Thursday, June 24, 2010

Black Machine hancur !!!

Gua tak sampai ati nak letak gambo black machine gua utk tatapan... sedih arr

Salam sejahtera semua… perghh ..agak lama jugak gua tak menghupdetkan blog sampah gua ni. Ahh.. dek kerana hari nih yang gua rasa..gua cukup hensem, maka gua hupdet skit demi mengembalikan semula kegemilangan zaman lampau blog ni. Haha..

Sepanjang gua meninggalkan blog nih, macam2 peristiwa yang berlaku sekaligus terpahat dalam memori kepala hotak gua termasuklah kes penerbangan gua di atas jalan raya selepas menghentam lori pasir di kilometer 2, Telok Air Tawar, Butterworth. Syukur gua selamat… moto gua je yang parah. Itupun separuh nyawa gak gua menggayakan aksi gaban sewaktu di awangan.. Apa yang misteri kat sini ialah kehilangan rim depan moto gua yang masih menjadi tanda tanya dan gua masih lagi mencari huraian dari sudut forensiknya. Momentum yang kuat sewaktu pelanggaran telah mengghaibkan jisim rim tersebut ataupun ianya telah menjadi koleksi pengumpul besi2 buruk yang tidak gua ketahui. Ahh.. lupakan saja… yang penting gua selamat. Alhamdulillah.

Sejak peristiwa itu, gua semakin menyampah utk menunggang black machine gua. Performance dah merosot. Rim depan dah tak sejajar dengan rim belakang. Bila naik gua rasa kedudukan bontot gua menyimpang boleh sakit pinggang. Huh.. lagi satu !!! Jangan sembang mengenai top speed !!! gua malu ngan beskal mini cap Rolex kepunyaan mak gua. Walaumacamana lembab pun black machine …gua takkan jual…., banyak jasa dia yang gua tak leh lupa. Ok Cau !!
p/s: Apa itu Black Machine ??? klik sini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...