Saturday, May 15, 2010

Gaban pergi mana??? Gaban ada kat Malaysia??


Bertukar dalam masa kosong perpuluhan kosong kosong kosong satu saat. Hebat tak??

Seorang hero berjawatan polis yang menjadi kegilaan zaman kanak-kanak riang satu ketika dahulu. Bersiaran tiap2 khamis jam 4.30 petang di TV3. Pengaruhnya membawa hingga ke cara gua berjalan, melompat serta berbasikal. Lebih mengujakan lagi, gua boleh menyanyikan lagu tema hero nih dalam bahasa melayu…. jika gua boleh!!! anda juga boleh!!! simple je.. terimalah :



Tergamak gua ponteng sekolah agama… semata-mata nak tengok cite gaban nih. Dalam geng gua, sesape yang lancar bercerita tentang Gaban nih boleh share air botol cap Mountain Dew dan segigit tempey goreng di kantin kerana di anggap pendita tahap gaban. Gua masih ingat lagi taktik berkesan bagi mendapat peluang menonton siri hero kegemaran. Mudah je.. masa gua form 5 sesi pagi… gua buat2 balik lewat…. Dengan alasan ada kelas tambahan SPM.. hehe sekolah agama pukul 2.30 ptg sampai 5.30 ptg. Jadi gua buat2 sampai umah pukul 3.30 petang. Pastu gua leh lepak dengan aman sambil menonton Space Cop Gaban di rumah. Menakjubkan tak? Gua memontengkan diri dengan cara yang profesional skali.

Tapi tu zaman dulu2…pelakon gaban pun gua rasa dah lama mati!!! So jawatan Polis Angkasa Gaban pun dah dijumutkan dan sekarang ianya hanya lagenda sekaligus menjadi kayu pengukur bagi sesuatu aktiviti. Contohnya:

“wei…. gua lapar gila tahap gaban nih!!!”

Biasa dengar tak ayat tu??? Haha. Hanya orang2 yang berada pada zaman kemahsyurannya saje yang menggunakan stail ayat cam tu!!!. Haha.. gua bagi satu contoh cukupla….korang tambah2 la sendiri k..hehe. Sekarang cite gaban dah lenyap!!! Pukul 4.30 ptg isnin-khamis diisi ngan slot cite2 indon…. Haha. Bak pepatah Melayu mengatakan ….. harimau mati meninggalkan belang, manusia mati ???.. of kos la manusia mati meninggalkan dunia!!!! Sampai sekarang namanya sering menjadi sebutan.. tapi betul ke gaban dah mati??? Kalau idup mana pegi heronya??? Pasal apa takmo belakon??? Dah lama gua cari jawapan ni.

Semuanya terjawab pabila satu petang gua ternampak….

Jalan Perindustrian Bukit Minyak 7, Pulau Pinang

Patutla tak berlakon da… rupa2 nya dah jadi tokeh!!! haha lepas nih spare part polis angkasa gaban akan mudah didapati...

Bagi mengenang zaman kanak2... gua sajikan spesyel clip karaoke Uchuu Keiji Gaban... haha. Lagu nih biasanya dimainkan masa intro dan ketika menentang musuh.
Tajuk Lagu: Uchuu Keiji Gaban (maksudnya - Gaban menentang musuh keji dan busuk)




Lagu kedua... dimainkan pabila gaban menang lawan raksasa dan bila cerita abis.
Tajuk lagu : Hoshizora no Messeji (maksudnya - Mati tanpa pesanan)



Moga terhibur!! yey..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...