Wednesday, March 24, 2010

Pelik-Pelik Perangai - Aekaysi (bahagian 1)

Gambo ini membuatkan bulu tengkuk, ketiak dan bulu2 lain yang tumbuh pada diriku meremang-seremang-remangnya.
*Gambo nih 100% takde kene mengena ngan cerita.



Simptom Luarbiasa (8 jam sebelum peristiwa)

Simptom2 luarbiasa yang tidak boleh gua terjemahkan melalui kata-kata. Bangun dari tido tengkuq gua sakit...macam tak cukup urat leher. Kalau mengikut istilah kamus perubatan cik Jujia (bukan nama sebenar) gua telah mengalami situasi "salah bantal". Adakah ianya benar dan sejauh mana kebenarannya???

Gua cuba memastikan bahawa bantal yang gua gunakan itu adalah bantal gua menerusi beberapa kaedah forensik. Berdasarkan lakaran peta topo, catatan2 umpama manuskrip lama di atasnya, saiz serta keharumannya memang terbukti itu adalah bantal gua dan bukan bantal Chicha atau mama. . Nyata sekali gua tidak tersalah bantal. (Kes ditutup)


Pagi yang cerianya dibuat-buat.. (diopis) (7 jam sebelum peristiwa)

Selepas mendapat jemputan dari si Pezal, gua terus bergegas ke Restoran Ali. Sebelum tu gua ada jugak sound si Nazib.. “wei jom makan”. Beliau hanya senyap... selepas tu, aku tak tahu apa yang terjadi pada beliau... Gua terus melangkah kedestinasi sarapan demi sesuap nasi.. wakaka cam gampangkan ayat gua...?

Berbalik pada Restoran Ali yang gua war-warkan sebentar tadi, tak payah la gua nak bayangkan secara maya disini tentang kelazatan nasi putihnya. Cukuplah sekadar memberitahu ...5 bulan gua bertemakan menu yang sama iaitu nasi putih, sambal ikan bilis dan teloq mata kerbau. Harganya Cuma RM3.. Ianya didatangkan set bersama teh ‘O’ ais. murah bukan? Tak percaya? Tanya Nazib... kerana beliaulah gua jadi begini... kerana beliaulah yang bertanggungjawab memperkenalkan gua kepada menu tersebut selain dari pasembur dan nasi goreng kampung. Dek kerana itu juga lah gua melantik dia jadi “meal consultant” tanpa gaji.. kesian bukan? Tapi beliau rela...


Satu lagi simptom aneh!!! (6.5 jam sebelum peristiwa)

Lepas menjamu menu kegemaran gua, perut ini rasa seperti dikandung cuka. Adess...hasil tindakbalas yang tidak gua rancang tetapi tuhan menentukan, gua melepaskan tekanan dalam bentuk gas tanpa disedari oleh rakan tablemate gua. Ini satu kejayaan yang gua rahsiakan sehingga kini. (Good Filteration). – rujuk sistem pemeringkatan 2 kali sri Murni.


(Woi.. rileks arr rilekss...rileks.. jari2 gua lengoh.... woi nanti sambung balik..)

Tuesday, March 23, 2010

Uncle Sam takde kena mengena ngan gua.

Gua percaya setiap orang mempunyai idola lawaknya masing-masing tak kira la berlatarbelakangkan apa sekalipun yang penting kerjasamacukup untuk membuatkan diri korang terkencing terkuchil sendirian apabila terkenangkannya.

Bagi gua yang sentiasa mengambil berat hal-hal negara.. dan juga sensitif dengan keperluan rakyat, gua memilih uncle sam sebagai tokoh jenaka terulung dalam idup gua. Haha

Beliau bukan juara program realiti RajaLawak, bukan peserta Sinaran Passport Kegemilangan, jauh sekali membintangi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu tetapi jenaka yang dibawa oleh beliau ada iras-iras Salam Pantai Timur. Otak gua yang tidak dapat menerima logik itu telah mentafsirkannya sebagai lawak. Lalu gua pun ketawa...wakakaaka

Gua ingat gua sorang je perasan, rupanya banyak ramai lagi yang sekepala dongga ngan gua.


Hasil kajian gua lagi.... yang gua dengar dan lihat dalam TV.... sembang-sembang politik ngan rakan2 gua.... terjahan blog-blog orang..... gua berjaya mencopek/kibab/rembat/balas/samun sedikit-sedikit dan membuat satu kompilasi kata-kata hikmat Uncle Sam dari dulu sehinga kini.

1) Kata-kata Uncle Sam mempromosi Pos Laju “ BESOK KIRIM, HARI INI SAMPAI.”

2) Stetmen beliau berkenaan Dadah : “ Jangan isap dada.”

3) Semasa krisis bekalan air : “Semua orang diminta jangan membuang aiyerr.”

4) Ketika upacara perasmian/pembukaan : “mempersilakan datin paduka rafidah aziz naik ke pentas utk membuka kain..."

5) Semasa kempen menderma darah di Sg. Siput : "..marilah kita semua menderma dara.."

6) Kenyataan feveretnya menerusi stesen2 TV arus perdana ria: "Toll naik sikit, manyak marah saya. You ingat semua ini toll saya punya bapa punya kah!"

7) Satu-satunya orang di dalam TV apabila beliau cuba menzahirkan rasa malu dan berkata : “Kemaluan saya besar”

8) Dalam ceramah beliau "Kita akan bina satu jambatan untuk orong-orong kampong disini", kemudian muncul sorang pakcik bertanya, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" dengan penuh keyakinan dan tanpa ragu-ragu beliau menjawab ,"Kalau takde sungai, kita bina sungai!"

8) Semasa ucapan alu-aluan beliau dalam majlis-majlis: "...selamat datang saudara-mara semua.." (err ...sebenarnya "saudara-saudari")

9) Uncle Sam ditemuramah tentang program angkasawan negara.

Uncle Sam: “…Bagi saya, ini semua adalah satu pembaziran atas duit rakyat. Kita sepatutnya tidak hantar mereka ke bulan, tapi hantar mereka pergi matahari. Barulah USA, Russia, respect sama kita….”

Penemuramah: Tapi Dato’ Seri, matahari kan panas. Macam mana mau pergi sana?

Uncle Sam: Cit! itu pasal la u tara jadi mintri. Saya suda lebey 30 tahun jadi mintri, saya musti ada jalan penyelesaian. Kita jangan pergi siang, manyak panas. kita pigi malam, baru ada sujuuuuuk……



nota cagu: cilaka... nombor 8 ada dua kali...tak pasan gua..

Sunday, March 21, 2010

Dalam Kebun Ada Scorpion.

Ini gambo real.....gua cadang nak lepaskan balik

Berita tentang wujudnya scorpion dalam kebun, telah gua canangkan pada member-member fesbuk. Kebun gua nih dah macam hutan Amazon... macam2 binatang ada... hahaha

Gua jadi ralat, frust, kecewa, tak puas hati dan apa2 jua sifat yang se’emosi dengannya. Keadaan bertambah gampang lagi pabila budak2 fb mengapi-ngapi gua seolah2 gua mengencing mereka. Gua yang geram menyimpan plan untuk kembali ke kebun dan kali ini bukan untuk memegang cangkul tapi menjalankan kerja2 menjejaki makhluk bernama Scorpion. Masa yang diperuntukkan untuk mengemas rumah dan mencuci pinggan mangkuk terpaksa gua pospon semata-mata untuk membuang masa bagi membuktikan kebenaran. Hhaha.

Dilengkapi dengan peralatan khas untuk menangkap scorpion iaitu plastik burger dan lidi satay gua mara dengan penuh keyakinan. Besarlah harapan gua supaya tidak terjumpa dengan binatang2 yang tidak gua ingini..wakaka.

Sudah 2 jam setengah masa berlalu... peluh menitik tanpa henti, baju gua lencun... ketiak? Pepatah ngarut mengatakan ‘Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ketiak masam.’ Setiap celah pelosok telah gua terokai namun hasilnya haramm. Yang banyak gua jumpa cengkerik..cengkerik.. dan cengkerik. Kalau cengkerik ditukar nama menjadi scorpion kan bagus!!

Gua melepaskan penat di bawah pohon kelapa. Tempatnya redup dan berangin. Kerilekskan gua tidak berpanjangan apabila juboq gua diketip oleh semut tonggek. Adapun semut tonggek ini berwarna hitam dan berkaki merah serta lebih berbisa dari kerengga. Tarian shuffle mengiringi kesakitan gua.... gua yang berwajah alim dan warak telah menari terkinja-kinja ala-ala shuffle. Ini satu tindakbalas yang aneh!!! Tidak cukup dengan itu gua jadikan batang pokok kelapa seperti punching bag. Kalau dilihat dari jauh gua seperti sedang sparing!! Hakikatnya gua sedang menanggung kepedihan yang amat!!!

macam ni lah gaya gua dalam cerita ni.

Kulit batang pokok kelapa bercerai berai dek kekuatan gua yang luar biasa ini atau mungkin juga ianya telah reput dimamah anai-anai. Bagi menyedapkan cerita....gua katakan batang pokok kelapa ini hancur dek tendangan padu gua.

Oleh kerana tiada aweks atau penonton di situ, gua terpaksa hentikan kegiatan vandalisme ini, jika tidak, pasti da tumbang gua kerjakan. Tiba-tiba...

Dicelah-celah rekahan batang pokok kelapa tadi gua terpandang makhluk yang gua cari-cari dari tadi iaitu scorpion. Gua dapati banyak anak-anak je.. ibunya sudah takde.. mungkin suda melarikan diri dek amukan gua sebentar tadi.. Anak pun anakla... janji gua dapat buktikan!!! Gua berjaya tangkap seekor untuk dianalisis... Oyehh..oyehh..



p/s : Gua rasa macam gua Scorpion King.

Thursday, March 18, 2010

Dari Desa Penaga ke Pekan Kepala Batas...

Ini bukan gambo doktor yang dimaksudkan. Ini gambo hiasan je...


Baru gua tahu... semua tak semua doktor itu pandai... ada yang memandai-mandai ...tak kurang juga yang memiliki sifat2 bodo. (gua geram nih)

Sebuah peristiwa yang membuatkan aku rasa terpanggil untuk memblogkannya.

Sedikit butiran tentang peristiwa:

1) Lokasi - Hospital Kepala Batas
2) Jam - 10.30 malam
3) Tujuan - Periksa paras gula dalam darah (ibu mengandung)

Cerita bermula...

Doktor Klinik Kesihatan Penaga mengarahkan wife gua untuk pemeriksaan lanjut di Hospital Kepala Batas.

Keadaan di Hospital Kepala Batas...

Selepas bagi buku merah (buku rekod kesihatan ibu), lebih kurang 1 jam jugak gua tunggu,. Itu buku wife aku... bukan buku aku!!! apahal pulak aku kene ada buku tu?? haha merepek...

Dalam bilik pemeriksaan, gua nampak ada 2 orang Doktor. Mungkin doktor sebab ada gaya doktor. Apa kejadahnya Pembantu Tadbir mengepitkan Stateskop di tengkuk/leher. Doktor je yang stail begitu.

Aku labelkan kedua-dua doktor tu sebagai A dan B.

Doktor A mengambil buku rekod wife gua dan merenungnya. 15 minit gak masa yang dihabiskan utk 1 renungan... hanya renungan...bukan bacaan sebab gua tak dengar sepatah haram bunyi dari mulut dia.

Kemudian Doktor A (dengan muka putus asa) pass buku tu pada Doktor B... tingkah laku yang sama juga gua tengok... beliau hanya mampu renung-renung (sedikit muka kecewa macam nak nangis) lepas geleng2 kepala Doktor B pass buku kat Doktor A.

Sewaktu Doktor B pass buku rekod sambil menggeleng2 kepala... aku jadi cemas... segala macam doa aku panjatkan pada yang Esa dengan harapan tidak ada masalah akan berlaku....

Dengan tenang Doktor A merenung sekali lagi rekod yang terkandung dalam buku tu. Aku yang berdiri di samping wife berdebar-debar menunggu penjelasan keluar dari mulut Doktor A.

Doktor A : U hasben dia?

Gua: Ya..ya.. doktor knapa doktor??

Doktor A : takpe...takpe...

Gua: Sial nye Doktor buat gua suspen!!!! (bisik hati gua)

(Doktor) sambil menunjukkan buku kepada wife aku.....

Doktor A: U faham tak doktor ni tulis apa? (soklan ditujukan khas buat wife aku merujuk kepada laporan daripada Doktor Klinik Kesihatan Penaga)

wife aku terpinga-pinga... sambil gelak kecil..

Gua: gelak dalam hati....bodo nye doktor.... tulisan doktor pun doktor tak leh baca ka???
kalau dah doktor sendiri tak leh baca.. apatah lagi orang awam!!!

cilaka nye doktor... buat gua cemas.... macam nih punya doktor pun ada ehh???




p/s : Alhamdulillah semuanya selamat...
p/s 2 : tulisan doktor Klinik Kesihatan Penaga macam tulisan jawi... patut la...

Monday, March 15, 2010

Chenta Hati Abah..

Adesss... petang nih badan gua rasa letih sangat. Tak tau knapa.. Mungkin sebab banyak task yang gua dapat bereskan hari nih. Setiba di rumah, Chicha dah jerit2 memanggil abahnya. Gua yang tak berapa nak layan sangat perangai Chicha terus tukar baju kemudian tumbang di sofa. Kali terakhir gua lihat mama tengah menjahit baju di Sofa single mengadap TV. Serasa-rasa gua, gua masih leh tangkap dengar persekitaran gua walaupun mata sudah terpejam (hampir lelap). Tapi apa pasal tak leh nak tido nih??? Timbul rasa heran yang menebal dalam benak gua!!!

Pada kebiasaannya, Chicha sering main2 rambut gua dengan sikat... dah mmg tabiat dia. Dan kerana itulah leh wat gua tertido. Tapi kali nih gua rasa janggal...bagi menghilangkan kejanggalan itu, gua bersuara dengan nada sederhana, “Chicha.... mai sini sat, sikat rambut abah sat!!!.”

Keadaan sunyi tanpa respon...

Gua tak mampu nak toleh... malas... mata masih terpejam...time nih gua tak tau lokasi sebenar Chicha. Gua cuba nasib sekali lagi, “Chicha....Chicha... mai sini sat, sikat rambut abah sat!!!.”

Akibat menunggu terlalu lama, gua yang sudah lali nih melupakan hasrat tersebut. Takpela... gua memutuskan untuk terus tido. Tiba-tiba gua dengar mama menjerit...

“Chicha...hei.. Chicha.... tu bukan sikat la sayang...tu gunting!!!!

Syukur gua masih belum tertido...




p/s: gua berterima kaseh kepada mama, malam nih takyah masak.. kita makan luar...

Saturday, March 13, 2010

KAKA... kawan gua

Penang adalah negeri kelahiran gua. Lahir je kat sini tapi gua membesar di negeri lain dan gua tetap bangga ngan Penang. Kampung gua di daerah Seberang Perai Utara, masih lagi di tanah besar. Memang jarang sangat gua ke pulau kalau takde hal2 urgent. Setahun boleh bilang ngan jari (termasuk jari kaki) kekerapan gua ke sana.

Tempat femes yang gua slalu pegi kat pulau ialah Batu Maung ngan Bayan Lepas. Tempatnya sangat indah dan memukau. Bukan sebab SPA 5 bintang atau nasi kandar kasim mustapa ..bukan sebab laluan minah rempit atau aweks kilang seagate....bukan sebab ada waterpark mahupun muzium perang..... sebab utamanya, opis gua ada kat situ.. hehe...kalau bukan sebab urusan rasmi pejabat, jangan harap la sesaje gua nak ke sana. Jauh sangat. Tol pun satu hal gak, faktor yang menjadi penyumbang kemalasan gua.

Keadaan jauh berbeza dengan dulu... masa bercinta, penang la destinasi pilihan.. jarak bukan halangan sehinggakan cotton bud pun beli kat Gurney Plaza....isi minyak moto pun kat Balik Pulau .. ..haha. Sehari boleh dikatakan 8 kali gua ke Pulau.. tapi tu cerita masa gua muda2 dulu... dan satu benda yang korang perlu tahu...gua sehingga kini masih nampak muda!!! apa rahsianya?? Fair n Lovely... dah dah.. gua semakin nak ngarut nih..cukup!!

Di samping keindahan bentuk muka buminya...Pulau Pinang juga merupakan di antara negeri kelahiran tokoh2 terkenal tanah air. Tak payah ambil contoh jauh-jauh..kerana diri gua juga tergolong di dalam tokoh2 hebat tersebut. Selain dari tu, contoh yang femes dan korang gerenti kenal ialah Allahyarham Tan Sri P. Ramli. .. yang lain2 korang carik sendiri!!!

hah.. itu satu contoh yang korang tahu... yang korang tak tahu??? gua malas la nak cerita panjang lebar... gua pendekkan cerita; pemain terbaik FIFA 2007, KAKA berasal dari Penang. Kenapa?? korang tak pecaya?

Ini bukan photoshop nye kije, ini yang betul-betul.







tak pecaya lagi?? nak tau lokasi kampung nih kat mana?. korang KLIK NIH





p/s: gua mana reti pakai photoshop.. gua terer mikosof word je..

p/s2: cilake!!! adik gua kata gambo kat bawah tu, bukan gambo si KAKA... ye ke? sib baik gua tak letak nama kat gambo tu.

Friday, March 12, 2010

Ustaz baru. Yeh.. Yeh...


Smalam, gua dok kat kaunter opis. Gua dikejutkan oleh kedatangan sorang pakcik (macam pakcik). Seperti kebiasaan bila time gua dok kat kaunter je ... ada je orang2 datang mewakili sykt insuran la, penjual tudung, promosi gores dan menang la, mintak derma la... tapi ikut statistik gua yang paling banyak, orang tanya toilet kat mana!!! agak2 la wei... rupa gua ada rupa penjaga toilet ka??? adehaiii setahu gua, gua ada rupa eksekutip je.. tak lebih dari tu.

Sangkaan gua, meleset.... pakcik yang disangka pakcik biasa itu rupa2nya Pegawai Hal Ehwal Islam opis gua... terkene gua.!! sib baik gua berkelakuan sopan tadi... haha. Beliau datang nak melaporkan diri. Dengan wajah yang bercahaya gua terus berbuat baik sempena perkenalan pertama. Banyak gak topik2 yang gua sembangkan sama ustaz baru tu.. takyah la lu orang tau. (Selesai Kisah Smalam)

Hampir 2 tahun gak jawatan PHEI tak diisi. Gua ada gak cadangkan kat si Nazib utk apply jawatan tu tapi takut si pezal pun nak apply gak. Gado plak 2 orang tu... kalau gua apply gerenti dapat!!! tapi tak patut plak buat member2 hampa....lagi la tak patut, nanti apa pula kata diorang!!! niat2 baik mereka berdua tak patut ada penghalang... tapi gua risau Kak Mira tak leh terima je..... haha ...jadi gua buat bodo je..

Pagi Jumaat yang berbahagia...

kali nih Ustaz smalam baru la nampak gaya ustaz, Nak kata tua? PPK gua lagi tua!! nak kata muda?? gua lagi muda.. nak kata ensem?? si Nazib ngaku dia lagi ensem... secara general kira pangkat abg2 la..

Tazkirah pagi nih amat istimewa skit dari Jumaat2 yang lepas. Sebabnya ada 2 ustaz. Satu ustaz jemputan, satu lagi ustaz tetap (baru). Bak pepatah omputih.. "dun judge the book by it cover" gua ternganga buat beberapa ketika pabila mendengar ustaz baru berceramah.... seketul-seketul melekat di kepala hotak gua nih!! mmg mantap... setiap soklan dijawab umpama sniper.. tepat dan padat!!! setiap patah-patah perkataannya menimbulkan rasa keinsapan dlm diri gua....hinggakan gua tangkap serius dari mula sampai abis majlis ilmu nih. Di sini jugak gua mengambil kesempatan memohon maap pada member gua si Nazib kerana sikap gua yang dingin terhadap setiap persembahan lawak dia depan gua sepanjang ceramah berlangsung...ngeh-ngeh-ngeh.. (gua terpegun ngan ustaz baru)

Semoga kehadiran Ustaz menyinari idup kami seisi opis. Terima Kaseh, Ustaz.

P/s: Si Pezal takde kali nih...sebabnya ada misi yang penting di pagi Jumaat nih.
P/s 2: Ada satu link berkenaan dengan kisah gua nih..sila KLIK.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...