Friday, April 9, 2010

Header yang kiut..





Yummy... saya tak pernah riang sebegini ketika waktu makan.






Hahaha... bila sebut je gua punya header “u folo i.. i folo u”...hehe terasa macam kiut je kan?? sedikit gampang pun ada jugak !!! yey yey. Hatta dengan itu ... timbullah soalan2 menerusi emel yang memenuhi inbox semata-mata ingin memuji-muji tentang kesedapan tajuk header ni... ngeh..ngeh..ngeh...tidak kurang lemak berkrim juga kutukan2 gua terima yang berbaur jeles.... haha tak suka takpe.. simple je... korang cuma perlu tekan punat ALT+F4....!! Itu pun nak soh gua ajar ke?

Tak senang dudok gua nak carik idea untuk header nih. .. Begitu sukarnya gua menggembling otak ke arah itu… cuba korang bayangkan…Sat..sat dok atas kusi...sat sat bersila di atas lantai, laptop diriba… Sesekali gua alihkan laptop dari riba kerana bahang Intel Core i7 hampir membuatkan telur gua separuh masak.

Pendek kata.... Pegi mana2 pun bawak laptop. Tengok tv ngadap laptop... makan nasik ngadap laptop.... baca suatkaba ngadap laptop..... baca komen fesbuk of kos la ngadap laptop.. kejadah apa pulak gua nak ngadap ekorium ikan gapi !!!...hatta ke jamban pun gua soh bini stanby menaip kalau2 idea muncul ngan tak semena2, gua main jerit je...

Selama 3 hari 2 malam gak gua memikirkan tajuk2 yang sesuai akhirnya tajuk “U folo I..I folo U” menjadi top 5 shortlisted sekaligus dinobatkan sebagai pujaan hati gua. Abis da gua buat survey... tanya pacik macik, jiran belakang umah, ajk2 mesjid, tok siak, plus solat istiharah serta tipon pak tam gua yang dok nun di selatan tanah air, semata-mata nak kompomkan tajuk nih.


“Hello.....Paktam !! U folo I.. I Folo U.. k...” (gua terjah)


“Pehal pulak budak nih???” (paktam jawab dengan nada gumbira) hik.hik...


“Ok Paktam.. tenhgkiu.. ailebiu” (gua memutuskan perbualan)


Lihat betapa setujunya paktam gua akan tajuk header nih kan??

Sebenarnya bidang keberhasilan utama gua menukar tajuk sebegini rupa adalah kerana merasakan rendah diri sebagai ahli baru dalam dunia blog. Gua menggunakan pendekatan saikologi fitrah manusia dan mengetengahkan konsep mesra pengunjung di mana pengunjung tidak perlu berasa malu2 untuk menjadi folower gua...klik je.. nescaya gua akan pantas memolo kembali korang semua.. InsyaAllah. Mudah bukan??

Selain itu:

Ada jugak blogger bersifat segan2 silu untuk menjadi orang pertama yang memolo seseorang..sebaliknya hanya menunggu orang itu mengelik folo pada blognya... itu salah sama sekali.....buangkan perasaan itu jauh2 dalam dunia blogging ini. Jika kesemua blogger bersikap begitu..maka sia-sialah button folo dicipta!!!

Dalam pada itu:

Masih wujud lagi kelompok-kelompok blogger yang merasakan dirinya amat bagos apabila difolo oleh seseorang....... ada....memang ada .... gua tahu.... sebab gua ramai gak kawan2 top blogger nih... haha takmo cite lebih2.. nanti gua kene sekehh...!!!

Walaubagaimanapun:

Tak dapat dinafikan juga terdapat segelintir blogger yang menganggap keje2 folo memolo nih satu tindakan murahan... hahaha Gua dengan kentalnya membidas persepsi itu. Gua dah biasa da keje2 folo folo ni. Takkan jatuh stendet kita kalau kita klik punat follow. Just teruskan usaha murni korang untuk mengeratkan hubungan sesama blogger. Apabila kita menghargai...kita juga akan dihargai..InsyaAllah.

Sori:

Ayat yang gua gunapakai ada barai skit….bahasa pasar… ejaan melingkup…!! Tapi gua tak kisah.. gua biarkan je… gua tak suka skema2 nih…. Kalau korang nak ayat2 skema macam paper BM kertas 2, gua syorkan baik korang baca…. :


Hahahah:

Apa lagi korang tunggu??? Folo la gua....wakakaka

Ok.. tu saje.. gua dah letih menaip... skang gua nak cari bahan untuk gambo header lak..haha... jumpa lagi dalam entri akan datang.... Thanks. Ailebiu.



(khas utk member gua si ******)

p/s : Ada juga blogger2 yang top dan femes still melibatkan diri dalam seni folo memolo ni walaupun pada blogger2 baru... gua mmg salute lu ****** (member gua)... tapi kenapa lu tak folo gua ehh??? Woi ****** jawab..jawab..?? haahaha lu mmg saje kan !!!

Thursday, April 8, 2010

Zaman dah berubah, Dunia dah maju.


Dulu bayar bil di kaunter

Sekarang bangun tido, tengah layan spongebob sambil bancuh susu anak pun leh bayar bil.. stail bukan??


Dulu

“Zarie.... abis kelas nanti terus balik umah ye....”

“Baik mak”

naik bas, turun bas, naik bas, turun bas... pi Universiti.

Sekarang

“Zarie.. kau tak gi kelas ke?”

“Tak.. ...ada appoinment ngan lecturer online”


Dulu

“Tipah... aku jumpa hanbag cantik kat Tesco tadi..”

Sekarang

“Tipah..aku dah oder hanbag cantik kat lelong dot com.”


Dulu

“Puad.. aku keje malam hari nih.. pinjam moto ehh?..”

Sekarang

“Weh Zarie... ko nih dok umah takde keje lain.. ngadap laptop je... takde keje ke?”

“Lorr.. dah memang keje aku ngadap laptop !!...” (Forex)


Dulu

“Adesss benjol kepala aku nih...”

“Tu la ko... orang tanduk bola..ko pi tanduk tiang gol !!!...”

Sekarang

“Zarie.. jom main bola....pezal dah tunggu tu... semangat la pulak boot baru ni...”

“Ko tak nampak ke aku tengah main bola nih !!!”

.

.

.

.

.

Begitu hebat perubahan zaman dan kemajuannya sehinggakan dunia boleh berada dalam rumah korang!!

p/s : ketahuilah The Secrets of Methamphetamine Manufacture, rumah korang pun leh jadi kilang!!!

Wednesday, April 7, 2010

Kedai Ali


5 April 2010

Oder pakai henpon :

“Wei ali... nasik goreng kampung, teluq mata satu bungkus...tolong hantaq opis bawah k”

Pergh wangi je nasik.. sedap betul.. semua rasa cukup.. perfect!! Yang tak boleh tahan tu boleh ada jagung... huyoooo sedap sehingga menjilat jari....leh oder lagi esok.

6 April 2010

Oder pakai Henpon lagi:

“Wei ali... nasik goreng kampung, teluq mata satu bungkus..buat pedas ehh.. cam biasa hantaq opis bawah k”

Uihh.. sedapnya tak terperi... fuhhh pedas menyengat ke telinga... teluq kuning separa cair..diperkaya dengan ikan bilis...pemurah betul...huhhh berpeluh dalam kenikmatan... kalau macam nih leh oder lagi esok.

7 April 2010

Oder pakai Henpon jugak.. tapi henpon Shila.. henpon gua kredit abis:

“Wei ali.. nasik goreng kampung, teluq mata satu bungkus tau... bagi super power gila punya..n hantaq opis bawah k”

Belum makan dah bersin. Fuhhhh... pedasnyaaa... sos cili dah macam kuah!!! Jagung suda tak nampak...ikan bilis gampang banyak!!... gua makan nasik macam kunyah paku payung... ikan bilis lemau...

Pasaipa gua rasa macam nak oder lagi untuk esok???

Tuesday, April 6, 2010

Bongkar Rahsia Pencuci Pinggan Mangkuk, GLO.


Asyik ngan cite2 ngarut je.. sesekali kene tuka selera pulak... betul kan? Amboi dek non... sebut pasal selera je tingat benda makan....ini bukan pasal makan-makan dek noo oiii.... Di sini boleh la gua katakan sebagai petua walaupun idea originalnya datang dari pemuda iaitu gua sendiri. Petua yang amat mudah dan bergeliga iaitu :

APA YANG KORANG LEH BUAT NGAN SEBOTOL GLO ???(CECAIR PENCUCI PINGGAN MANGKUK)...

Ikuti pendedahan berani gua membongkar rahsia sebotol glo...

Kes pertama :

Glo atau nama lainnya glo atau dalam bahasa omputihnya pun glo jugak merupakan satu cecair yang boleh dikategorikan sebagai pencuci serbaguna. Bagi penunggang-penunggang motosikal, masalah tumpuk-tumpuk kecil di belakang baju atau jaket sudah menjadi perkara biasa. Ini semua berpunca daripada lebihan minyak/air bercampur minyak pada rantai motosikal korang menempias ke udara ketika korang memecut sakan pada kelajuan lebuhraya atau jalan2 kampung. Statistik kuat mengatakan bahawa senario ini berlaku sewaktu hujan. Tidak dapat dinafikan juga percikan air (tar jalan raya) dari kenderaan-kenderaan lain juga penyumbang kepada masalah ini. Namun ini bukan alasan untuk korang membeli baju baru.

Kes Kedua :

Khas bagi korang yang menjadikan cat mengecat nih sebagai hobi atau tabiat semulajadi. Pengkhususan diberi kepada jenis cat minyak atau akrilik. Tak sah kalau cat tak terpercik di dahi atau di tangan atau mana-mana anggota badan sebabnya korang bukannya propesyenel sangat. Haha. Dalam kepala hotak korang gerenti sudah terfikir untuk menggunakan minyah tanah / tinner kan? Hahaha... dengan keadaan ekonomi skang ni mmg susah nak carik minyak tanah, kedai hardware pun takde stok!! Kalau korang korek tanah dalam tujuh lapan kaki pun tak leh dapat punya... ....tinner?? Mahal nak mampos!!

Penyelesaiannya :

Bahan-bahan yang korang perlu sediakan ialah :

1) Sebotol Glo perisa asli ( Lime/Limau )

*Jangan gunakan perisa lemon atau apple.

2) span basuh pinggan yang kaler ijau keras dan kasar2 skit yang org buat sental kuali .Disyorkan dari jenama Scott Brite. Haha takde jenama pun boleh. . * Awas!! Jangan pakai hok dawai punya....

3) Air Secukup rasa untuk kerja-kerja mencuci. (berpadanan dengan kuantiti pakaian)

4) Beberapa kilo pakaian yang disyaki bermasalah seperti yang dinyatakan di atas.

5) Air suam secukup pakai bukan utk diminum.

Cara-caranya :

Bagi kes pertama:

Senang je.. tuang cecair glo skit atas jari.. kemudian tenyeh pada kawasan tumpuk-tumpuk.. InsyaAllah berkesan.

Bagi kes kedua:

Rendam tangan yang terkena cat dengan air suam. Seminit dua.. kemudian tuangkan Cecair Glo pada tapak tangan dan gosok dan sental keseluruhan tapak tangan dengan menggunakan span ijau. Kalau di dahi ..tak payahlah rendam dahi!!! Sental sekadar tak menyakitkan je... Apahal pulak korang nak rendam2 dahi nih... ??

__________________________

Kalau korang perasan Glo dah keluar dengan perisa apple.. lama dah... hahah woi nih bukan kordial la !!!!.. Glo perisa Apple nih sesuai dijadikan syampoo kereta... kereta korang akan lebih berkilat dan tangan korang menjadi lembut... tak caye try...

Kalau keta korang kotor yang amat dan berminyak.. aku syorkan guna Glo perisa original (Lime) untuk keta yang plain je... bagi keta yang penuh ngan stickers tidak digalakkan.

Aku dah pakai lama dah kat keta aku... sampai sekarang cat berkilat... Ok tu aje... Selamat Mencuba..

Monday, April 5, 2010

ABPBH 2009 (review keputusan), Gua Score 7/16.. Lingkupp...

Haha.. cite smalam dah abis (ABPBH 2009)... gua nak review balik ramalan2 gua yang gua rasa 60% menyimpang dari keputusan sebenar. Bagi korang yang belum baca edisi ramalan gua sila KLIK.

Keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009

Pengacara TV Lelaki Popular Aznil Hj Nawawi

Gua target FBI... terbukti salah... takpe baru satu salah!!

Pengacara TV Wanita Popular Fara Fauzana

Wakakaka... ini betul.. yey..yey... harapan korang nak tengok gua hanya berBoxer pegi opis kecundang!! Hahah gua dah bidik lama da si Fafau ni..

Penyampai Radio Lelaki Popular Faizal Ismail

Betul lagi...yippie... gua dah agak da...kekurangan di kepala adalah kelebihan beliau.. FBI mmg best..

Penyampai Radio Wanita Popular Fara Fauzana

Malas nak cakap banyak.. tekaan gua tepat

Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular Bunkface

Ternyata tak sia-sia gua ikut cakap anak gua. Tak sia-sia anak gua buat shuffle depan TV smalam...

Artis Komedi Lelaki Popular Nabil Raja Lawak

Adesss... gua ingan Zizan... aisehh...Congrat Nabil.

Artis Komedi Wanita Popular Noorkhiriah

Hahah kategori nih gua salah... takpe...gua dah kata gua main hentam kan?? Hehe rezeki anak kan... syukur. Bukan main girang lagi ehhh...saba..saba..

Artis Baru Lelaki Popular Black Mentor

Salah lagi...ishh...sebenarnya gua mmg nak tulih Black... tapi camana pulak tertulis Gambit lak.. pelik arr....

Artis Baru Wanita Popular Yuna

Malas nak riak-riak.. dan yang pastinya tekaan gua meleset... Jangan takut Tiz.. ada chan lagi..k.. hehe

Pelakon TV Lelaki Popular Remy Ishak

Pelakon yang ada iras2 gua nih... pasti menang...sampai tersasul-sasul gamaknya buat speech. Sib baik abg Rosyam ada..haha

Pelakon TV Wanita Popular Tiz Zaqyah

Mimpi gua berkahwin dengannya selama seminggu berturut2 rupa-rupanya memberi petanda bahawa dia akan menang.. hahaha

Artis Nasyid Popular Rabbani

Al-Fatihah buat Ustaz Asri... Tahniah Rabbani... gua mmg salah teka..adess

Penyanyi Lelaki Popular Aizat

Gua sedar bahawa kentot gua yang tengik telah mematikan harapan Faizal Tahir untuk bawa balik trofi bagi kategori ni... Sori ya Abg Faizal... hehe Tapi gua dah agak jugak Aizat boleh sapu tropi ni. Walau apa pun.. gua tetap salah.

Penyanyi Wanita Popular Datuk Siti Nurhaliza

Ehem..ehem... tak sia-sia gua undi...gua peminat nombor 2 Datuk Siti..

Pelakon Filem Lelaki Popular Que Hailar

Salah...gua salah... gelak pulak!!! Suka arr tu... Si David Teo kata Que Hailar...wakakaka gua akur tanpa sepatah bicara!!!

Pelakon Filem Wanita Popular Liyana Jasmay

Salah..salah..salah.... dah sembilan kali gua salah... apa nasib da.. gua dah malas... Tahniah Liyana.

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Datuk Khadijah Ibrahim

Uikks.. yang nih takde dalam tekaan aku... kira camana nih??

Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian Datuk Siti Nurhaliza (225,300 undian)

Memang gua dah jangka.. hehe Tahniah Datuk Siti.. speech panjang lebar Datuk K tersenyum lebar, Gua ?? gua tak dapat apa2...wakakaka gua sorak2 je tanda setuju..haha.. Memang cantik Datuk Siti malam tadi.. anggun...dulu “Biarlah Rahsia”...Sekarang “Rahsiaku Kini Milikmu”.. haha..

adess gua hanya mampu score 7/16...wakakaka

Penutup:

Teka-teki suda terjawab... yang pastinya aku tetap macam biasa gi keje naik moto demi sesuap nasi... aku tak menang apa2 pun.. hahaa

*Masa nih la kita leh lihat tahap penerimaan masyarakat terhadap artis2 tertentu... yang baik disorak-sorakkan... yang kurang baik, kene BOOOooooOOoo kadang2 gua kesian gak... nak buat camana kan...

*Gua ada tak paham sikit masa David Teo punya speech...

*Korang perasan tak Scha kata Melbourne kat USA... wakakak nampak sangat*......anak gua kata Melbourne dekat India.... wakaka nampak sangat korang berdua ada persamaan.. Syabas...

*Mikrofon ada yang sangkut2.... masalah teknikal betolla..

*Awie ngan Jacklyn Victor nyanyi tak sama lirik...walaupun menggunakan bahasa yang sama....mmm ntahla..

*Penyampai Kategori pulak ada yang over..hahaha tapi meriah..

*Gua cadangkan supaya wujudkan Anugerah Person of The Nite... boleh bagi kat David Teo..

*Al-Fatihah buat Allahyarham Ustaz Asri dan Allahyarham Din Beramboi.

Tahniah buat pemenang2 anugerah....korang adalah yang terbaik. Syabas buat penganjur!!! Ok. Jumpa lagi di ABPBH 2010. InsyaAllah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...