Tuesday, April 6, 2010

Bongkar Rahsia Pencuci Pinggan Mangkuk, GLO.


Asyik ngan cite2 ngarut je.. sesekali kene tuka selera pulak... betul kan? Amboi dek non... sebut pasal selera je tingat benda makan....ini bukan pasal makan-makan dek noo oiii.... Di sini boleh la gua katakan sebagai petua walaupun idea originalnya datang dari pemuda iaitu gua sendiri. Petua yang amat mudah dan bergeliga iaitu :

APA YANG KORANG LEH BUAT NGAN SEBOTOL GLO ???(CECAIR PENCUCI PINGGAN MANGKUK)...

Ikuti pendedahan berani gua membongkar rahsia sebotol glo...

Kes pertama :

Glo atau nama lainnya glo atau dalam bahasa omputihnya pun glo jugak merupakan satu cecair yang boleh dikategorikan sebagai pencuci serbaguna. Bagi penunggang-penunggang motosikal, masalah tumpuk-tumpuk kecil di belakang baju atau jaket sudah menjadi perkara biasa. Ini semua berpunca daripada lebihan minyak/air bercampur minyak pada rantai motosikal korang menempias ke udara ketika korang memecut sakan pada kelajuan lebuhraya atau jalan2 kampung. Statistik kuat mengatakan bahawa senario ini berlaku sewaktu hujan. Tidak dapat dinafikan juga percikan air (tar jalan raya) dari kenderaan-kenderaan lain juga penyumbang kepada masalah ini. Namun ini bukan alasan untuk korang membeli baju baru.

Kes Kedua :

Khas bagi korang yang menjadikan cat mengecat nih sebagai hobi atau tabiat semulajadi. Pengkhususan diberi kepada jenis cat minyak atau akrilik. Tak sah kalau cat tak terpercik di dahi atau di tangan atau mana-mana anggota badan sebabnya korang bukannya propesyenel sangat. Haha. Dalam kepala hotak korang gerenti sudah terfikir untuk menggunakan minyah tanah / tinner kan? Hahaha... dengan keadaan ekonomi skang ni mmg susah nak carik minyak tanah, kedai hardware pun takde stok!! Kalau korang korek tanah dalam tujuh lapan kaki pun tak leh dapat punya... ....tinner?? Mahal nak mampos!!

Penyelesaiannya :

Bahan-bahan yang korang perlu sediakan ialah :

1) Sebotol Glo perisa asli ( Lime/Limau )

*Jangan gunakan perisa lemon atau apple.

2) span basuh pinggan yang kaler ijau keras dan kasar2 skit yang org buat sental kuali .Disyorkan dari jenama Scott Brite. Haha takde jenama pun boleh. . * Awas!! Jangan pakai hok dawai punya....

3) Air Secukup rasa untuk kerja-kerja mencuci. (berpadanan dengan kuantiti pakaian)

4) Beberapa kilo pakaian yang disyaki bermasalah seperti yang dinyatakan di atas.

5) Air suam secukup pakai bukan utk diminum.

Cara-caranya :

Bagi kes pertama:

Senang je.. tuang cecair glo skit atas jari.. kemudian tenyeh pada kawasan tumpuk-tumpuk.. InsyaAllah berkesan.

Bagi kes kedua:

Rendam tangan yang terkena cat dengan air suam. Seminit dua.. kemudian tuangkan Cecair Glo pada tapak tangan dan gosok dan sental keseluruhan tapak tangan dengan menggunakan span ijau. Kalau di dahi ..tak payahlah rendam dahi!!! Sental sekadar tak menyakitkan je... Apahal pulak korang nak rendam2 dahi nih... ??

__________________________

Kalau korang perasan Glo dah keluar dengan perisa apple.. lama dah... hahah woi nih bukan kordial la !!!!.. Glo perisa Apple nih sesuai dijadikan syampoo kereta... kereta korang akan lebih berkilat dan tangan korang menjadi lembut... tak caye try...

Kalau keta korang kotor yang amat dan berminyak.. aku syorkan guna Glo perisa original (Lime) untuk keta yang plain je... bagi keta yang penuh ngan stickers tidak digalakkan.

Aku dah pakai lama dah kat keta aku... sampai sekarang cat berkilat... Ok tu aje... Selamat Mencuba..

6 comments:

  1. ag 1..tanak kasi cat lentur..guna shampoo..wngi dan berkilat..;)

    ReplyDelete
  2. setuju dengan Mr Rulez, mungkin tak berapa sesuai.

    ReplyDelete
  3. guna syampoo mmg dah sedia maklum..

    ReplyDelete
  4. smack comb....mocik dah lamo layan GLO.....tangan mokcik sensitip tak bole guna jenamo len....hanya GLO yang bule go.....tak tau plak ado macam2 kegunaan selen tuk pinggang mangkuk.....bagus sapo dapek buek ko jadik laki...huehuehue

    ReplyDelete
  5. glo memang mesra kulit.... versi apple lagi wangi..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...