Monday, April 5, 2010

ABPBH 2009 (review keputusan), Gua Score 7/16.. Lingkupp...

Haha.. cite smalam dah abis (ABPBH 2009)... gua nak review balik ramalan2 gua yang gua rasa 60% menyimpang dari keputusan sebenar. Bagi korang yang belum baca edisi ramalan gua sila KLIK.

Keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009

Pengacara TV Lelaki Popular Aznil Hj Nawawi

Gua target FBI... terbukti salah... takpe baru satu salah!!

Pengacara TV Wanita Popular Fara Fauzana

Wakakaka... ini betul.. yey..yey... harapan korang nak tengok gua hanya berBoxer pegi opis kecundang!! Hahah gua dah bidik lama da si Fafau ni..

Penyampai Radio Lelaki Popular Faizal Ismail

Betul lagi...yippie... gua dah agak da...kekurangan di kepala adalah kelebihan beliau.. FBI mmg best..

Penyampai Radio Wanita Popular Fara Fauzana

Malas nak cakap banyak.. tekaan gua tepat

Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular Bunkface

Ternyata tak sia-sia gua ikut cakap anak gua. Tak sia-sia anak gua buat shuffle depan TV smalam...

Artis Komedi Lelaki Popular Nabil Raja Lawak

Adesss... gua ingan Zizan... aisehh...Congrat Nabil.

Artis Komedi Wanita Popular Noorkhiriah

Hahah kategori nih gua salah... takpe...gua dah kata gua main hentam kan?? Hehe rezeki anak kan... syukur. Bukan main girang lagi ehhh...saba..saba..

Artis Baru Lelaki Popular Black Mentor

Salah lagi...ishh...sebenarnya gua mmg nak tulih Black... tapi camana pulak tertulis Gambit lak.. pelik arr....

Artis Baru Wanita Popular Yuna

Malas nak riak-riak.. dan yang pastinya tekaan gua meleset... Jangan takut Tiz.. ada chan lagi..k.. hehe

Pelakon TV Lelaki Popular Remy Ishak

Pelakon yang ada iras2 gua nih... pasti menang...sampai tersasul-sasul gamaknya buat speech. Sib baik abg Rosyam ada..haha

Pelakon TV Wanita Popular Tiz Zaqyah

Mimpi gua berkahwin dengannya selama seminggu berturut2 rupa-rupanya memberi petanda bahawa dia akan menang.. hahaha

Artis Nasyid Popular Rabbani

Al-Fatihah buat Ustaz Asri... Tahniah Rabbani... gua mmg salah teka..adess

Penyanyi Lelaki Popular Aizat

Gua sedar bahawa kentot gua yang tengik telah mematikan harapan Faizal Tahir untuk bawa balik trofi bagi kategori ni... Sori ya Abg Faizal... hehe Tapi gua dah agak jugak Aizat boleh sapu tropi ni. Walau apa pun.. gua tetap salah.

Penyanyi Wanita Popular Datuk Siti Nurhaliza

Ehem..ehem... tak sia-sia gua undi...gua peminat nombor 2 Datuk Siti..

Pelakon Filem Lelaki Popular Que Hailar

Salah...gua salah... gelak pulak!!! Suka arr tu... Si David Teo kata Que Hailar...wakakaka gua akur tanpa sepatah bicara!!!

Pelakon Filem Wanita Popular Liyana Jasmay

Salah..salah..salah.... dah sembilan kali gua salah... apa nasib da.. gua dah malas... Tahniah Liyana.

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Datuk Khadijah Ibrahim

Uikks.. yang nih takde dalam tekaan aku... kira camana nih??

Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian Datuk Siti Nurhaliza (225,300 undian)

Memang gua dah jangka.. hehe Tahniah Datuk Siti.. speech panjang lebar Datuk K tersenyum lebar, Gua ?? gua tak dapat apa2...wakakaka gua sorak2 je tanda setuju..haha.. Memang cantik Datuk Siti malam tadi.. anggun...dulu “Biarlah Rahsia”...Sekarang “Rahsiaku Kini Milikmu”.. haha..

adess gua hanya mampu score 7/16...wakakaka

Penutup:

Teka-teki suda terjawab... yang pastinya aku tetap macam biasa gi keje naik moto demi sesuap nasi... aku tak menang apa2 pun.. hahaa

*Masa nih la kita leh lihat tahap penerimaan masyarakat terhadap artis2 tertentu... yang baik disorak-sorakkan... yang kurang baik, kene BOOOooooOOoo kadang2 gua kesian gak... nak buat camana kan...

*Gua ada tak paham sikit masa David Teo punya speech...

*Korang perasan tak Scha kata Melbourne kat USA... wakakak nampak sangat*......anak gua kata Melbourne dekat India.... wakaka nampak sangat korang berdua ada persamaan.. Syabas...

*Mikrofon ada yang sangkut2.... masalah teknikal betolla..

*Awie ngan Jacklyn Victor nyanyi tak sama lirik...walaupun menggunakan bahasa yang sama....mmm ntahla..

*Penyampai Kategori pulak ada yang over..hahaha tapi meriah..

*Gua cadangkan supaya wujudkan Anugerah Person of The Nite... boleh bagi kat David Teo..

*Al-Fatihah buat Allahyarham Ustaz Asri dan Allahyarham Din Beramboi.

Tahniah buat pemenang2 anugerah....korang adalah yang terbaik. Syabas buat penganjur!!! Ok. Jumpa lagi di ABPBH 2010. InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...