Saturday, February 19, 2011

Poster Ayam Serama 2011


Alhamdulillah… Alhamdulillah….syukur

Salam sejahtera. Makan ayam, tidur ayam, celik ayam, pejam ayam…demam serama telah bermula. Ia kecil, ia menawan.. Bagi komuniti serama, memiliki serama yang cantik bukan sahaja menjadi impian malah sanggup membelanjakan ribuan ringgit demi mendapatkan serama idaman. Bermula dengan hobi, kini ada pihak menjadikannya sumber pendapatan yang menjanjikan pulangan lumayan. Hobi yang boleh dianggap mahal ini berupaya menyatukan komuniti pemilik-pemilik ayam jenis ini. Ini merupakan sesuatu yang positif. Kecantikan serama tidak berakhir pada pemiliknya, ianya dipertontonkan menerusi pertandingan dengan penyertaan dari pelbagai kategori. Bukan hadiah dan bukannya nama yang dikejar, kalah atau menang bukan persoalan, sebaliknya kepuasan memelihara serta mempamerkan kecantikan haiwan ini kerana ianya menuntut kesabaran dan disiplin yang tinggi. Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan hobi ini, jangan segan untuk bertanya kepada otai-otai yang ramah mengenai petua dan teknik-teknik berkaitan. Ianya pasti menyeronokkan.

Sebagai menyempurnakan musim serama pada kali ini. Nah !!! Poster Ayam Serama Eksklusif terbaik dari reban. Memilikinya adalah satu kemestian. Tak lengkap rasanya reban anda jika tidak ditempek dengan poster serama eksklusif 2011 ini. Pasti berkokok apabila melihatnya!!!..Tempahlah sekarang, keluarannya terhad. Order untuk jiran tetangga sekali. Terima kasih atas sokongan anda.


Friday, February 18, 2011

Terima Kasih atas sokongan.

Uhhh.. lama betul gua tinggalkan blog nih. Saja gua jengok… first, gua cek chat box… uih .. still ada orang masuk blog yang dah bersawang nih… semangat gua mula membuak2… bagi melayan perasaan yang kononnya membuak2 nih… gua ambil pendekatan meminum teh. Minum teh rasanya dapat merangsang otak di hemisfera kiri (kalau tak silap gua) untuk lebih kreatif. Cehh… Bukan teh cap masjid, bukan teh cap 888, bukan juga teh timbang kilo, teh siap paket2 pun bukan, teh ah lek ?? bukan2…itu nama boss lama gua… teh mamak? Jauh sekali.



Sebagai individu berkolar putih, gua memilih teh segar dari tanah tinggi Cameron. Itu pun syukur kak ipar gua yang sponsor. Dalam keadaan santai gua sedang fikir untuk projek terbaru…. Sampai tertido gamaknya. Itulah budaya seorang pemikir macam gua. Fikir skit ..tertido… asal gua fikir je gua tertido… asal gua tido je gua terfikir. Berfikir sekangkang kera, tido je lebih. Gua terjaga….akibat berfikir di luar kotak yang amat dahsyat, gua tido hampir dua jam. Teh yang dibancuh tadi sejuk gedi. Gua teguk dengan gaya berserta bunyik… barangkali dengan bunyik dapat membangkit nikmat dan Umphh!! .. perghhh walaupun dah sejuk, kelazatannya tetap terasa. Gua rasa minum teh sejuk nih lebih asyik.. malah keasyikkannya sungguh luar biasa dari teh bersuhu panas.


Gua hirup teh senafas dengan dongakan pada sudut 45 darjah dalam keadaan membuka mata sambil memerhati ke dasar cawan. Agak juling sedikit mata apabila gua cuba fokus pada hampas teh yang berselerak di dasar cawan. Dalam kepul2 hampas teh yang halus itu wujud hampas teh yang kasar dan terasing. Saja gua goyangkan cawan (gerak membulat) dan toskan hampas tepat ke pokok bunga kertas. Seketul hampas teh yang kasar tadi jelas merupakan najis cicak. Adakah ianya punca kesedapan yang luar biasa?? Cisss…

Monday, November 22, 2010

Kenapa Atlit Australia power2 ??


Sukan komenwell dah lama tamat. Kemusykilan di palahotak gua pun tamat pabila terungkainya satu soalan yang rumit dengan jawapan yang simple.

Kenapa atlit2 Australia sangat power dalam bidang masing2.... ???? Tuan rumah pun leh tewas di ranking ke dua !!!


Ini jawapannya :

Tuesday, November 16, 2010

CD Rosak

Abg Mawi: Apesal lepas aku burn lagu... dia bagitahu 'Can't Verify !!!' lagu yang aku burn pun tak lekat dalam CD...

Gua: format apa ko burn??

Abg Mawi: aku burn dari MP3 ke Audio file.

Gua: Selalu ko burn ok tak?

Abg Mawi: ok je... tapi kali nih aku tuka cd/r brand lain... aku rasa CD rosak kot!!!

Gua: Mungkin CD rosak !!!

Abg. Mawi: Camana nak tahu CD rosak???

Gua: kalo tak leh burn.. maknanya CD rosak la...

Abg. Mawi: Owh... TQ

Thursday, November 4, 2010

Guarana Kapucino mmg lazat (Bhg 2)


walaupun impian untuk mendapatkan barang sekotak dua produk free hancur luluh..tapi gua bersyukur dengan anugerah 2 paket Guarana Kapucino, Ihsan dari Kak Yoh.. Yey...

Tak saba gua nak bancuh....

Di Pantry opis bersama Kak Mira:

Zarie: uihh sedap betul !!! sedapnya..ish... nyam-nyam.. bagus minum kopi ni kak Mira.

Kak Mira: Ye ke..

Zarie: minum kopi nih...badan jadi ringan..

Kak Mira: iye ke??

Zarie: Mata jadi cergas, sengal2 badan ilang.

Kak Mira: ish... hebatnya..

Zarie: pastu sistem dalaman badan kita semakin sihat... dapat menambah tenaga segera.

Kak Mira : Ye ke??

Zarie: Dapat mencegah sembelit dan buasir

Kak mira: Ye ke??

Zarie: Sedap tau kak Mira... tengok... bau pun sedap nih!!!

Kak Mira: Ha ah... bau best.

Zarie: Kak Mira tengok saya.... cergas je kan.... beli la Kak Mira.. cuba minum..

Kak Mira: dah berapa lama zarie amalkan minum kopi nih???

Zarie: baru je nak minum... ni pun Kak Yoh yang bagi.... hehehe

Guarana Kapucino Yang Lazat...


Gua pegi jalan-jalan atas dasar urusan rasmi keje gua. Entah petang yang berbahagia itu telah menemukan gua dengan sebuah kilang dengan erti kata lain (lain yang gua cari, lain pulak gua jumpa). Perayauan Domestik atau dengan bahasa telekomunikasi yang hebatnya 'Domestic Roaming' pada petang itu telah membawa gua kepada penemuan kilang Guarana Kapucino di Jalan IKS Bukit Minyak. Kat pintu masuk kilang tu ada gamba Qabil (zed Zaidi) wakaka.. Sila ikuti kisah selanjutnya...

Abg Lan : zari... beli kopi kapucino kat sini dapat murah.

Zari : ye ke?? sekotak berapa?

Abg Lan : RM XX.XX.... Kak Yoh nak beli tak?? saya nak singgah ni !!! saya mmg nak beli nih.

Kak Yoh : Kak Yoh punya banyak lagi. Hari tu baru beli.

Zari : "Cehh.. rupa-rupanya diorang lagi awal tahu pasal kilang nih....", bisik hati kecil.

Abg Lan : Zari takmau beli ke???

Zari : ermmm..... tadi mmg ada niat nak beli... tapi skang dah tak jadi ... lagi pun Kak Yoh punya Kapucino masih banyak. Tak elok beli banyak2 nanti membazir.

bersambung...

p/s: Gua ingatkan boleh dapat free sekotak dua....









Monday, November 1, 2010

Trend Mencari Aweks

Trend mencari aweks sekarang sudah berubah. Dahulunya si jejaka pantang melihat gadis berdahi licin... sekarang tidak lagi. Mereka (jejaka) lebih gemar melihat gadis berketiak licin dan gebu. Siapakah dalang disebalik fenomena ini??

Bagi gadis2 di luar sana yang memiliki parut / ketuat / selulit / kerak / hutan simpan / kutu / uban / ruam / hamis di ketiak... bertindaklah sekarang !!!

p/s : Memiliki ketiak yang putih sekata bukan sekadar cantik, tetapi ianya boleh ditayang ketika kecemasan bagi mendapatkan bantuan... adakah ketiak anda berupaya menarik orang ke arah anda atau membuatkan orang lari lintang pukang??? adakah ketiak anda cukup menarik utk ditayangkan??? renung-renungkan dan selamat beramal...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...