... takpe... buat bunyi orang bisu lagi best. Gerenti diorang letak!!!

Gua bukan cakap2 kosong.. tapi gua dah buat dan hasilnya memberansangkan!!! cuba lah..haha

p/s: Sori Cik Salbiah dari Real Reward dan Ms Khoo dari Maybank Etiqa.. harap jgn putus asa.

Thursday, July 15, 2010

Kelakarlah Beliau !!!


Sedikit kisah kengkawan yang mencuit hati gua... haha kisah nih gua jumpa dalam fesbuk beliau dengan tajuk originalnya gua kekalkan iaitu 'Kelakarlah Beliau'. Agar ianya dapat dijadikan iktibar buat korang semua menjalani idup yang penoh pancaroba. hehe

Friday, June 11, 2010 at 3:15pm

Lebih kurang 2 minggu lepas, hari ahad aku dijemput dalam satu event (event kampung) untuk lukis live sketch. tak dibayar pun, sekadar buat booth live sketch cam biasa ikut jumlah customer. Yang betulnya aku malas nak pegi, memandangkan niki dah misscall aku nonstop suruh dtg, msg mcm2, aku datang jugak nak jaga hati punya pasal. Event tu kecik je, komuniti penduduk taman perumahan tu. adalah dalam 80 orang kot. aku pun terus pasang display sambil target masa, dua jam - challooo~ cabut pegi lukis kat waterfront pulak. Ada satu budak kecik, eh, takde laa budak sangat, dalam form 4 gitu dok melepak sebuk nak tgk aku melukis. kena kerumun ramai-ramai bukan la satu hal bagi live sketchers, yg menarik part ni adalah bila ada tukang komplen mewujudkan diri dalam ramai2 tu. ngehehe.sudah lukis dalam 4 orang, budak sebelah aku tu mula bising macam2, diwarwarkan pada kawan-kawan aku lukis muka jadi senget benget la, tak sama itu ini.


Tak larat laa aku nak describe apa benda 'caricature' ni kat diorang, display sampel aku dah menjelaskan segala-galanya, tambah lagi budak2 yg tak tau apa-apa/ belum kira left-brainer yg takde sense of art lagi tu..makin lama itu budak makin kecoh, komplen aku macam2, last skali dia kata aku lukis muka mat poit sorang ni tak sama lansung, topi aje sama. aku senyum lagi.


aku: part yg mana tak sama tu dik?


mat poit: mata dia apasal lain bang, kening semua jadi lain.aku: oh yee ke? aiseh, nasib baik adik perasan, err, cuba adik tunjukkan kat abang(crowd mula berkumpul)


mat poit: ni haa, patut mata dia ada macam garis-garis, bulu mata pun tak nampak


aku: haa.. nah pensil, abg tak paham adik cakap, try repair guna ni dulu


mat poit: ni salah, tu salah patut macam ni (conteng kertas lukisan aku dgn penuh yakin)


aku: takpe, takpe, take your time.. bagus la adik ni, handal rupanya~masa pun berlalu, lukisan raw sketch aku dah jadi macam pembalut putu mayam, penuh dengan garis putus-putus dan kesan pemadam yg capuk2


aku: takpe dik, dah lebih 15 minit, tapi takpe.. asalkan adik dapat repair, baru puas hati customer abang ni~mat poit da berpeluh2 dan menggigil, crowd makin bising mengutuk


aku: takpe dik, tabahkan hati, yakin boleh!! bagus~ bagus~~mat poit muka dah berkerut macam sembelit. lukisan yg direpair da jadi muka zombie


aku: amacam dik, wah lawa.. patut la adik cakap tadi macam bagus, mmg bagus rupanya!~ aku amik lukisan dan bagi pada customeraku: yeh!!! tgk betul2, ni la muka kau.. aaa.. jgn bayar kat abang eh, bayar kat budak ni. mari kita tepuk tgn, mari~


aku: yaaaaa!!! para hadirin! sesi melukis ni akan disambung oleh adik ni, saya kena gerak dulu (aku nak ke waterfront) mari! mari! jangan lepaskan peluang untuk melukis dgn bakat hebat ini!! yearghh!! tak lama, dekat sejam je satu muka!!


mat poit: abang ni nak kenakan saya ke atau apa?


aku: memang aku tgh kenakan kau la bodoh, apa la bengap sgt baru skarang kau perasan?!


aku sungguh kijam. tapi budak tu lebih kijam sebab sabotaj aku terlebih dahulu tanpa reason.kan ke elok dia tanya aku elok2 dari awal, kenapa lukisan aku tak sama mcm potret? bukan halau semua customer2 yg nak dtg melukis dgn aku...eh, aku tak kejam! aku sepatutnya buleh buat lebih dasyat dari tu... :")


p/s : kredit utk Maddy Yondaime..

Tuesday, July 13, 2010

Renung-renungkan dan selamat beramal !!!


p/s : kalau macam nih... takyah gi gym... just bela lembu dan tengok payudara lembu tiap2 hari.. leh ke?? (utk orang bujang)

Saturday, July 10, 2010

Ramalan Terbaru Sotong Paul

Kecoh satu dunia, apabila si sotong bernama Paul ini berkebolehan meramal beberapa keputusan perlawanan Piala Dunia. Macam real je kan?.. ahaha... frust betul gua bila Paul melekat kat bendera spain.... erkk.... jerman kalah... celaka betul.. gua rasa macam nak gigit je sotong nih. geram!!!..

Kekalahan Jerman tempohari menyaksikan lauk2 masakan sotong habis licin di warung2 dan restoran2 tidak terkecuali pasar awam Kepala Batas... stok payah nak dapat !!! gua pelik.. camana fenomena ini boleh terjadi.
Marah betul manusia terhadap Paul nih... gua pun marah.. tapi kemarahan gua tidak berpanjangan setelah melihat ramalan terbaru Paul.


Syabas !! Yeyeh.. Samat tinggal Jerman tak sabar dah nih nak tunggu WC 2014

p/s : Paul nih kekadang menyimpang gak... gua tak pecaya.. tapi gua tunggu 2014.

Thursday, June 24, 2010

Black Machine hancur !!!

Gua tak sampai ati nak letak gambo black machine gua utk tatapan... sedih arr

Salam sejahtera semua… perghh ..agak lama jugak gua tak menghupdetkan blog sampah gua ni. Ahh.. dek kerana hari nih yang gua rasa..gua cukup hensem, maka gua hupdet skit demi mengembalikan semula kegemilangan zaman lampau blog ni. Haha..

Sepanjang gua meninggalkan blog nih, macam2 peristiwa yang berlaku sekaligus terpahat dalam memori kepala hotak gua termasuklah kes penerbangan gua di atas jalan raya selepas menghentam lori pasir di kilometer 2, Telok Air Tawar, Butterworth. Syukur gua selamat… moto gua je yang parah. Itupun separuh nyawa gak gua menggayakan aksi gaban sewaktu di awangan.. Apa yang misteri kat sini ialah kehilangan rim depan moto gua yang masih menjadi tanda tanya dan gua masih lagi mencari huraian dari sudut forensiknya. Momentum yang kuat sewaktu pelanggaran telah mengghaibkan jisim rim tersebut ataupun ianya telah menjadi koleksi pengumpul besi2 buruk yang tidak gua ketahui. Ahh.. lupakan saja… yang penting gua selamat. Alhamdulillah.

Sejak peristiwa itu, gua semakin menyampah utk menunggang black machine gua. Performance dah merosot. Rim depan dah tak sejajar dengan rim belakang. Bila naik gua rasa kedudukan bontot gua menyimpang boleh sakit pinggang. Huh.. lagi satu !!! Jangan sembang mengenai top speed !!! gua malu ngan beskal mini cap Rolex kepunyaan mak gua. Walaumacamana lembab pun black machine …gua takkan jual…., banyak jasa dia yang gua tak leh lupa. Ok Cau !!
p/s: Apa itu Black Machine ??? klik sini

Tuesday, June 8, 2010

Mavi Marmara


Hari pertama berita tentang kapal Mavi Marmara diserang oleh rejim zionis Israel sangat memeranjatkan gua serta seisi opis gua. Macam-macam andaian buruk tercetus dalam kepala hotak gua begitu juga ngan member gua yang seekor nih. Gampang seriusnya melebihi tahap Perdana Menteri hinggakan nak pelawa bekfes skali pun gua cuak. Over Emotional betolla mamat nih!!!

Ikuti temubual gua untuk mengkaji tahap keseriusan makhluk bernama Misya nih.

Gua: Pasal apa Mavi Marmara kapal yang pertama kene serang ehh?? Bukan ke diorang berkonvoi ngan 5 bijik kapal lagi…

Misya: dah tentulah sebab dia dok depan skali !!! Mavi Marmara yang sampai dulu… dialah yang kene serang..

Gua: Tapi jarak antara Mavi Marmara dangan kapal2 lain jauh jugak… tapi kata diorang berkonvoi !! konpius aku….??

Misya: Memangla bekonvoi… Mavi Marmara tu kapal persiaran.. enjin kapal persiaran laju…yang lain-lain tu kapal kargo…. Enjin kapal kargo slow..slow sangat2..

Gua: wah.. hebat gak teori ko ehh… tapi enjin kapal korek lagi slow. Ko takkan perasan time dia jalan!!!... haha.. (gua cuba meriangkan keadaan..)

Misya: Ada lagi slow dari tu.... kapal yang slow… slow giler… susah nak tengok dia bejalan… ko tahu tak?

Gua: ala… kapal yang sedang berlabuhla…wakakaka… soklan kanak2 riang ko bagi kat aku ehh…wakakaka mudah je..

Misya: Salah. !!

Gua: Abistu apadia?

Misya: Kapal singh


p/s : itulah definisi serius bagi si Misya... cilaka.. gua kene...

Monday, May 31, 2010

Alasan Baby


Adik gua pregnant dah nak masuk 9 bulan. Orang pregnant ada macam2 excuse. Semua ke’excuse’annya terpaksa diterima walaupun pahit untuk orang disekeliling. hahaha.


Adik: knape aku dok asyik nak buang air je ehh???

Gua: Pasal baby dalam perut la tu.. biasa la. Baby dalam perut nak buang air la.

Adik: Owh… macam tu.. ok. Skang aku dah tahu.



Adik: wei.. aku teringin nak makan buah masam2… leh tolong carikan kat pasar malam? Boleh la… baby dalam perut nih nak makan arr.

Gua: ok la… no problem. Baby punya pasal takpe.



Gua: Mak… adik kata tadi mak buat bihun sup ehh? Nak skit…

Adik: Lorr… ko lambat la… aku dah makan perabis. Lapar la… baby dalam perut lapar nih.

Gua: owh.. ok. No problem. Baby punya pasal takpe.



Adik: wei.. hantar aku umah mak sat. Badan rasa lain macam nih. Baby dalam perut nih tak dok diam.

Gua: Ok ok. No problem. Baby punya pasal takpe.



Gua: Mak bil telefon dah sampai lom? Nak pi bayar jap lagi…

Mak: Bil tak sampai lagi.. knape bulan nih lewat ehh??

Gua: ntah la… bla..bla

Mak: bla..bla bla..


Tengah rancak sembang pasal bil tipon.. tiba adik gua mencelah…


“KrottttTTtttt.. tot…tot….prek…pek…toit”, ahh.. lega. Bukan aku yang kentot ehh… baby dalam perut yang kentOt nih.

Gua: erkKKk…. Ok no problem. Baby punya pasal takpe.



p/s : wahhh... sesedap rasa je boh alasan baby....

Sunday, May 30, 2010

Dan Bila Esok (Sofaz)-MP3

Sofaz

di dalam hatiku selalu tersimpan
rasa yang takkan pernah bisa ku ungkapkan
kau diam tanpa kata
saatku ungkap semua rasa


di saat ku ingin dekat denganmu
kau semakin jauh meninggalkanku
dan kau diam tanpa kata
saatku ucap semua rasa


dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
tuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya


dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
tuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya

uohhhHHhhhhh...

(Perempuan)
mungkinkah esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatiku
untuk cinta yang pernah engkau miliki
untuk selama-lamanya

ohhhhhhhh...

dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
untuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya


dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
untuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya


dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
untuk cinta yang pernah kita miliki tuk selama-lamanya

(Lelaki dan Perempuan)
dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hati kita
untuk cinta yang pernah kita miliki tuk selama-lamanya


download mp3 di sini

p/s: asyik betul lagu nih...hahaa

Friday, May 28, 2010

Teknologi Bluetooth

Dulu-dulu punya zaman kalau nak transfer file kene ada kabel... kalau file kecik2.. guna disket je... tu pun ada had kapasiti. Bila maju skit... wujud zip drive. Disket dia punyalah tebal tapi berkapasiti besar. Tak semua orang leh pakai device ni, sebab harga mahal sangat. Skang bertambah maju, main transfer tak pakai wayar. Sesuka hati je transfer sana, transfer sini. Kejap2 bluetooth...skit2 bluetooth.... seronok bukan? Inilah teknologi Bluetooth. Cite pasal Bluetooth nih korang tahu tak sape yang menciptanya??? meh sini gua nak tunjuk !!!!

p/s: bukan gua yang kaler gigi dia sampai huduh begitu... gua jumpa dia dah memang gigi kaler macam tuh !!!

Monday, May 24, 2010

SUPerman yang lazat.


Ahh.. detik2 hidup membujang sungguh menguji kesabaran serta kekentalan gua esspesyelli bab2 makan…haha. Mujur gua ada adik yang begitu mengambil berat hal2 makan minum gua. Tiap-tiap pagi tengahari, petang dan malam tak henti2 tipon gua tanya dah makan ke belom !!. Sifat2 prihatin beliau membuatkan gua terharu biru seketika. Haha kekadang buat gua meluat pun ada gak… beliau sekadar bertanya je…wei….tapau la skit bagi gua barang sebungkus dua makanan bagi meneruskan kehidupan ini.


Pagi-pagi buta lagi adik gua dah tipon…


“wei… dah bekfes lom?”, dengan nada jelas bertanya.


“gila apa ko nih, pukul 5 pagi bekfes!! Wei.. ko mesej je la.. takyah tipon2… aku nak tido nih” jelas gua yang masih blur-blur mamai.


“Ko nak makan apa pagi nih?”


“Ish..ko nak tapaukan utk aku ke?”


“Tak ah… saje je tanya.”


“ish… ko nih banyak tanya pulak!!! Dah..dah… malas aku nak layan.. aku ingat nak masak pagi nih.”


“masak apa?... ko reti masak ke? Haha”


“cehh… tengok bulu betis la woi !!!... aku nak masak satu menu yang spesyel gila babi… yang tak masuk akal !!!”


“wah… macam sedap je bunyi… leh tapau kat aku skit ehh??… Ko nak masak apa tu? amik mana resepi?”


“apasal ko bnyak tanya sangat nih?? Aku ngantuk la !!! aku nak masak Sup… Sup yang power gila.. gerenti terangkat.. silap2 haribulan leh terbang”.


“Sup apa tu???”


“SUPerman”, jawab gua dengan nada yakin.


Tut..tut..tut….tut..


Bagus… skang gua leh tido ngan aman…haha

Bila gua bangun tido… gua menghadapi sakit kepala yang serius..heheh…tapi semuanya pulih lepas gua layan SUP ngan roti keras… dah la keras…liat pulak tu….dah la liat panjang-panjang pulak tu.... haha.. selamat tinggal Paracetamol. !!!



p/s: adakah ia benar2 lazat.. ataupun ianya lazat sebab aku lapo.....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...