Monday, April 26, 2010

Driver Opis


Abg Lan… siapa abg Lan nih??? Haha.. abg Lan merupakan seorang driver opis gua yang berpengalaman, berdedikasi serta cekap dalam segala hal2 berkaitan pemanduan. Habaq mai nak pegi mana…. destinasi dituju tanpa banyak soal. Seorang yang cool, penyabar serta berhemah dalam tingkah lakunya baik di opis mahupun di jalan raya. Kalau naik keta dengan dia… keje gua tak lain dan tak bukan ialah tido sepanjang perjalanan. Rasa selamat je.. haaha..


Satu sifat2 beliau yang gua amik teladan iaitu… beliau amat sayangkan profesyen sbg seorang driver merujuk pada kata-kata hikmat beliau, “Kerja didahulukan, Keluarga dibiarkan dulu utk sementara, Pencapaian diutamakan”. Abg Lan nih kalau dah keje… mmg tak ingat nak rehat/cuti. Kagum betul gua ….


Suatu hari…. Gua tak nampak kelibat Abg Lan yang selalu merayau-rayau dalam opis mencari penumpang…. Ishhh gua jadik heran dan soklan2 misteri bermain2 dalam pikiran… puas dicari tapi batang idung dia gua tak jumpa. Hendak je gua repot polis, gua risau betul….


Keesokan harinya… gua terserempak ngan Abg Lan di tempat parking. Gua menyatakan perasaan gelisah gua padanya tentang peristiwa semalam… di saat gua betul2 membutuhkan seorang driver bagi kerja2 luar opis.


“Abg Lan pi mana smalam??? Satu hari tak nampak??”, jerit gua..keras!!!


“Ooo smalam dapat cuti…. Adik bradik meninggal !!!”, Abg Lan…sayu.


Gua terkedu sambil “Innalillah……..”


“Nasib baik adik beradik aku meninggal… dapat gak aku merasa cuti dan rileks2”, jelas Abg Lan.


Gampang!!! Selamba kodok betolla orang tua nih!!!! &^$%#$@#* gua mencarut dalam hati.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...