Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Monday, November 22, 2010

Kenapa Atlit Australia power2 ??


Sukan komenwell dah lama tamat. Kemusykilan di palahotak gua pun tamat pabila terungkainya satu soalan yang rumit dengan jawapan yang simple.

Kenapa atlit2 Australia sangat power dalam bidang masing2.... ???? Tuan rumah pun leh tewas di ranking ke dua !!!


Ini jawapannya :

Monday, November 1, 2010

Trend Mencari Aweks

Trend mencari aweks sekarang sudah berubah. Dahulunya si jejaka pantang melihat gadis berdahi licin... sekarang tidak lagi. Mereka (jejaka) lebih gemar melihat gadis berketiak licin dan gebu. Siapakah dalang disebalik fenomena ini??

Bagi gadis2 di luar sana yang memiliki parut / ketuat / selulit / kerak / hutan simpan / kutu / uban / ruam / hamis di ketiak... bertindaklah sekarang !!!

p/s : Memiliki ketiak yang putih sekata bukan sekadar cantik, tetapi ianya boleh ditayang ketika kecemasan bagi mendapatkan bantuan... adakah ketiak anda berupaya menarik orang ke arah anda atau membuatkan orang lari lintang pukang??? adakah ketiak anda cukup menarik utk ditayangkan??? renung-renungkan dan selamat beramal...

Friday, August 27, 2010

Pesalah Laku Signal



Salam HorMat.. gua saje Nak bagitaHu dah 10 tahun gua renew lesen memandu. Nak lebih faham lagi.. kiranya dah 10 tahun pengalaman gua memandu.. termasuklah menunggang moto. Kira-kira rm800 duit gua dah laburkan ke PDRM dan JPJ buat bayar saman... dan ntah berapa kos gua tanggung untuk repair kenderaan bagi 3 kali xsiden.. gua tak ingat!!..
Dalam pengalaman gua sepanjang berada atas jalan raya, sukacita gua nak highlight skit pasal signal.. esspesyelly bagi pemandu2 lesen kelas b2,d. Dalam erti kata lain gua nak touch skit pasal pesalah laku signal di jalan raya.
Setelah selesai kaji selidik, kaji cuaca, kaji hayat, kaji purba serta penelitian mendalam yang tak sampai pun 5 minit.. dengan mengambil kira pandangan jiran-jiran...tercetusla beberapa huraian bagi merungkai kategori-kategori pesalah laku signal ini.
Kategori 1
Belok dulu signal kemudian : ahh ini budaya biasa pemandu2 di Malaysia. Tak bagi signal.. pastu main belok.. bila kene hon baru nak main signal. Gua biasa kena....dan gua biasa buat!! wakakaka
Kategori 2
Signal dulu kemudian belok: hah ini pemandu berhemah... banyak gak pemandu2 kat Malaysia macam nih. Bagus !! Takyah tengok jauh2.... amik contoh diri gua je... gua merupakan pemandu berhemah. ok.
Kategori 3
Signal semasa belok (serentak) : asal bagi signal je dia rasa dah selamat utk membelok. Tak peduli keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Pemanduan agresif macam nih menggampangkan suasana serta boleh menimbulkan rasa marah yang dahsyat kepada pengguna jalan raya yang lain.
Kategori 4
Signal takde makna : khas ditujukan buat kenderaan roda dua. Bagi signal tapi tak belok-belok... signal berkelip terus menerus dan menkonpiuskan kenderaan lain. Gua faham kekadang mmg tak perasan signal lupa off.
Kategori 5
Menyalahgunakan fungsi signal: Bahaya!!! budaya seperti ni mudah dilihat di kampung gua. Bagi mereka yang menunggang motosikal tanpa head lamp, mereka sering menggunakan signal sebagai ganti di waktu malam. AWAS!!!! jangan fikir orang akan nampak anda!!!
Kategori 6
Signal palsu: Bagi signal kanan - tapi belok kiri, bagi signal kiri tapi belok kanan. Jenis orang yang begini harus diberi pelempang sebanyak 3 kali. Dek kerana kes nih... gua hampir2 mengutip komponen laptop gua tengah jalan raya. Ciss.. ... Alhamdulillah gua selamat.
Kategori 7
Signal kiri-kanan : Fenomena nih biasa jadi di tepi2 jalan raya. Dua-dua signal menyala, tapi kereta tak bergerak. Kekadang kereta kene tunda. Kes ni takpe ..boleh dimaafkan.haha
Kategori 8
Tiada Signal : Basikal... mmm.. gua malas nak komen.
Kategori 9
tak bagi signal : ini paling bahaya... membelok sesuka hati .. at least bagi la isyarat tangan !!! yang selalu buat perangai macam nih budak sekolah ngan pakcik2 kategori warga emas...

Tuesday, August 17, 2010

Save KoS

Sekarang semua harga barang sudah naik... minyak petrol naik.... gula naik... beras naik... harga telur naik bila musim kenduri kawen... minyak masak naik.. pendek kata macam-macam jenis barang sudah naik harga.

Minyak petrol naik, takpe... gua leh pegi keje naik bas.. takde hal punya.

Gula naik, takpe gua sanggup minum teh 'o' kelat.. takde hal..small matter.

Beras naik, maggi ada.. apa susah!!! gua sanggup makan maggi sebulan... errr... bila congak2 dalam kepala hotak gua yang berjambul nih... kos maggi sebulan lebih mahal dari beras... gua kansel tak jadi makan maggi !!! gua tanam padi depan umah.

Telur naik, uihh... tak pernah seumur idup gua dengar telur naik.. setahu gua batang je yang leh naik..... takpe gua goreng sebiji telur.. belah lima.

Minyak masak naik, ahhh makan benda2 berminyak nih tak berapa bagus untuk kesihatan... gua leh masak stim demi kesihatan gua dan keluarga gua. No problem!!!

Pampers baby naik....... gua tengah pikir solusi untuk masalah nih.. ishhh.. tak sanggup gua buat camnih kat anak gua...



baby ini kelihatan selesa dan tenang dengan inovasi terbaru oleh bapanya

p/s : gua takut anak gua balas balik bila gua dah tua nanti...

Tuesday, June 8, 2010

Mavi Marmara


Hari pertama berita tentang kapal Mavi Marmara diserang oleh rejim zionis Israel sangat memeranjatkan gua serta seisi opis gua. Macam-macam andaian buruk tercetus dalam kepala hotak gua begitu juga ngan member gua yang seekor nih. Gampang seriusnya melebihi tahap Perdana Menteri hinggakan nak pelawa bekfes skali pun gua cuak. Over Emotional betolla mamat nih!!!

Ikuti temubual gua untuk mengkaji tahap keseriusan makhluk bernama Misya nih.

Gua: Pasal apa Mavi Marmara kapal yang pertama kene serang ehh?? Bukan ke diorang berkonvoi ngan 5 bijik kapal lagi…

Misya: dah tentulah sebab dia dok depan skali !!! Mavi Marmara yang sampai dulu… dialah yang kene serang..

Gua: Tapi jarak antara Mavi Marmara dangan kapal2 lain jauh jugak… tapi kata diorang berkonvoi !! konpius aku….??

Misya: Memangla bekonvoi… Mavi Marmara tu kapal persiaran.. enjin kapal persiaran laju…yang lain-lain tu kapal kargo…. Enjin kapal kargo slow..slow sangat2..

Gua: wah.. hebat gak teori ko ehh… tapi enjin kapal korek lagi slow. Ko takkan perasan time dia jalan!!!... haha.. (gua cuba meriangkan keadaan..)

Misya: Ada lagi slow dari tu.... kapal yang slow… slow giler… susah nak tengok dia bejalan… ko tahu tak?

Gua: ala… kapal yang sedang berlabuhla…wakakaka… soklan kanak2 riang ko bagi kat aku ehh…wakakaka mudah je..

Misya: Salah. !!

Gua: Abistu apadia?

Misya: Kapal singh


p/s : itulah definisi serius bagi si Misya... cilaka.. gua kene...

Monday, May 10, 2010

(TV) Teknologi Mengubah Hidup Kita

Hari ni gua banyak abiskan masa di depan TV. Macam2 program gua layan. Mula dari spongbob.. badminton… pastu on DVD IRONMAN 2, Buletin Utama, Mentor 4 dan skarang cite ntah apa tajuk gua tak tau tapi gua layan gak. Haha pasal apa gua jadik cam ni??? Gua pun tak tahu…

Gua bab2 nonton TV nih sebenarnya mmg malas skit. Gua nonton cite yang gua suka je… yang lain2 sori gua tak layan. Skang gua layan Adamaya, Ninja Warrior, Buletin Utama dan Mentor 4. Promoter2 Astro yang nak umpan pasang percuma tolong la jangan!!! korang mmg salah orang!!! Lagipun gua layan Astro umah jiran.

Huh… berbalik pada sindrom aneh gua ngadap TV. (gua bukan jenis ngadap TV..pecayelah). Gua nak cite skit pasal era teknologi TV yang smakin canggih. Bermula dengan teknologi CRT (tiub), kemudian zaman projektor menggegar rumah ibarat panggung wayang…. Diikuti dengan Plasma rentetan dari TV projektor yang bersaiz gajah serta burok. Perghh masa zaman nih… harga plasma sama ngan keta Kancil 2nd. Melihat pada skrin notebook yang slim dan jimat tenaga, pengeluar mula terfikir untuk convert teknologi itu kepada TV. Maka terhasil lah TV LCD plus teknologi Hi-definition yang memukau. Orang kata kalau rakam video boleh nampak bulu idung terkeluar dari jauh!!! Begitulah gambaran kualiti paparan jenis LCD.

Pasaran kini menyaksikan lambakan TV jenis LCD pelbagai jenama termasuk cap ayam… harga dulu 4k.. sekarang 2k boleh dapat 2 unit. Haha.. Belum sempat basi lagi jenis LCD nih.. muncul pulak jenis LED dengan paduan warna dan imej yang dinamik. Ciri-cirinya yang lebih pipih dari LCD menyebabkan ianya dianggap satu keajaiban seni paparan. Cerita pasal harga… gila mahal !!! Untuk pengetahuan korang teknologi LED juga telah digunakan oleh Notebook.. tak caye??? Cuba cek notebook korang!!! haha

Tanpa korang sedar… kelalaian menikmati teknologi ini boleh mengundang berbagai risiko termasukla :

makin canggih makin mudarat

bawak2 la xcercise... pegang cangkul ke apa ke... janji kuar peluh.

p/s: Tapi ianya tidak pernah terjadi pada gua…. Kenapa ekk??? hahaha

Saturday, April 24, 2010

Begitu senang nak masuk TV !!!

nah..amik !!! nak masuk TV sangat...


Senang nak masuk TV.

Macam-macam perangai manusia di zaman sekarang. Masing2 boleh dikatakan mengejar glamer biar dengan cara apa sekalipun…janji glamer..haha. Bila sebut perihal glamer nih secara umum berkait rapat dengan media sama ada jenis elektronik mahupun cetak.

Tak kira jenis apa pun yang penting kedua-duanya berfungsi sebagai pencanang kepada maklumat. Tapi bagi gua yang lebih pantas dan mudah ialah menerusi televisyen. Sebabnya dalam setiap rumah ada TV. Korang pegi carik rumah yang takde TV… ada tak.??? Dalam keta pun skang leh letak TV !! Henpon korang pun gua pecaya ada signal TV!!! Korang jangan bagitahu Gua rumah api takde TV!!!! Gua sekeh kang… Kalau korang takde TV..sila lepak kedai mamak… abis cerita!!!

Korang ada menyimpan angan2 nak masuk TV tak???

Berdasarkan tren2 skang…

1) Berdiri pada bangunan tinggi… betul2 di hujung bucu bangunan sambil pandang ke bumi… korang hanya perlukan masa 1 jam untuk menarik perhatian orang ramai sementara menunggu pasukan Bomba dan penyelamat tiba. Kalau bernasib baik… ada la reporter dan peluang utk masuk TV n kuar suatkaba amatlah cerah. Jika tiada sambutan…. Haha.. apa lagi….takyah buang masa lagi terjun je.. kemungkinan besar bila sampai di bawah (mati) korang dapat masuk TV n suatkaba.

*kenapa perlu tunjuk pada orang ramai yang anda nak bunuh diri??? Gua heran betul dengan orang2 begini. Niat diorang lebih kepada ingin tunjuk perasaan / stress!!! Kalau nak bunuh diri sangat senang je… minum racun sebelum tido. Takyah nak heboh2…k…


2) Carik satu isu…kalau boleh isu yang boleh nangis2 tangkap simpati… pastu kontek Karam Singh Walia. 100% konfiden masuk TV.

*K.S.W kalau bertanding kerusi Parlimen Hulu Selangor.. gerenti menang!!! Lu mmg prihatin..haha syabas.

3) Bagi mereka2 yang gemarkan acara olahraga,…...lari-lari dari umah n buat mak bapak risau pastu repot polis juga leh membantu mencapai cita-cita utk kuar TV n Suatkaba muka depan Metro.

*bagi klu sekurang-kurangnya seminggu skali memberitahu lokasi dan keadaan anda. Jangan susahkan PDRM utk carik anda…. Banyak lagi kes2 berat yang perlukan perhatian pihak polis.

4) huhhh yang nih lagi glamer!!!!...tapi korang harus melalui proses maki hamun sebagai langkah pertama. Ikuti huraiannya / kisah di bawah :

Malam tu.. gua tengah rancak dok kira duit... berselerak duit atas lantai. Duit meniaga, biasalah.. berkepok2 ikat ngan getah tempey. Korang ingat kira duit senang ke??? hishhh...memang tak susah pun sebenarnya.. tapi gua asyik tersyasyul gara-gara Mentor musim ke-4. Adalah menjadi sesuatu yang ganjil pabila gua hanya mendengar tanpa melihat sendiri pemilik sora2 sumbang itu. huhh.. Lantas dengan itu, gua segera menghadap TV sambil mengunyah KOKO Krunch yang dirampas dari Chicha..hehe

Gua lihat semua peserta ujibakat memang berbakat besar serta patut dipuji tapi bukan sebagai penyanyi sebaliknya pelawak. Gua rasa macam tengok raja lawak lak...raja lawak pun tak sebegini gampang lawaknya. Hilang nafsu gua sejenak terhadap duit-duit yang bertaburan.

Perghhh enak .. memang enak sora masing-masing... sedap... umphhhhhh...sedap untuk dimaki !!! kalau iyapun nak masuk TV..agak2 la.

Gua heran betulla...gila main redah je.... asal glamer je.... takkan takde member2 komen pasal sora diorang sebelom gi odisyen ??? Nampak sangat member2 tak jujur!!! Hehe…gua nak gelak pun tak sampai ati !!! yang paling buat gua nak nangis, ada pulak yang prasan n konfiden sora dia sedap!! haha gua tak tahu la dalam palahotak diorang dok pikir apa!!!

Gua yang bersora sedap, lunak dan merdu bak buluh perindu pun pikir dua tiga kali nak pi odisyen...hahaa. Gua memang ada hati jugak nak Join Mentor nih... tapi bila mengenangkan nasihat kawan2 yang jujur.. gua akur !!! hahah gonjeng betolla.. hhaahaha Namun begitu semangat nak masuk TV tidak pernah luntur... gua tetap nak join Mentor. Gua berkira-kira utk jadi mentor.. hehe bukan protégé!!! Sesape yang odisyen ngan gua ..gua bagi pinggan xklusif. Korang tunggu je Mentor Musim 5 nanti.(acah je..acah mak enon.. pagi2 makan timon..dah besar jadi penyamon!) haha.. yey.. gua takmo kena gelak siut!!!

Bukan susah nak masuk TV kan??


p/s: gua cuba menyelami perasaan dan palahotak insan2 yang nak masuk TV n glamer nih!!

Monday, April 19, 2010

Selama nih gua dok dengar orang kata je..tapi gua tak tengok depan mata


wakakaka tajuk yang paling bangsat panjangnya....sampaikan gua tersasul2 nak nyebutnya....


Selama nih gua dok dengar orang kata je..tapi gua tak tengok depan mata…. Sehinggalah satu hari gua…


Sabtu minggu lepas, gua ngan zam (abg gua) pegi Bayan Baru, tengok kereta… hajat beliau nak bawak kuar V6 (Proton Perdana) sebijik. Carik hok kaler itam.. cun katanya. Gua hangguk2 setuju. Apahal pulak mamat nih sampai ke Bayan Baru gi carik V6??? Gua heran. Area Bagan dok bersepah2 V6 !!!... tapi katanya V6 Bayan Baru murah…

Gua bukannya xpert sangat jalan2 sekitar penang… walaupun ic gua -07- tapi gua kerap sesat. Ala kalau gua sesat pun… gua tetap berada di Pulau Pinang .. takkan buleh terlajak sampai Hatyai. Betul tak?? haha

Gua dan zam dijemput oleh tokeh kira2 10km dari kedai. Lihat…betapa komitednya tokeh itu untuk menjual V6 kepada zam. Setiba di kedai….soklan pertama (feveret) yang terpacul dari mulut zam “tokeh….monthly berapa nih??? “

Patutla murah…..Indah kabar dari rupa !!! V6 asap putih, body reput… luar nampak V6, masuk dalam macam tukun…. Sedikit kuciwa riak di wajah zam. Gua gelak dalam hati… Takpe zam… kedai lain banyak lagi.


Selama nih gua dok dengar orang kata je..tapi gua tak tengok depan mata…. Sehinggalah satu hari gua…


Gua dah lama perasan benda nih… Uncle Muthu sangat rajin menghantar 3 orang anaknya ke sekolah sekaligus. Rileks je…. Lasak betolla EX5 keluaran Honda nih…

Sesekali gua pernah gak ikut bontot kancil beliau selaju 35km/j dari pekan Penaga sampai Maklom lebih kurang 25KM. Biasalah jalan kampong… sempit… Kalau dapat potong kira bertuahla hari tu. Gua perasan ada berpuloh2 bijik lagi keta Q balakang gua. Wah uncle Muthu dah macam Marshall !!! kami berkonvoi ke destinasi yang berbeza...Bukan main seronok dua ronok lagi gua dendangkan maki hamun. Kancil yang padat dengan keluarga muthu itu telah mengalahkan MPV dengan kapasiti enjin hanya 660cc. Hebat tak???


Selama nih gua dok dengar orang kata je..tapi gua tak tengok depan mata…. Sehinggalah satu hari gua…


Macam biasa…cukup mileage.. keta kene servis. Gua servis kat bengkel ah seng. Bengkel ah seng merupakan panel tetap gua menservis keta. Seingat gua…. kedai ah seng dilantik menjadi bengkel panel keta gua sebab beliau bagi torch light untuk pelanggan baru.. tu je… torch light tu pun dah jahanam berkurun lalu dalam masa 2 minggu.


Ah seng: bila mau angkat keleta baru??

Gua: kalo wa angkat keleta baru.. wa takmo mai lu punya kedai!!!

Ah seng: Apa pasal??

Gua: lu tak reti servis BMW ma !!!

Ah seng: FuhyooOo… BMW ?? berapa top speed?

Gua: 250km/j senang2 je Alphard lu cicir !!!! hahaha

Ah Seng: Baik lu angkat GTR …260km/j top speed…. Haha lagi manyak laju Ooo. Lu buley terbang skit… haha.. haiyaaa…

Gua: gila pe!! .. apek nih sembang top speed ngan aku… lu tak sedar ke gigi lu tinggal sebatang!! Kalau gua tempeleng amacam??? (dalam hati)


Selama nih gua dok dengar orang kata je..tapi bila gua tengok dan terkena pada batang idung sendiri.. barulah gua mengerti bahawa:

1) orang melayu kalau beli keta… “bulan2 bayar berapa???”

2) orang india kalau beli keta… “berapa ramai boleh naik???”

3) orang cina kalau beli keta… “berapa laju boleh pegi???”

Monday, April 12, 2010

Pasukan Bola Sepak Yang Digeruni !!!

Negeri Sembilan Vs Kedah

Gua bukannya amik tahu sangat pasal sukan bolasepak tanah air…tak berapa nak layan sangat.. Cuma bila dah jadi buah mulut orang… ke sana ke mari semua cite pasal bola terpaksalah aku amik tahu gak… al maklumla skang nih tgh musim World Cup. Rasa macam tak kacak plak bila aweks2 opis gua sembang pasal bola dan gua buleh nganga haram tak tau apa!!!! Haha

Cerita pasal Negeri Sembilan lawan Kedah hari tu pun gua baru tahu keputusannya hari nih… tu pun pasal Nazib kecoh2 dalam opis dok tepuk tangan pusing2 depan pezal walaupun Negeri Sembilan itu takde kene mengene ngan kelahiran atau sedara mara beliau…. Saje je kan..… Gua?? Gua tak terasa pun. Taman Penaga FC (budak-budak gua) yang kalah 14 – 2 ditangan Budak2 form 5 SMK Permatang Tok Labu pun gua leh buat tak tahu je… langsung gua tak sedih wahima tergamak bermuram durja….. sebabnya, gua tak minat bola pun.

Kepada penyokong kedah… jgn bersedih. Banyak kan baca buku nih :

Kepada Negeri Sembilan… terlalu awal untuk bergumbira!!! Kalian harus ingat …menang penalti tidak boleh dianggap hebat !!! Kalian harus menempuh satu pasukan yang masyhur kehebatannya dan terkenal di seluruh alam. Sebuah pasukan yang digeruni strateginya, gerak geri maut yang mengelirukan. Amat sukar untuk bermain “Marking” kerana ianya tidak berkesan terhadap pasukan ini. Susunan formasi yang bijak di mana penjaga gol tidak dapat dikenalpasti kedudukannya. (Penjaga Gol bermain posisi right wing).. hebat tak? Merupakan sebuah pasukan yang kaya… tiada sponsor mahupun nombor pada jersi. Menjadi igauan ngeri bagi musuh sekaligus melenyapkan impian untuk mara sebagai juara liga….!!!!

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.



Thursday, April 8, 2010

Zaman dah berubah, Dunia dah maju.


Dulu bayar bil di kaunter

Sekarang bangun tido, tengah layan spongebob sambil bancuh susu anak pun leh bayar bil.. stail bukan??


Dulu

“Zarie.... abis kelas nanti terus balik umah ye....”

“Baik mak”

naik bas, turun bas, naik bas, turun bas... pi Universiti.

Sekarang

“Zarie.. kau tak gi kelas ke?”

“Tak.. ...ada appoinment ngan lecturer online”


Dulu

“Tipah... aku jumpa hanbag cantik kat Tesco tadi..”

Sekarang

“Tipah..aku dah oder hanbag cantik kat lelong dot com.”


Dulu

“Puad.. aku keje malam hari nih.. pinjam moto ehh?..”

Sekarang

“Weh Zarie... ko nih dok umah takde keje lain.. ngadap laptop je... takde keje ke?”

“Lorr.. dah memang keje aku ngadap laptop !!...” (Forex)


Dulu

“Adesss benjol kepala aku nih...”

“Tu la ko... orang tanduk bola..ko pi tanduk tiang gol !!!...”

Sekarang

“Zarie.. jom main bola....pezal dah tunggu tu... semangat la pulak boot baru ni...”

“Ko tak nampak ke aku tengah main bola nih !!!”

.

.

.

.

.

Begitu hebat perubahan zaman dan kemajuannya sehinggakan dunia boleh berada dalam rumah korang!!

p/s : ketahuilah The Secrets of Methamphetamine Manufacture, rumah korang pun leh jadi kilang!!!

Thursday, April 1, 2010

Cuti Bersalin 90 Hari Diluluskan.

............................. ...................................................... .................................................................................... ............................. ...................................................... .................................................................................... ............................. ...................................................... .................................................................................... ............................. ...................................................... .................................................................................... ............................. ...................................................... .................................................................................... ............................. ...................................................... .................................................................................... ............................. ...................................................... .................................................................................... ............................. ...................................................... ...................................................
Wakakakak…. Dengan rasa banglanya korang dan betapa ensemnya gua nak bagitau… korang baru saja terkena April FOOL !!!! wakakakaka

Skit-skit April Fool..sikit-sikit April Fool… kejap2 April Fool.. sat-sat April Fool….gua nak berak pun kene April Fool ….

Sebenarnya gua tak biasa mengApril Foolkan orang di pagi 1 April nih… tapi pepagi lagi gua dah kene… dan orang yang mengenakan gua tak lain dan tak bukan ialah Kak Mira. Gua buat biasa je. Tapi Kak Mira dah guling-guling tepuk tangan menzahirkan ekspressi kejayaannya. Nampak buruk sekali.

Takde masa gua nak fikir tentang hal-hal kebodohan pepagi nih. Sapa founder April Fool? Sejarah kewujudannya? Objektif? Misi? Visi? Hahaha …...ermm gua takmau amik tahu langsung.!!!

Awal bulan… gua kira duit lagi bagus.

Gua takde idea nak sajikan kat korang tentang April Fool. Jadi gua fikir ada baiknya gua seru korang untuk nyanyi lagu nih bersama sanak saudara.. bak kata Nora Danish.. ‘Hidup cuma sekali, so..kita enjoy!!!!’

Bila April tiba
Hati mula berkata
Setahun lamanya
Perkenalan kita

Ku tanya padamu
Kapankah hatimu
Akan ku miliki
Selama abadi

Di April yang itu
Kau katakan padaku
Sabarlah menanti
Takkan lama lagi

Kau senyum bermakna
Padaku kau pinta
Berikanlah oh waktu
Kenalilah dirimu

Bila bila April
Aku menantimu, aku menantimu
Dan bila April, bila April
Dapatku pastikan, cintaku ini

Dan bila, bila April
Bibirku pasti akan bertanya
Kapankah kau milik ku..

(Fazley-Bila April)

Sunday, March 21, 2010

Dalam Kebun Ada Scorpion.

Ini gambo real.....gua cadang nak lepaskan balik

Berita tentang wujudnya scorpion dalam kebun, telah gua canangkan pada member-member fesbuk. Kebun gua nih dah macam hutan Amazon... macam2 binatang ada... hahaha

Gua jadi ralat, frust, kecewa, tak puas hati dan apa2 jua sifat yang se’emosi dengannya. Keadaan bertambah gampang lagi pabila budak2 fb mengapi-ngapi gua seolah2 gua mengencing mereka. Gua yang geram menyimpan plan untuk kembali ke kebun dan kali ini bukan untuk memegang cangkul tapi menjalankan kerja2 menjejaki makhluk bernama Scorpion. Masa yang diperuntukkan untuk mengemas rumah dan mencuci pinggan mangkuk terpaksa gua pospon semata-mata untuk membuang masa bagi membuktikan kebenaran. Hhaha.

Dilengkapi dengan peralatan khas untuk menangkap scorpion iaitu plastik burger dan lidi satay gua mara dengan penuh keyakinan. Besarlah harapan gua supaya tidak terjumpa dengan binatang2 yang tidak gua ingini..wakaka.

Sudah 2 jam setengah masa berlalu... peluh menitik tanpa henti, baju gua lencun... ketiak? Pepatah ngarut mengatakan ‘Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ketiak masam.’ Setiap celah pelosok telah gua terokai namun hasilnya haramm. Yang banyak gua jumpa cengkerik..cengkerik.. dan cengkerik. Kalau cengkerik ditukar nama menjadi scorpion kan bagus!!

Gua melepaskan penat di bawah pohon kelapa. Tempatnya redup dan berangin. Kerilekskan gua tidak berpanjangan apabila juboq gua diketip oleh semut tonggek. Adapun semut tonggek ini berwarna hitam dan berkaki merah serta lebih berbisa dari kerengga. Tarian shuffle mengiringi kesakitan gua.... gua yang berwajah alim dan warak telah menari terkinja-kinja ala-ala shuffle. Ini satu tindakbalas yang aneh!!! Tidak cukup dengan itu gua jadikan batang pokok kelapa seperti punching bag. Kalau dilihat dari jauh gua seperti sedang sparing!! Hakikatnya gua sedang menanggung kepedihan yang amat!!!

macam ni lah gaya gua dalam cerita ni.

Kulit batang pokok kelapa bercerai berai dek kekuatan gua yang luar biasa ini atau mungkin juga ianya telah reput dimamah anai-anai. Bagi menyedapkan cerita....gua katakan batang pokok kelapa ini hancur dek tendangan padu gua.

Oleh kerana tiada aweks atau penonton di situ, gua terpaksa hentikan kegiatan vandalisme ini, jika tidak, pasti da tumbang gua kerjakan. Tiba-tiba...

Dicelah-celah rekahan batang pokok kelapa tadi gua terpandang makhluk yang gua cari-cari dari tadi iaitu scorpion. Gua dapati banyak anak-anak je.. ibunya sudah takde.. mungkin suda melarikan diri dek amukan gua sebentar tadi.. Anak pun anakla... janji gua dapat buktikan!!! Gua berjaya tangkap seekor untuk dianalisis... Oyehh..oyehh..



p/s : Gua rasa macam gua Scorpion King.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...