Monday, October 29, 2012

Hobi baru

*gambar hiasan sahaja

Ayam serama. Korang pernah dengar tak ayam serama? aku malas nak cerita banyak. Kawan aku Nas dah main menatang nih 2 tahun. Dalam 2 tahun tu sikit pun aku tak pandang ayam serama dia. Tiap-tiap hari berbuih-buih mulut dia sembang pasal ayam serama. Pendek kata duduk ngan dia,  cerita yang korang akan dengar ialah pasal reban, dedak, selam tak selam. Sekarang mulut dia tak berbuih keseorangan... mulut aku juga dah berbuih2 keriangan menerima hobi baru.....aku dah terjebak ngan menatang nih. Tak sabo2 nak bela. Ni senarai barang-barang yang aku perlu sediakan :

1) Reban  (dah oder, lom siap lagi)
2) Ayam  (dah oder, tak ambil lagi)
3) Dedak (dah beli)
4) Bekas makanan dan minuman (dah beli)

semangat berkobar-kobar nak main ayam serama ni. Belum apa-apa lagi.... tapi tadi aku ........

"Aku mimpi makan dedak"

Chaitttt !!!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...