Thursday, October 25, 2012

Peragut mati disembelih


2 PERAGUT MATI DISEMBELIH
Kuala Lumpur - 21/10/12, nasib malang
kepada 2 peragut yang telah berjaya
ditangkap oleh penduduk Kampung Baru,
menurut saksi, hj Manan Jalil ( bukan nama
sebenar ) 48, salah seorang penduduk
tempatan yang berang dengan kedua-dua
peragut ini telah membawa keluar sebilah
pedang samurai dan parang tajam yang
berkilat lalu mahu menetak leher peragut itu
tapi sempat dihalang oleh jirannya.
Namun ketika peragut itu ditangkap, pihak
saksi mengatakan tidak ada apa-apa barang
yang berharga yang didapati pada peragut
tersebut.
Salah seorang penduduk tempatan yang juga
ketua kampung di situ pula yang berang
pada peragut itu telah memerintahkan anak
buahnya menyembelih kedua2 peragut ini,
kaki kedua-dua peragut itu diikat dan dengan
takbir yang bergema penuh emosi
dilaungkan beramai-ramai, dia telah sembelih
peragut tanpa rasa belas kasihan. Darah
merah menyembur keluar, kedua-dua
peragut menggelupur menahan kesakitan
namun tiada siapa berani menghalang
perbuat ketua kampung itu..kerana yang
disembelih itu ialah seekor kambing dan
seekor lembu yang meragut rumput
disembelih untuk hari raya korban...
Salam Aidil Adha.. ^^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...