Showing posts with label isu semasa diri gua. Show all posts
Showing posts with label isu semasa diri gua. Show all posts

Thursday, November 4, 2010

Guarana Kapucino mmg lazat (Bhg 2)


walaupun impian untuk mendapatkan barang sekotak dua produk free hancur luluh..tapi gua bersyukur dengan anugerah 2 paket Guarana Kapucino, Ihsan dari Kak Yoh.. Yey...

Tak saba gua nak bancuh....

Di Pantry opis bersama Kak Mira:

Zarie: uihh sedap betul !!! sedapnya..ish... nyam-nyam.. bagus minum kopi ni kak Mira.

Kak Mira: Ye ke..

Zarie: minum kopi nih...badan jadi ringan..

Kak Mira: iye ke??

Zarie: Mata jadi cergas, sengal2 badan ilang.

Kak Mira: ish... hebatnya..

Zarie: pastu sistem dalaman badan kita semakin sihat... dapat menambah tenaga segera.

Kak Mira : Ye ke??

Zarie: Dapat mencegah sembelit dan buasir

Kak mira: Ye ke??

Zarie: Sedap tau kak Mira... tengok... bau pun sedap nih!!!

Kak Mira: Ha ah... bau best.

Zarie: Kak Mira tengok saya.... cergas je kan.... beli la Kak Mira.. cuba minum..

Kak Mira: dah berapa lama zarie amalkan minum kopi nih???

Zarie: baru je nak minum... ni pun Kak Yoh yang bagi.... hehehe

Guarana Kapucino Yang Lazat...


Gua pegi jalan-jalan atas dasar urusan rasmi keje gua. Entah petang yang berbahagia itu telah menemukan gua dengan sebuah kilang dengan erti kata lain (lain yang gua cari, lain pulak gua jumpa). Perayauan Domestik atau dengan bahasa telekomunikasi yang hebatnya 'Domestic Roaming' pada petang itu telah membawa gua kepada penemuan kilang Guarana Kapucino di Jalan IKS Bukit Minyak. Kat pintu masuk kilang tu ada gamba Qabil (zed Zaidi) wakaka.. Sila ikuti kisah selanjutnya...

Abg Lan : zari... beli kopi kapucino kat sini dapat murah.

Zari : ye ke?? sekotak berapa?

Abg Lan : RM XX.XX.... Kak Yoh nak beli tak?? saya nak singgah ni !!! saya mmg nak beli nih.

Kak Yoh : Kak Yoh punya banyak lagi. Hari tu baru beli.

Zari : "Cehh.. rupa-rupanya diorang lagi awal tahu pasal kilang nih....", bisik hati kecil.

Abg Lan : Zari takmau beli ke???

Zari : ermmm..... tadi mmg ada niat nak beli... tapi skang dah tak jadi ... lagi pun Kak Yoh punya Kapucino masih banyak. Tak elok beli banyak2 nanti membazir.

bersambung...

p/s: Gua ingatkan boleh dapat free sekotak dua....









Thursday, June 24, 2010

Black Machine hancur !!!

Gua tak sampai ati nak letak gambo black machine gua utk tatapan... sedih arr

Salam sejahtera semua… perghh ..agak lama jugak gua tak menghupdetkan blog sampah gua ni. Ahh.. dek kerana hari nih yang gua rasa..gua cukup hensem, maka gua hupdet skit demi mengembalikan semula kegemilangan zaman lampau blog ni. Haha..

Sepanjang gua meninggalkan blog nih, macam2 peristiwa yang berlaku sekaligus terpahat dalam memori kepala hotak gua termasuklah kes penerbangan gua di atas jalan raya selepas menghentam lori pasir di kilometer 2, Telok Air Tawar, Butterworth. Syukur gua selamat… moto gua je yang parah. Itupun separuh nyawa gak gua menggayakan aksi gaban sewaktu di awangan.. Apa yang misteri kat sini ialah kehilangan rim depan moto gua yang masih menjadi tanda tanya dan gua masih lagi mencari huraian dari sudut forensiknya. Momentum yang kuat sewaktu pelanggaran telah mengghaibkan jisim rim tersebut ataupun ianya telah menjadi koleksi pengumpul besi2 buruk yang tidak gua ketahui. Ahh.. lupakan saja… yang penting gua selamat. Alhamdulillah.

Sejak peristiwa itu, gua semakin menyampah utk menunggang black machine gua. Performance dah merosot. Rim depan dah tak sejajar dengan rim belakang. Bila naik gua rasa kedudukan bontot gua menyimpang boleh sakit pinggang. Huh.. lagi satu !!! Jangan sembang mengenai top speed !!! gua malu ngan beskal mini cap Rolex kepunyaan mak gua. Walaumacamana lembab pun black machine …gua takkan jual…., banyak jasa dia yang gua tak leh lupa. Ok Cau !!
p/s: Apa itu Black Machine ??? klik sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...