Thursday, April 11, 2013

PRU 13 - Trend Pangkah

Sekarang,  trend pangkah undi sangat menakjubkan. Oleh kerana tak suka.... orang sanggup pangkah parti Z. Bukan sebab parti Z itu sangat bagus....  tetapi sebenarnya sebab benci dengan parti Y. Buanglah tabiat ini. Fikirkan betul-betul sebelum pangkah. Kalau pilihan tak betul... tunggula 5 tahun kemudian.... padan muka.

Friday, April 5, 2013

PRU 13 - Fitnah

Kalau kita tak suka buah epal... sangat mudah solusinya !!! kita beli buah lain dan kita tidak perlu mengatakan bahawa buah epal itu tidak bagus untuk kesihatan. 

Bila tiba masa waktu dan ketika... kita pangkah sahaja yang mana berkenan di hati. Bukankah itu sangat aman dan tenteram? Ya .... itulah demokrasi...

PRU 13 - Auta bukan Fakta

Dunia komunikasi sudah maju. Reka dan taip je apa saja cerita tentang sesuatu isu (perlukan kreativiti dan imaginasi)... nescaya orang akan percaya membuta tuli tanpa mengkaji sumbernya. Tak percaya??  Selamat Mencuba !!!

PAS vs ISLAM

PAS  sangat sama seperti UMNO iaitu sebuah parti untuk orang melayu. Tolong la... tolongla  jangan samakan atau kaitkan PAS dengan ISLAM kerana PAS itu sebuah parti politik dan ISLAM itu agama suci daripada ALLAH SWT.

Sesungguhnya politik sekarang sudah KOTOR !!!

PRU 13 - Lalang

Sesetengah orang kata jangan jadi lalang...KONONNYA pendirian perlu teguh dalam sokongan terhadap sesebuah parti politik. Walau apa sekalipun.. parti yang disokong tetap disanjung.

Tapi sokongan berasaskan apa?  sokongan hanya kerana nama parti ??? kerana nama/status...pemimpin2nya???

Orang yang berpendirian teguh dalam menyokong parti2 ini adalah sebenarnya terhuyung hayang !!!

Sokongan perlu berdasarkan sesuatu yang difikirkan baik, wajar dan bermanfaat kepada semua. Sekiranya parti politik itu menyimpang dari perkara2 ini... Tak salah kita menjadi lalang menyokong parti lain yang mempunyai kebaikan itu.

Inilah senario yang berlaku kepada penyokong2 parti politik sekarang... menyokong dgn membuta tuli dan patuh membabi buta.

Thursday, April 4, 2013

PRU 13 - RASUAH

Semua parti ada rasuahnya. Bohong jika ada yang mengatakan parti itu bersih dari rasuah. Pandai atau tidak sahaja cara menyimpannya/merahsiakannya. Keinginan individu itu berPolitik sekarang lebih kepada inginkan kuasa dan bukannya berkhidmat utk rakyat dsb. Jadi rasuah itu mmg wujud kerana manusia tidak seperti malaikat. Tolong jangan buat2 hairan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...