Sunday, May 16, 2010

Cikgu oh Cikgu


Selamat hari guru buat semua warga guru2 di Malaysia tidak terkecuali guru memasak, guru menjahit, guru tekwondo dan apa2 jenis portfolio yang korang pegang asalkan core-business korang mengajar.. korang adalah guru dan ucapan selamat hari guru layak utk korang. Pada member gua yang bernama Kumaruguru... ko jangan perasan... ko jaga restoran baik2, Pizza Hut menaruh harapan tinggi pada ko..hahahaha

Bila mengimbau kembali zaman persekolahan gua, macam2 jenis guru / cikgu yang gua dah jumpa dari sekolah tadika hingga form 5. Haha cikgu2 sekolah agama pun ada yang gua masih ingat…hehe. Biasanya cikgu2 yang pernah mengajar gua je yang gua masih ingat itu pun kalau cikgu tu best!!! Haha biasalah zaman budak2.

Di sini gua nak kelaskan cikgu2 kepada 2 kategori :

a) Cikgu yang dikenang
b) Cikgu yang tak boleh lupa


Adapun cikgu yang dikenang itu bermaksud cikgu yang mengajar dengan best, lawak dan kurang mengenakan denda.

Manakala cikgu yang tak boleh lupa itu maksudnya cikgu yang telah meninggalkan parut kat bontot gua, memalukan gua depan aweks dan suka denda2 gua… haha


a) Cikgu2 yang dikenang….calon2nya ialah…wakaka..:

1) Cikgu Saiful (Darjah 6) – mengajar Bahasa Inggeris. Cikgu Saiful nih garang nak mampos. Tapi macho gila. Single pulak tuh…ramai cikgu2 pompuan minat kat dia, tapi dia tak layan. Haha. Kemana saje beliau pegi, rotan setebal ½ inchi sentiasa bersama. Gua penah gak jadi mangsa sebat. Jenis tak cakap banyak… kalau buat salah terus kena ZASSSSSsss…!!! Cikgu Saiful sangat rapat ngan gua. Dia panggil gua “burung”… haha pasal apa pun aku tak tahu.. Satu perkara yang buat gua salut pada beliau!!! Walaupun mengajar Bahasa Inggeris tapi beliau memang “A” dalam Matematik dan diiktiraf oleh Cikgu Matematik gua.

2) Cikgu Sarjana (Darjah 6) – Mengajar Matematik. Haha.. nama beliau memang Cikgu Sarjana. Hebat tak?? Beliau adalah kawan rapat ngan cikgu Saiful. Pakai seluar tarik sampai ke dada.. macam badut pun ada..haha. Stail mengajar macam menyanyi. Memang best. Jenis denda yang dikenakan beliau sekiranya tak siap homework mudah je. Tapi memeritkan hati (psyco)… haha.. contoh: berdiri di koridor sambil menolak dinding, berdiri sambil tunjuk suis kipas, tutup lubang air dengan tangan, berdiri dan tabik pada bendera sekolah…. Malu siot kalau aweks2 lalu..haha

3) Ustazah Syamsiah (Sekolah Agama Tmn Cempaka Darjah 5) – baik Ustazah nih… gua ponteng 3 bulan pun masih lagi nak tolong gua. Gua terlepas ujian Tilawah Al-Quran, dia sanggup arrange ujian kat sekolah lain semata-mata nak tengok gua lulus. Subjek Tilawah adalah wajib lulus kalau tak, gagal keseluruhan dan gua tak merasa naik ke darjah 6. Gua rasa kalau cikgu lain dah lama gamaknya gua kene tendang!!! Berkat pertolongan dia.. gua lulus dengan cemerlang dan naik ke darjah 6. Terima kasih Ustazah.

4) Ustazah Muslimah (Sekolah Agama Tmn Cempaka Darjah 6) – gua anggap dah macam mak sendiri. Stail didik seperti anak sendiri…. Terharu gua. Tapi budak-budak kelas gua termasuk gua sendiri pernah buat dia menangis!!!... Masa majlis perpisahan akhir tahun… si Apis tonggek ngan bebudak gua yang lain masukkan berudu dalam tong air sirap. Banyak gak orang merasa sirap berudu. Bila kene tangkap abis semua budak lelaki kene suspek. Semua kene siasat. Menangis2 Ustazah Muslimah…. Pastu sorang-sorang masuk pantri guru kene pujuk dan mintak maaf. Dia peluk cium semua anak murid dia.. gua pun menangis…ish…

5) Cikgu Ahmad Zainal (Form 3) - mengajar subjek Kemahiran Idup. Seorang cikgu yang cool, macho jenis tak garang dan best…..haha benda yang gua tak boleh lupa ialah masa projek penanaman Kailan secara hydroponik. Projek besar gila… bila abis musim cuti sekolah… budak2 heran…Kesemua Kailan dah ilang… tinggal bekas hydroponik je… radang betul geng2 gua!!! Gua dah jumpa Cikgu Ahmad Zainal punya fesbuk… haha..

6) Cikgu Kamal (Form 5), mengajar pendidikan jasmani. Oleh kerana pada zaman tu gua yang paling terer komputer…. So gua telah dilantik sebagai typist… keje gua taip dan print semua paperwork yang dia bagi. Komputer yang dihadiahkan oleh bapak gua semasa PMR tak gua sia-siakan… kaya gua time tu… bayangkan paperworks yang 3 helai gua diupah RM100….Hahaha…Gua anggap dia sebagai sumber pendapatan gua. Yey..yey..

B) Cikgu Yang Tak Boleh Lupa:

1) Cikgu/Ustaz Kahar – (Sekolah Agama darjah 5) paling digeruni oleh murid2 satu sekolah.. haha… bengis nak mampos!!! Gua tak tahu la camana dia leh jadi cikgu, sebab asalnya dia hanya tukang kebun sekolah!!! Rotan-rotan tak main…. Silap skit… sepak terajang jadi habuan!!! Gua pernah kene tendang kat perut.. gila sakit. Member gua plak kene cium tapak kasut dia!!! Bangsat betul!!! Yang bestnya ialah.. kami semua tak report kat mak bapak!!! Sebab zaman dulu2 mak bapak lebih pecayakan guru2… hehe


Sebenarnya banyak lagi cikgu2 yang gua tak sebutkan dalam blog nih…haha namun gua tetap kenang hingga akhir hayat… kalau ada peluang, gua nak jumpa semua cikgu2 gua,…. Gua nak ucap terima kasih…. Gua nak banje satay sorang 10 cucuk… pastu gua nak tunjukkan dua ibu jari ke atas sambil mengucapkan “Selamat Hari Guru”…. Tengkiu very much… kerana kamu, gua berguna….
p/s: kerana kamu gua berkhidmat utk negara... hehe.. Tengkiu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...