Thursday, August 9, 2012

The Amazing Spiderman bersama Nazib

Haishhhh... sudah lama gua tinggalkan blog ini... masih lagi berpengunjung... terima kasih kepada semua yang melawat. Inilah posting yang pertama pembuka tirai utk tahun ini..ahahaha dah masuk Ogos baru teringat kat blog yang dah bersemak samun.

Saja gua nak sembang2 pasal filem2 baru kat panggung. Tahun 2012 nih banyak filem2 yang best. Macam biasa gua dan rakan opis si Nazib telah memperuntukkan 1 hari dalam sebulan utk mengular dan destinasi pengularan kami ialah Mega Cineplex, Megamall Penang. Hari yang dipilih ialah hari Rabu.. sebab harga tiket RM6.... murah bukan?

Asal hari rabu je... gua soh nazib cek online filem2 baru...  biasanya gua tak judge kesedapan filem itu pada tajuk dan pelakon sahaja... sebaliknya gua suka tengok star rating dan review yang diberikan oleh orang yang dah tengok filem tersebut. So gua punya taste mestilah yang 5 stars... ahaha

Tajuk filem untuk sesi pengularan kali ini ialah 'The Amazing Spiderman'. Perghhh.. hari tu  parking punyalah susah. Buang masa 15 minit. Show mula pukul 11.30 pagi.... sampai di kaunter tiket pukul 11.45 pagi. Si nazib beriya-iya sangat nak amik tiket 11.30 walaupun kerugian 15 minit... Baik ambil tayangan pukul 12.15 tengahari !!!   15 minit terlepas macam-macam dah jadi kat peter parker.. ahahaha.. Gua pun sambar 12.15 tengahari punya show.

Bab tiket2 nih gua serah kat nazib...  biasanya dia yang simpan tiket dan dia juga yang mengepalai perjalanan masuk Hall.. Kali nih dia pulak yang lebih2  berlari-lari masuk panggung!!! macam nak kene terajang punggung!!!

Punyalah excited... pukul 12.10 tgh... kami dah ada dalam Hall 1 bersama sekotak regular kombo popcorn beserta air pepsi. Skrin masih gelap...  kami dihidangkan dengan alunan muzik hip-hop yang ntah apa2 ntah. Berbagai-bagai spekulasi dibuat tentang spiderman.... Apa yang amazing sangat nih?? spiderman leh terbang ke kali nih??... spiderman pakai spender kat luar ke?? sambil berdebat ngan nazib.. sambil2 tangan menyuap popcorn....sambil2 menyuap popcorn... sambil berdebat ngan nazib... sedar tak sedar popcorn tinggal setengah kotak... air pepsi dah kering.... Spiderman masih tak kuar2 lagi... Bila nak mula nih??? dah pukul 12.30 tgh... ishhh... nih yang buat gua Amazing sangat nak panjat skrin wayang!!!

"Takkan kita 2 orang je yang nak tengok Spiderman hari nih??? kata rating 4 stars kunun!!! tiket tadi mana??"

"Jap...jap..."

"betul ke Hall  1 ?"

"wei... Hall 4 la... ahaha salah Hall.. patutla...... nasib baik kita tak tertido!!!"

~celaka punya nazib...terlepas jugak 15 minit !!!




Andrew Garfield   - inilah spiderman yang sangat amazing itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...