Sunday, April 4, 2010

Hip hip hooray !!!



Hip hip hooray !!!!..Saat yang tidak gua nanti-nantikan muncul tiba.....Smalam... gua terkejut keldai pabila diberitakan gua dapat award. Gua yang masih belum setahun jagung berbloging serta masih memakai pampers merangkak-rangkak dah dapat Award!!! Hebat bukan? Terasa macam pro pulak.. walhal usia blog aku baru je sebulan. Walaubagaimanapun, terima kasih buat pemberi award iaitu Cik Melur dengan perkenannya dapatlah gua merasa award yang pertama sekaligus membakar semangat untuk terus menggila berblogging lagi (punah tatabahasa gua).

Terima kasih yang tidak terhingga sekali lagi buat Cik Melur atas pengiktirafan sedemikian rupa ke atas blog cap ayam ini. Errr... macam tak pecaye je...haaha..

Sepintas lalu mengenai Cik Melur:

http://chickmelur.blogspot.com

kerap gak gua chatting ngan beliau menerusi Fesbuk..hehe tapi gua hanya nampak dua biji matanya je. Seorang yang berbudi luhur, menjaga bahasa serta tatasusilawati. Beliau disenangi oleh jiran sebelah rumah. Kesopanan dalam bait2 bicara menjadikan beliau antara calon-calon menantu Penghulu di kampungnya. Blog beliau gua dah khatam 2 kali.. nak kenal Cik Melur dengan lebih kental lagi??? Klik la nama dia woi!!! Susah payah gua underline letak link..ishkk..


Gua amat tertarik dengan syarat-syarat untuk menerima award ni. Menurut Cik Melur... ...

1. Ckp tima kasey!!~ kat pemberi award sambil link-kan beliau

2. Bagi kat lima belas (baca:15) blogger yang anda baru je discover dan mereka tu fantastik, bombastik, mr loba-loba :P

3. Kontek mereka yang disebutkan dan bagitau mereka dah menang award

4. Bagitau 7 perkara pasal diri anda.


Kacang je...

haha 7 perkara yang membuatkan gua ensem dan korang patut tahu :

1) carik gua kat kebun tiap2 sabtu dan ahad. Sebarang urusan2 penting gua tak layan di rumah!!!

2) Gua digeruni oleh anak gua.

3) henpon gua berusia 9 tahun..

4)Gua pernah ilang kasut kat masjid Seberang Jaya.

5)Ramai yang ingat gua bujang..hhehehe (itu kelebihan yang gua suka)

6)Sejak main blog/fesbuk, gua payah nak tido..

7)Gua sayang semua folower gua dan gua suka taip perkataan “THANKS”......ok tu saje.... thanks.. (hah tengok gua dah kata da!!)

Gua pun tak tahu kafeteria-kafeteria kriteria-kriteria pemarkahan yang diambil kira bagi melayakkan gua menerima anugerah ini kerana boleh dikatakan keseluruhan entri gua berbaur kemerepekkan yang amat. Tidak ada apa yang boleh dibanggakan...wakakak. Dengan berkonsepkan jenakarama, gua berharap kandungannya yang ringan serta santai sesuai untuk bacaan umum.

Walau apa pun penilaian Cik Melur terhadap page gua... gua anggap award nih bukan sekadar penghargaan rupa paras blog serta isi kandungannya.... kerana bagi gua, ianya lebih kepada menghargai hubungan sesama blogger. especially blogger baru seperti gua... gua rasa diterima menjadi sebahagian daripada komuniti besar ini. Thanks....

Di kesempatan ini, gua ingin memohon maaf sekiranya timbul perasaan yang kurang enak dihati pembaca2 ketika ini dan bagi entri-entri akan datang. Jauh di sudut hati gua tidak menyimpan apa-apa niat mengenakan sesiapa...apa yang boleh gua katakan ialah.... ianya adalah kebetulan dan tidak disengajakan. Tegurla gua dengan propesyenel demi manfaat blogger sejagat.

Di sini gua senaraikan blogger2 yang best sebagai pembawa panji-panji award nih..hehe

1)Bro Luca – Idola gua...friendly... page yang simple dan ringan..loading cepat, gua suka. Entri dia ringkas dan power.

2)Sarabat – of kos la.. dia member aku... hahah beliau seorang yang rajin dan berdedikasi terhadap blognya. Tahniah bro... page lu senang nak load..ringan

3)Azrul hisham – page macam maybank2u.com haha.. rajin menaip...gua tak abis lagi baca entri beliau. Penuh ngan informasi..

3)Megat Azfar – aku suka page dia.. trendy dan canggih.. friendly gak..bagus budak nih..

4)Dek ina (Azlina Mohamad) – Penuh ngan keceriaan.. terkebil-kebil mata gua masuk page dia... banyak celoteh.. hehe

5) Nadiah – page cantik.... orangnya pun cantik..hahaha..

6)Siti Murni – seram bila masuk page dia... aku suka page dia....erkk.. ada lagu lagi...

7)Arinaahadi - Page cantik...sebab ada reben, kalau takde reben gerenti huduh.. haha.. dah penah dapat award da rupanya.. takpela.. gua bagi lagi.. k....

Takat nih je.. yang gua leh tag kan utk penerima award nih... sebab folower pun tak banyak lagi... Gua masih berhutang 7 orang calon lagi...wakaka...kalau ada nanti gua tambah k.. haha tahniah pada penerima award di atas... syabas inspektor bas.!!!

3 comments:

  1. woiii apesal lu punye follower lebihh dari gua... ! welldone..... dari gua tajaan Sardin cap Ayam!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...