Monday, April 12, 2010

Pasukan Bola Sepak Yang Digeruni !!!

Negeri Sembilan Vs Kedah

Gua bukannya amik tahu sangat pasal sukan bolasepak tanah air…tak berapa nak layan sangat.. Cuma bila dah jadi buah mulut orang… ke sana ke mari semua cite pasal bola terpaksalah aku amik tahu gak… al maklumla skang nih tgh musim World Cup. Rasa macam tak kacak plak bila aweks2 opis gua sembang pasal bola dan gua buleh nganga haram tak tau apa!!!! Haha

Cerita pasal Negeri Sembilan lawan Kedah hari tu pun gua baru tahu keputusannya hari nih… tu pun pasal Nazib kecoh2 dalam opis dok tepuk tangan pusing2 depan pezal walaupun Negeri Sembilan itu takde kene mengene ngan kelahiran atau sedara mara beliau…. Saje je kan..… Gua?? Gua tak terasa pun. Taman Penaga FC (budak-budak gua) yang kalah 14 – 2 ditangan Budak2 form 5 SMK Permatang Tok Labu pun gua leh buat tak tahu je… langsung gua tak sedih wahima tergamak bermuram durja….. sebabnya, gua tak minat bola pun.

Kepada penyokong kedah… jgn bersedih. Banyak kan baca buku nih :

Kepada Negeri Sembilan… terlalu awal untuk bergumbira!!! Kalian harus ingat …menang penalti tidak boleh dianggap hebat !!! Kalian harus menempuh satu pasukan yang masyhur kehebatannya dan terkenal di seluruh alam. Sebuah pasukan yang digeruni strateginya, gerak geri maut yang mengelirukan. Amat sukar untuk bermain “Marking” kerana ianya tidak berkesan terhadap pasukan ini. Susunan formasi yang bijak di mana penjaga gol tidak dapat dikenalpasti kedudukannya. (Penjaga Gol bermain posisi right wing).. hebat tak? Merupakan sebuah pasukan yang kaya… tiada sponsor mahupun nombor pada jersi. Menjadi igauan ngeri bagi musuh sekaligus melenyapkan impian untuk mara sebagai juara liga….!!!!

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.



5 comments:

  1. huk aloh,apa yg nak dikenangkan dgn gambo ni ekk.tak nmpak muka sape pun..:)

    ReplyDelete
  2. Gambar 1 - Dah baca tapi belum khatam lagi.

    Gambar 2 - Wahhhhhhhhhhhhh!

    ReplyDelete
  3. bingung juga liat pemainnya, ga' ada yang keliatan wajahnya... tapi mantap artikelnya...

    ReplyDelete
  4. woii...lu nak kena tempelengg N9 best... den org Negeri9 baru minggu lepas register! hhehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...