Thursday, May 6, 2010

Syabas Kakitangan Hospital Kerajaan (bhg 1)

gambar hiasan


Malam Sabtu, 1 Mei 2010, Lepas shoot photo wedding kat Bakau Tua, Kuala Muda. Gua letih. Kebetulan Madi datang rumah gua tengok gamba event tadi. Gua pelawa Madi dinner skali satu famili. Masa makan dalam 2,3 kali suap.. tetiba wife gua ngadu sakit pinggang.. gua ingat sakit biasa je.. so gua buat2 biasa jugak, sebab selalu gak dia buat trick cemas cam nih..haha..


“Bulan2 terakhir cam nih jgn makan banyak2 sangat… nanti sakit pinggang leh terberanak terus!!”, Madi berseloroh.


Gua mengiyakan je..


Mama tak cakap banyak. Basuh tangan kemudian jalan perlahan-lahan ke ruang tamu.


“Abg !!! erkkk.. Mama rasa macam nak beranak dah skang nih!!!”, jerit wife gua.


Uikkk…. Gua, Madi dan Jaz berlari ke dapur dan beratur menunggu giliran semata-mata utk basuh tangan padahal umah gua ada 3 sinki… berdisiplin betolla saat2 begini…hehe


Persiapan lancar dengan gerak2 pantas gua, Madi dan Jaz. Seolah-olah masing-masing telah diberi tugas:

Gua: Capai beg2 asas baby dan mama utk keperluan semasa di wad nanti.


Madi: bukak pintu gril, gate plus idupkan enjin keta gua dan loading muatan.


Jaz: Tutup suis2 karen yang mana perlu dan mengaturkan anak sulung gua.


Mama: tak buat apa2 Cuma bawak baby dalam perut je…


Bagaikan dirancang rapi… segalanya tip top… hebat bukan?? Tapi yang nampak macam hero malam tu mestila gua… sebab gua yang anta mama gi hospital….Haha

Gua pecut gaya cekap dan selamat. Mujur trafik deras malam tu. Alhamdulillah…


Tiba di Hospital.

Gua papah Mama dan pimpin Chicha perlahan2 ke Kaunter Kecemasan.


“Encik… wife saya nak besalin ni”, gua bersuara.


“Masuk terus gi ke dewan bersalin”, jawab mamat (petugas) yang sedang bizi menulis tanpa memandang gua

.

“Ada wheel chair tak? Wife saya tak larat nak bejalan.”


“Masuk dalam carik sendiri …kat sini takde.” Sambung petugas tu lagi.


Gua dudukkan Mama kat kerusi dan terus carik Wheel chair di dalam (ruang menunggu giliran).. Gua hampa… wheel chair takde.. gua terus ke kaunter utk bagitahu mamat tadi.. aduss mamat tadi dah ilang!!! Kaunter kosong!!! Apa punya babi servis kat sini???


Mama kata dia masih kuat jalan kaki ke dewan bersalin…gua pimpin perlahan2…cian Mama…




p/s: Syabas buat kakitangan Hospital (kerajaan) kerana servis cemerlang yang ditunjukkan.

2 comments:

  1. hehe..mmg cam tu kot service derang..sy dulu pun jln kaki gak ke dewan bersalin tuh..nsb baik lum terberanak lg..huhu..tp kalau kita sakit biasa kat ward kecemasa...pandai lak derang crkan wheel chair..siap tolak..sampai ward...huhu..huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...