Sunday, April 4, 2010

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 akan berlangsung dan dijangka menggegarkan Arena of Stars, Genting. .. Gua takdela nak membebel panjang tentang majlis yang berprestij nih. Berita-berita industri hiburan tanah air gua anggap biasa je.... takdela sampai tahap gedik-gedik dan fanatik terhadap seseorang idola. Pendek kata, apa yang gua minat, gua folo secara tertib dan berhemah. Haha.. gua tak layan gosip-gosip liar nih. Dosa tau.. haha

Gua ada senaraikan top 5 finalis mengikut kategori...Bakat meramal yang dikurniakan sejak di bangku kantin sekolah rendah, tidak akan gua sia-siakan. Mari kita lihat sejauh mana ketepatan dan kebolehpakaian setiap ramalan gua. Joms..

1. Penyanyi Lelaki Popular

1. Adam
2. Akim
3. Aizat
4. Faizal Tahir
5. Mawi

*ulasan & ramalan : uikk ada dua nama yang gua minat iaitu Aizat dan Faizal Tahir. Menerusi bau kentot gua yang tengik kuat mengatakan bahawa Faizal Tahir akan menang.

2. Penyanyi Wanita Popular

1. Jaclyn Victor
2. Mila
3. Dato’ Siti Nurhaliza
4. Stacy
5. Yuna

*ulasan & ramalan : Tak mau cakap banyak – Dato’ Siti gerenti menang. Tak pecaye?? Percayalah (Dato’ Siti Nurhaliza).. kenapa Dato’ Siti mesti menang??? Atas dasar apa??? Biarlah Rahsia (Dato’ Siti Nurhaliza). Tapi..tapi Dan Sebenarnya (Yuna) pun leh menang gak... hehe.. ok muktamad gua pilih Dato’ Siti.

3. Penyanyi Duo/Kumpulan Popular

1. Adam & Stacy
2. Bunkface
3. Hujan
4. Meet Uncle Hussain & Black
5. 6ixth Sense

*ulasan & ramalan : Faveret gua ialah Hujan... tapi cuba korang bayangkan aura Bunkface leh membuatkan anak gua yang berusia 2.5 tahun menari shuffle.. hebat tak??? Gua tak tahu nak pilih siapa... ermmm untuk tidak melukakan perasaan anak gua.. gua terpaksa turuti kemahuannya..iaitu BUNKFACE.

4. Penyanyi Nasyid Popular

1. Hijjaz
2. In-Team
3. Rabbani
4. Raihan
5. Saujana

*ulasan & ramalan : dari dulu gua minat Raihan...sebab dia mengekalkan instrumen asli irama nasyid... syabas... haha kita tengok je nanti...

5. Pelakon Filem Lelaki Popular

1. Aaron Aziz
2. Afdlin Shauki
3. Farid Kamil
4. Que Haidar
5. Zul Huzaimy

*ulasan & ramalan : perghh payah nih.. masing-masing hebat!!! Ada 3 feveret gua.. Aaron, Farid dan Zul. Adusss berat nak meramal nih... ermm Mama kata Aaron Aziz sebab dia ensem!!! cehhh

6. Pelakon Filem Wanita Popular

1. Diana Danielle
2. Lisa Surihani
3. Liyana Jasmay
4. Maya Karin
5. Sharifah Amani

*ulasan & ramalan : Gua tak berapa nak folo sangat artis2 pompuan nih... sebab Mama marah!!! Hahaha tapi yang gua berkenan di hati ialah Lisa Surihani..hehe.. kemungkinan besar juga Diana Danielle leh menang. Tungguuuu...

7. Pelakon TV Lelaki Popular

1. Aaron Aziz
2. Fahrin Ahmad
3. Fizz Fairuz
4. Fizo Omar
5. Remy Ishak

*ulasan & ramalan : uihhh semua dasyat2 nih.... antara Remy dan Fizz Fairuz. Gua pilih Remy.. sebab kekacakannya ada iras2 gua.. wakakaka

8. Pelakon TV Wanita Popular

1. Fasha Sandha
2. Noorkhiriah
3. Rozita Che Wan
4. Scha Alyahya
5. Tiz Zaqyah

*ulasan & ramalan : Gua pejam mata sambil berkata Tiz Zaqyah.

9. Pengacara TV Lelaki Popular

1. AC Mizal
2. Ally Iskandar
3. Aznil Nawawi
4. Faizal Ismail
5. Nabil

*ulasan & ramalan : Kekurangan rambut beliau akan menjadi kelebihan di malam ini... Faizal Ismail ko mmg best!!!

10. Pengacara TV Wanita Popular

1. Cheryl Samad
2. Fara Fauzana
3. Nurul Shuhada
4. Raja Azura
5. Sarimah Ibrahim

*ulasan & ramalan : Gua berani pakai boxer pi opis gua esok sekiranya Fara Fauzana tak menang!!!! Harap2 Fafau menang!! wakakaka

11. Penyampai Radio Lelaki Popular

1. AG
2. Aznil Nawawi
3. Din Beramboi
4. Faizal Ismail
5. Kieran

*ulasan & ramalan : Kalau dah Faizal tersenarai.... maka beliau akan menyinari pentas ABPBH dengan cahaya...tak mustahil juga Allahyarham Din Beramboi akan menang!!! Gua pilih Faizal..... peace!!

12. Pengacara Radio Wanita Popular

1. Abby Fana
2. Fara Fauzana
3. Nana
4. Linda Onn
5. Sharifah Aleya

*ulasan & ramalan : penat gua taip... (rujuk ramalan nombor 10)

13. Artis Komedi Lelaki Popular

1. AC Mizal
2. Afdlin Shauki
3. Nabil
4. Saiful Apek
5. Zizan

*ulasan & ramalan : wakakaka gua tak leh tengok muka dia.. asal tengok dia je gua gelak.. asal tengok dia je gua gelak.. asal gua gelak je gua tengok dia.. Zizan la tu sape lagi..

14. Artis Komedi Wanita Popular

1. Aliza Abdullah
2. Didie Alias
3. Kenchana Dewi
4. Noorkhiriah
5. Nik Sayyidah

*ulasan & ramalan : hah.. yang nih gua main hentam je.. kalau betul korang kene banje cheezy cikaroni!!! Wakakaka Nik Sayyidah...

15. Artis Baru Lelaki Popular

1. Akim
2. Aril
3. Black
4. Gambit
5. Hafiz

*ulasan & ramalan : ada dua feveret gua : Black dan Gambit.... Gua rasa Gambit kott..

16. Artis Baru Wanita Popular

1. Dira Abu Zahar
2. Isma
3. Putri Mardiana
4. Tiz Zaqyah
5. Yuna

*ulasan & ramalan : malas betul nak ulang2... (rujuk ulasan & ramalan nombor 8) Itu pun nak kene bagitahu ke?? Wakakaka Tiz Zaqyah la..

Jap lagi kita lihat sape yang kena!!!!.. tak payah gadoh2 ok.. ini ramalan gua je...ianya mungkin berbeza dengan pilihan korang. Segala-galanya terjawab pukul 9 mlm nanti... wakaka.. sama-sama kita saksikan.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...