Tuesday, July 20, 2010

Batman dan Superman itu wujud dan ada pertalian darah.

Kejadian benar di Lapangan Terbang Bangalore.


Airport Security : Nama awak apa?

Passenger : Batman

Airport Security : Nama betul la?

Passenger : Nama saya Bat-Man

Airport Security : Kau buat lawak ehh?? nama keluarga kau apa??

Passenger : Superman

Airport Security itu telah menggari pemuda itu dan menahannya di dalam bilik tahanan sekuriti kemudian memeriksa paspotnya............. . . . . . . . . . .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Friday, July 16, 2010

Cara Mematikan Perbualan Cara Misteri


Paling jahanam kalau satu hari utk diri gua keje menjawab panggilan2 hangit dari orang2 yang bukan saje gua tak kenal malah berbahasa Tamil menerjah ke corong speaker henpon gua, seterusnya menusuk gegendang serta membawa impuls menerusi saraf auditori, diterjemah oleh otak kemudian dibawa semula ke mulut menyebabkan perkataan 'FAK' keluar dari mulut dengan sendirinya. Nasib baik gua tak beri salam. Gua just jawab "Lu salah nombor la !!!".

Paling gampang pulak bila terima call dari bank soh sign up kad kredit, insuran... real reward.. argg macam2. bila dah terlayan mmg payah nak benti... pandai betol mereka2 nih mengayat. Mau tak mau kene layan. Tapi satu hari gua dapat idea utk mematikan ayat2 power mereka2 nih... mudah je..

Bila tipon berbunyi mempamerkan nombor yang tidak dikenali..just angkat.. mana lah tau.. kot2 panggilan emergency ke... tapi bila kampeni/ agen2 seperti diatas tipon... senang je.. just jawab "saya tengah drive nih.. tipon balik dalam masa 5 jam... k ..tq..".

Lepas tu set la nombor mereka dan block panggilan dari nombor mereka. wakakaka beres!!!

Kalau mereka tukar nombor. Just angkat gak panggilan tu... tapi kali nih korang buat bunyi binatang kesukaan korang... singa laut ke...cencurut ke.. ikut bakat yang korang ada. Kalau korang takde idea... takpe... buat bunyi orang bisu lagi best. Gerenti diorang letak!!!

Gua bukan cakap2 kosong.. tapi gua dah buat dan hasilnya memberansangkan!!! cuba lah..haha

p/s: Sori Cik Salbiah dari Real Reward dan Ms Khoo dari Maybank Etiqa.. harap jgn putus asa.

Thursday, July 15, 2010

Kelakarlah Beliau !!!


Sedikit kisah kengkawan yang mencuit hati gua... haha kisah nih gua jumpa dalam fesbuk beliau dengan tajuk originalnya gua kekalkan iaitu 'Kelakarlah Beliau'. Agar ianya dapat dijadikan iktibar buat korang semua menjalani idup yang penoh pancaroba. hehe

Friday, June 11, 2010 at 3:15pm

Lebih kurang 2 minggu lepas, hari ahad aku dijemput dalam satu event (event kampung) untuk lukis live sketch. tak dibayar pun, sekadar buat booth live sketch cam biasa ikut jumlah customer. Yang betulnya aku malas nak pegi, memandangkan niki dah misscall aku nonstop suruh dtg, msg mcm2, aku datang jugak nak jaga hati punya pasal. Event tu kecik je, komuniti penduduk taman perumahan tu. adalah dalam 80 orang kot. aku pun terus pasang display sambil target masa, dua jam - challooo~ cabut pegi lukis kat waterfront pulak. Ada satu budak kecik, eh, takde laa budak sangat, dalam form 4 gitu dok melepak sebuk nak tgk aku melukis. kena kerumun ramai-ramai bukan la satu hal bagi live sketchers, yg menarik part ni adalah bila ada tukang komplen mewujudkan diri dalam ramai2 tu. ngehehe.sudah lukis dalam 4 orang, budak sebelah aku tu mula bising macam2, diwarwarkan pada kawan-kawan aku lukis muka jadi senget benget la, tak sama itu ini.


Tak larat laa aku nak describe apa benda 'caricature' ni kat diorang, display sampel aku dah menjelaskan segala-galanya, tambah lagi budak2 yg tak tau apa-apa/ belum kira left-brainer yg takde sense of art lagi tu..makin lama itu budak makin kecoh, komplen aku macam2, last skali dia kata aku lukis muka mat poit sorang ni tak sama lansung, topi aje sama. aku senyum lagi.


aku: part yg mana tak sama tu dik?


mat poit: mata dia apasal lain bang, kening semua jadi lain.aku: oh yee ke? aiseh, nasib baik adik perasan, err, cuba adik tunjukkan kat abang(crowd mula berkumpul)


mat poit: ni haa, patut mata dia ada macam garis-garis, bulu mata pun tak nampak


aku: haa.. nah pensil, abg tak paham adik cakap, try repair guna ni dulu


mat poit: ni salah, tu salah patut macam ni (conteng kertas lukisan aku dgn penuh yakin)


aku: takpe, takpe, take your time.. bagus la adik ni, handal rupanya~masa pun berlalu, lukisan raw sketch aku dah jadi macam pembalut putu mayam, penuh dengan garis putus-putus dan kesan pemadam yg capuk2


aku: takpe dik, dah lebih 15 minit, tapi takpe.. asalkan adik dapat repair, baru puas hati customer abang ni~mat poit da berpeluh2 dan menggigil, crowd makin bising mengutuk


aku: takpe dik, tabahkan hati, yakin boleh!! bagus~ bagus~~mat poit muka dah berkerut macam sembelit. lukisan yg direpair da jadi muka zombie


aku: amacam dik, wah lawa.. patut la adik cakap tadi macam bagus, mmg bagus rupanya!~ aku amik lukisan dan bagi pada customeraku: yeh!!! tgk betul2, ni la muka kau.. aaa.. jgn bayar kat abang eh, bayar kat budak ni. mari kita tepuk tgn, mari~


aku: yaaaaa!!! para hadirin! sesi melukis ni akan disambung oleh adik ni, saya kena gerak dulu (aku nak ke waterfront) mari! mari! jangan lepaskan peluang untuk melukis dgn bakat hebat ini!! yearghh!! tak lama, dekat sejam je satu muka!!


mat poit: abang ni nak kenakan saya ke atau apa?


aku: memang aku tgh kenakan kau la bodoh, apa la bengap sgt baru skarang kau perasan?!


aku sungguh kijam. tapi budak tu lebih kijam sebab sabotaj aku terlebih dahulu tanpa reason.kan ke elok dia tanya aku elok2 dari awal, kenapa lukisan aku tak sama mcm potret? bukan halau semua customer2 yg nak dtg melukis dgn aku...eh, aku tak kejam! aku sepatutnya buleh buat lebih dasyat dari tu... :")


p/s : kredit utk Maddy Yondaime..

Tuesday, July 13, 2010

Renung-renungkan dan selamat beramal !!!


p/s : kalau macam nih... takyah gi gym... just bela lembu dan tengok payudara lembu tiap2 hari.. leh ke?? (utk orang bujang)

Saturday, July 10, 2010

Ramalan Terbaru Sotong Paul

Kecoh satu dunia, apabila si sotong bernama Paul ini berkebolehan meramal beberapa keputusan perlawanan Piala Dunia. Macam real je kan?.. ahaha... frust betul gua bila Paul melekat kat bendera spain.... erkk.... jerman kalah... celaka betul.. gua rasa macam nak gigit je sotong nih. geram!!!..

Kekalahan Jerman tempohari menyaksikan lauk2 masakan sotong habis licin di warung2 dan restoran2 tidak terkecuali pasar awam Kepala Batas... stok payah nak dapat !!! gua pelik.. camana fenomena ini boleh terjadi.
Marah betul manusia terhadap Paul nih... gua pun marah.. tapi kemarahan gua tidak berpanjangan setelah melihat ramalan terbaru Paul.


Syabas !! Yeyeh.. Samat tinggal Jerman tak sabar dah nih nak tunggu WC 2014

p/s : Paul nih kekadang menyimpang gak... gua tak pecaya.. tapi gua tunggu 2014.

Thursday, June 24, 2010

Black Machine hancur !!!

Gua tak sampai ati nak letak gambo black machine gua utk tatapan... sedih arr

Salam sejahtera semua… perghh ..agak lama jugak gua tak menghupdetkan blog sampah gua ni. Ahh.. dek kerana hari nih yang gua rasa..gua cukup hensem, maka gua hupdet skit demi mengembalikan semula kegemilangan zaman lampau blog ni. Haha..

Sepanjang gua meninggalkan blog nih, macam2 peristiwa yang berlaku sekaligus terpahat dalam memori kepala hotak gua termasuklah kes penerbangan gua di atas jalan raya selepas menghentam lori pasir di kilometer 2, Telok Air Tawar, Butterworth. Syukur gua selamat… moto gua je yang parah. Itupun separuh nyawa gak gua menggayakan aksi gaban sewaktu di awangan.. Apa yang misteri kat sini ialah kehilangan rim depan moto gua yang masih menjadi tanda tanya dan gua masih lagi mencari huraian dari sudut forensiknya. Momentum yang kuat sewaktu pelanggaran telah mengghaibkan jisim rim tersebut ataupun ianya telah menjadi koleksi pengumpul besi2 buruk yang tidak gua ketahui. Ahh.. lupakan saja… yang penting gua selamat. Alhamdulillah.

Sejak peristiwa itu, gua semakin menyampah utk menunggang black machine gua. Performance dah merosot. Rim depan dah tak sejajar dengan rim belakang. Bila naik gua rasa kedudukan bontot gua menyimpang boleh sakit pinggang. Huh.. lagi satu !!! Jangan sembang mengenai top speed !!! gua malu ngan beskal mini cap Rolex kepunyaan mak gua. Walaumacamana lembab pun black machine …gua takkan jual…., banyak jasa dia yang gua tak leh lupa. Ok Cau !!
p/s: Apa itu Black Machine ??? klik sini

Tuesday, June 8, 2010

Mavi Marmara


Hari pertama berita tentang kapal Mavi Marmara diserang oleh rejim zionis Israel sangat memeranjatkan gua serta seisi opis gua. Macam-macam andaian buruk tercetus dalam kepala hotak gua begitu juga ngan member gua yang seekor nih. Gampang seriusnya melebihi tahap Perdana Menteri hinggakan nak pelawa bekfes skali pun gua cuak. Over Emotional betolla mamat nih!!!

Ikuti temubual gua untuk mengkaji tahap keseriusan makhluk bernama Misya nih.

Gua: Pasal apa Mavi Marmara kapal yang pertama kene serang ehh?? Bukan ke diorang berkonvoi ngan 5 bijik kapal lagi…

Misya: dah tentulah sebab dia dok depan skali !!! Mavi Marmara yang sampai dulu… dialah yang kene serang..

Gua: Tapi jarak antara Mavi Marmara dangan kapal2 lain jauh jugak… tapi kata diorang berkonvoi !! konpius aku….??

Misya: Memangla bekonvoi… Mavi Marmara tu kapal persiaran.. enjin kapal persiaran laju…yang lain-lain tu kapal kargo…. Enjin kapal kargo slow..slow sangat2..

Gua: wah.. hebat gak teori ko ehh… tapi enjin kapal korek lagi slow. Ko takkan perasan time dia jalan!!!... haha.. (gua cuba meriangkan keadaan..)

Misya: Ada lagi slow dari tu.... kapal yang slow… slow giler… susah nak tengok dia bejalan… ko tahu tak?

Gua: ala… kapal yang sedang berlabuhla…wakakaka… soklan kanak2 riang ko bagi kat aku ehh…wakakaka mudah je..

Misya: Salah. !!

Gua: Abistu apadia?

Misya: Kapal singh


p/s : itulah definisi serius bagi si Misya... cilaka.. gua kene...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...