Friday, December 7, 2012

MOHON MAAF TIDAK TERHINGGA


Kepada Pembeli / Pelanggan yang amat saya hargai. Kesetiaan dan kesabaran anda berurusan dengan saya cukup membuatkan saya terharu.  Hasil jualan Pek Sim Celcom 1 Malaysia amat memberangsangkan, sambutannya  di luar jangkaan. Saya menerima ratusan SMS dari seluruh negeri dan mustahil untuk saya balas dalam tempoh yang singkat kerana saya perlu memastikan stok nombor bebas dari sebarang booking. Setiap bayaran daripada anda perlu saya perincikan supaya tidak timbul masalah di kemudian hari. Kesudian anda berurusniaga dengan saya melahirkan semangat untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik. Terima kasih atas sokongan.



Saya menerima aduan kebelakangan ini tentang blog ini yang dikesan oleh Google mempunyai MALWARE !!..  ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang boleh merosakkan komputer anda. Setelah saya teliti, ia berpunca dari Skrip Animasi yang diletakkan bertujuan untuk menghias supaya lebih interaktif. Ia menggunakan format Flash Player (SWF). Saya faham anda mungkin khuatir dengan amaran Google ini. Bagi menghilangkan kerisauan anda,  Animasi tersebut telah dibuang dan kini Blog ini tidak lagi dikesan mengandungi MALWARE. Kesulitan ini amat dikesali. Diharapkan anda dapat melayari blog ini tanpa ragu-ragu. Terima kasih sekali lagi.

ikhlas, - admin

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...