Wednesday, April 21, 2010

Lagu Feveret

Fuhhh… dari semalam…gua dok melayan satu lagu nih… huh.. menusuk kalbu betul. Dalam jamban pun gua rasa jiran tetangga gua dengar lagu yang gua dendangkan….ianya bagaikan spesyel, berkumandang merdu secara terus menerus dari mulut kasturi gua. Nak mandi gua bagi selagu…..nak bekfes gua alun selagu… pakai kasut gua boh selagu lagi… masa stat moto gua balun selagu dua lagi tanpa skit pun rasa cemuih. Lagu nih cukup femes dari budak2 tadika hingga ke peringkat dewasa. Gila arr… lagu nih suda menjadi pujaan sepuloh Nescafe di hati gua.

Korang mesti tertanya2 lagu apa yang gua nyanyi sehinggakan fenomena aneh menyelubungi diri gua. Haha macam misteri je bunyinya kan???wakaaka gua minat betul lagu2 kumpulan VE… boleh dikatakan kesemua lagu2nya gua hapal. Korang tanya je hal2 yang berkaitan kumpulan nih… nama penuh penyanyi / tinggal di mana? / umo berapa? / tarikh besday? dan lain2….. nescaya dengan pantas gua menjawab “Ntah”.

Gua terdengar lagu nih tiap2 pukul 2 pagi di TV8…. ngantuk betul time tu..
2 kali gua terlepas untuk merakamkan lagu nih.. Dalam keadaan separa sedar, akhirnya gua berjaya dan gua ingin kongsi kejayaan ini kepada pengunjung2 blog nih. Terimala
h VE n Friend.. lagu feveret gua dan mungkin juga anda !!!...hehe …yo..Gabba Gabba… !!!


Kualiti video full HDMI ini memaksa korang mengejas sound volume ke tahap 80%... ngeh..ngeh..ngeh.

p/s: sesiapa yg tak tahu lagu nih sila meninggalkan negara ini dengan segera!!!

1 comment:

  1. nyanyi lagu kebangsaan masa nak mandi, pakai kasut, nek moto?


    nampak sangat tak berdiri tegak masa nyanyi. ilang speselnya lagu ni.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...