Sunday, October 31, 2010

Ron95 vs Ron97


Ini cerita di bulan Ramadhan Al-Mubarak. Sa-buah cerita yang pernah buat gua terberak. Membuang segala macam bentuk hadaman yang berkerak. Mengambil 20 minit masa di jamban tanpa bergerak. Sakitnya perut rasa macam nak teriak. Gua akhirnya insaf..takmo riak-riak.

(kalau korang terer, boleh baca perenggan di atas dengan gaya RAP)

5 minit sebelum berbuka di R&R Semanggol.

Gua kalau buka puasa selalunya carik makanan yang berkuah. Almaklumla tekak kering... so mata gua liar mencari kelibat bihun sup / mee kari / mee soto ... dan lain2 menu yang berkuah... tapi di bulan posa nih nasik putih kacau ngan air meneral pun dah dikira lazat.

Gua dah dapat mee kari.... yey... perghh.. bau tak tahan... mee skit, kuah banyak. Kari skit, minyak tebal !!! kalau gua cedok minyak dari atas kuah nih leh buat goreng naget ayam A1. Spoil betul minyak nih !!!

Karim (bukan nama sebenar) sound gua..

Karim : "banyaknya minyak dalam mee lu !!"

Gua : "memang gua soh macik tu boh minyak lebih skit, minyak banyak baru sedap!!!..." (ayat utk menyedapkan hati)

Karim : "uihh.. sakit perut ko nanti !!!"

Gua : "ala.. Ron95 takpe, gua dah biasa"

Setengah jam lepas makan:

Gua : "erkkk... pedihnya perut !!!"

Karim : "gua cakap tadi lu takmo dengar..."

Gua : "gua rasa macik tu tipu gua... nih bukan RON95... gua rasa nih RON97...."

Karim : "owhhh... patut arr"

Thursday, October 14, 2010

Projek BaeK


Balik dari Tesco semalam, membuatkan gua tak sabar-sabar nak gi opis. Kat opis banyak tools. Bukannya apa, gua sekadar nak merealisasikan inovasi terbaru dalam dunia teknologi maklumat. Dengan teknologi penjimatan yang optimum ianya mampu dimiliki oleh setiap orang.

8.00 pagi di opis:

gua: wei jeff, lu ada double sided tape tak?? (gua bertanya sambil berlari !!)

jeff : (senyap tanpa jawapan)

(gua anggap jeff takde barang yang gua mintak tadi.. terus je gua berlari-lari ke admin)

semasa dalam pelarian.... gua terdengar jeff memanggil gua dan gua terus membuat pusingan-U.

Jeff: "wei.. zarie"

Gua: "yo..wasap..wasap ."

Jeff: "Double sided tape ada dua jenis...ko nak yang mana?? yang itam ke yang putih??"

Gua: "yang putih.."

Jeff: "erm.... dua dua aku takde !!"

Gua: "cilaka... penat gua berlari", bisik hati kecil gua

gua terpaksa berlari-lari ke admin semula untuk mendapatkan barang yang gua nak... saje je gua berlari, padahal opis gua kecik je... berjalan pun
boleh sampai. Sebenarnya memang gua berjalan... saje cerita kat korang yang gua berlari..haha.

Barang yang gua nak diberitahu oleh admin telah kehabisan stok !!! Sebenarnya gua tak pergi kat admin pun.... saje gua cerita gua pegi kat admin... supaya korang saspens skit..dan gua percaya se-das kentut pun korang tak saspens. Sebenarnya tadi, setelah gagal mendapatkan barang yang gua nak dari jeff, gua terus je pinjam double sided tape dengan Mahani. Nampaknya projek gua bermula. Korang paham tak cerita nih?? wakakaka

Inilah projek yang gua rahsiakan dari tadi :

Projek rahsia gua nih menelan kos sebanyak RM1.50... dengan menggunakan pengalas pinggan (Coasters) di meja makan yang mama beli smalam, gua berjaya mengonvertkannya menjadi skin laptop. Kini alas pinggan mama sudah kekurangan satu... haha gua sangat-sangat berharap mama tidak menggunakan laptop gua sebagai ganti pengalas apa-apa juga juadah di meja makan.


Idea ini amat berbaloi dan praktikal untuk korang mencubanya. haha.. Gua harap dengan sumbangan idea ini dapat memajukan lagi industri teknologi maklumat di negara ini walaupun gua rasa ianya takde kena mengena. Selamat mencuba.



Saturday, September 25, 2010

Moto HilanG

Teknologi ICT telah merubah idup kita. Ramai di kalangan kita yang sedar dan tak kurang hebat pula segelintir yang masih buat2 bodo...

Satu contoh sikap member gua yang harus dipuji, menggunakan fesbuk mencari motosikalnya yang hilang. Sepanjang hayat gua berfesbuk... ini kali pertama kejadian seumpama ini berlaku. Yey !!




Sebagai kawan... gua juga tak ketinggalan cuba utk membantu.. menggunakan teknologi yang sama...



Sori la...gua dah cuba yang termampu... tapi tak jumpa jugak... gua rasa moto lu dah dibaraikan.



p/s: kepada pencuri yang berkenaan... sila pasang balik enjin dan pulangkan ... TQ

Friday, August 27, 2010

Pesalah Laku Signal



Salam HorMat.. gua saje Nak bagitaHu dah 10 tahun gua renew lesen memandu. Nak lebih faham lagi.. kiranya dah 10 tahun pengalaman gua memandu.. termasuklah menunggang moto. Kira-kira rm800 duit gua dah laburkan ke PDRM dan JPJ buat bayar saman... dan ntah berapa kos gua tanggung untuk repair kenderaan bagi 3 kali xsiden.. gua tak ingat!!..
Dalam pengalaman gua sepanjang berada atas jalan raya, sukacita gua nak highlight skit pasal signal.. esspesyelly bagi pemandu2 lesen kelas b2,d. Dalam erti kata lain gua nak touch skit pasal pesalah laku signal di jalan raya.
Setelah selesai kaji selidik, kaji cuaca, kaji hayat, kaji purba serta penelitian mendalam yang tak sampai pun 5 minit.. dengan mengambil kira pandangan jiran-jiran...tercetusla beberapa huraian bagi merungkai kategori-kategori pesalah laku signal ini.
Kategori 1
Belok dulu signal kemudian : ahh ini budaya biasa pemandu2 di Malaysia. Tak bagi signal.. pastu main belok.. bila kene hon baru nak main signal. Gua biasa kena....dan gua biasa buat!! wakakaka
Kategori 2
Signal dulu kemudian belok: hah ini pemandu berhemah... banyak gak pemandu2 kat Malaysia macam nih. Bagus !! Takyah tengok jauh2.... amik contoh diri gua je... gua merupakan pemandu berhemah. ok.
Kategori 3
Signal semasa belok (serentak) : asal bagi signal je dia rasa dah selamat utk membelok. Tak peduli keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Pemanduan agresif macam nih menggampangkan suasana serta boleh menimbulkan rasa marah yang dahsyat kepada pengguna jalan raya yang lain.
Kategori 4
Signal takde makna : khas ditujukan buat kenderaan roda dua. Bagi signal tapi tak belok-belok... signal berkelip terus menerus dan menkonpiuskan kenderaan lain. Gua faham kekadang mmg tak perasan signal lupa off.
Kategori 5
Menyalahgunakan fungsi signal: Bahaya!!! budaya seperti ni mudah dilihat di kampung gua. Bagi mereka yang menunggang motosikal tanpa head lamp, mereka sering menggunakan signal sebagai ganti di waktu malam. AWAS!!!! jangan fikir orang akan nampak anda!!!
Kategori 6
Signal palsu: Bagi signal kanan - tapi belok kiri, bagi signal kiri tapi belok kanan. Jenis orang yang begini harus diberi pelempang sebanyak 3 kali. Dek kerana kes nih... gua hampir2 mengutip komponen laptop gua tengah jalan raya. Ciss.. ... Alhamdulillah gua selamat.
Kategori 7
Signal kiri-kanan : Fenomena nih biasa jadi di tepi2 jalan raya. Dua-dua signal menyala, tapi kereta tak bergerak. Kekadang kereta kene tunda. Kes ni takpe ..boleh dimaafkan.haha
Kategori 8
Tiada Signal : Basikal... mmm.. gua malas nak komen.
Kategori 9
tak bagi signal : ini paling bahaya... membelok sesuka hati .. at least bagi la isyarat tangan !!! yang selalu buat perangai macam nih budak sekolah ngan pakcik2 kategori warga emas...

Wednesday, August 18, 2010

PasTi Ada HikMahNya

Tok Penghulu dengan anaknya membela seekor kuda. Mereka amat menyayangi kuda itu. Satu hari, kuda itu terlepas dan terus lari ke dalam hutan berhampiran. Orang kampung yang tahu akan hal tersebut berkata kepada Tok Penghulu, "Kami simpati atas kehilangan kuda kesayangan Tok. Tentu Tok sedih.." Sebaliknya,Tok Penghulu tersenyum lalu berkata, "Tak apalah. Mesti ada hikmahnya." "Apa hikmahnya Tok?" "Tok pun tak tahu. Tapi pasti ada hikmahnya."

Beberapa minggu kemudian, kuda kesayangan Tok Penghulu pulang semula dengan membawa beberapa ekor kuda liar. Orang kampung sangat kagum kerana sekarang bilangan kuda kepunyaan Tok Penghulu bertambah secara tiba-tiba. Sudah rezekinya. "Tok bertuahlah. Untung." Begitulah kata mereka. Tok Penghulu sebaliknya berkata, "Belum tentu lagi. Tapi Tok yakin tentu ada hikmahnya."

Anak lelaki Tok penghulu begitu gembira dengan kuda-kudanya. Setiap hari dia menunggang kuda kesayangannya sambil mengembala kuda-kuda liar yang lain.Entah bagaimana pada satu hari, anak Tok Penghulu itu jatuh daripada kudanya lalu tangan kanannya patah. Orang kampung tahu dia adalah anak kesayangan Tok Penghulu. Mereka datang menziarahi anak Tok Penghulu yang terlantar. "Malang benar nasib tok. Baru dapat nikmat sekarang ditimpa bala pula," kata mereka. Tok Penghulu tersenyum dan berkata, "Ini ujian Allah. Tentu ada hikmahnya."

Tidak lama kemudian, kampung mereka didatangi oleh pegawai-pegawai atasan tentera negara itu. Orang kampung semuanya bimbang kerana raja mereka memang terkenal zalim dan tidak berperikemanusiaan. "Raja memerintahkan semua anak muda lelaki dikumpulkan! Negara memerlukan tentera tambahan untuk dihantar ke medan perang!" Arah ketua tentera. Semua ibubapa kampung itu risau dan sedih terpaksa berpisah dengan anak-anak lelaki mereka. Para remaja lelaki dibariskan dihadapan ketua tentera, termasuk anak lelaki Tok Penghulu yang patah tangan itu. "Kamu dikecualikan! Tidak ada gunanya membawa orang yang patah tangan!" Kata ketua tentera sambil menunding jarinya kepada anak lelaki Tok Penghulu. Pada ketika itu, terngiang-ngiang kata-kata dari mulut penghulu mereka, "Mesti ada hikmahnya."

Pengajaran: Setiap apa yang berlaku ada buruk dan ada baiknya. Orang yang beriman sentiasa melihat daripada sudut yang baik daripadanya. Mereka menerima yang buruk dengan sabar, namun didalam hati sentiasa mengharap kebaikan disebaliknya daripada Allah SWT.

Tuesday, August 17, 2010

Save KoS

Sekarang semua harga barang sudah naik... minyak petrol naik.... gula naik... beras naik... harga telur naik bila musim kenduri kawen... minyak masak naik.. pendek kata macam-macam jenis barang sudah naik harga.

Minyak petrol naik, takpe... gua leh pegi keje naik bas.. takde hal punya.

Gula naik, takpe gua sanggup minum teh 'o' kelat.. takde hal..small matter.

Beras naik, maggi ada.. apa susah!!! gua sanggup makan maggi sebulan... errr... bila congak2 dalam kepala hotak gua yang berjambul nih... kos maggi sebulan lebih mahal dari beras... gua kansel tak jadi makan maggi !!! gua tanam padi depan umah.

Telur naik, uihh... tak pernah seumur idup gua dengar telur naik.. setahu gua batang je yang leh naik..... takpe gua goreng sebiji telur.. belah lima.

Minyak masak naik, ahhh makan benda2 berminyak nih tak berapa bagus untuk kesihatan... gua leh masak stim demi kesihatan gua dan keluarga gua. No problem!!!

Pampers baby naik....... gua tengah pikir solusi untuk masalah nih.. ishhh.. tak sanggup gua buat camnih kat anak gua...



baby ini kelihatan selesa dan tenang dengan inovasi terbaru oleh bapanya

p/s : gua takut anak gua balas balik bila gua dah tua nanti...

Monday, August 16, 2010

Kes Barli Suam


Pagi bekfes di kedai Ali.. tengahari takkan kedai Ali jugak. Sekali sekala nak jugak citarasa buffet hotel 5 bintang. Asyik-asyik masakan mamak... asyik-asyik masakan mamak.. ketiak gua pun hampir2 mengeluarkan aroma kacang dal. Sekali-sekala nak jugak gua menghindarkan diri dari terpandang bulu dada Ali. Mual gua !!!


Destinasi gua ialah Restoran Sha Vistana... sebuah restoran tumpuan aweks2 dari merata ceruk tempat. Gua terpandang sepasang kapel... (kapel nombor 1) yang perempuan beruniform macam Jabatan Imigresen ermm.. memang Imigresen..yang laki-lakinya pulak macam joki rempit, mat despatch kot.. saje je gua cerita skit pasal kapel nih. Takde apa yang menarik pun.. biasa je. Sebenarnya niat gua nak bagi entri nih panjang skit. hahaha...


Ahh.. lupa gua nak bagitahu.. gua gi lunch ngan nazib. Bukan sorang2 ehh!!! haha. Masa gua makan gua perasan ada satu lagi kapel (kapel nombor 2) masuk dalam kedai. Owh.. rupa-rupanya kawan si pompuan tadi.. patutla uniform sama. Gua terdengar :


Kapel nombor 2 : Eh, Ina... jauhnya ko becinta sampai makan kat sini, dahsyat la ko.. bla..bla.........


Agak lama jugak si kapel nombor 2 nih membebel, bunyi macam ngutuk pun ada..haha pastu kapel nombor 1 nih menjawab simple..


Kapel nombor 1 : Yang ko pun makan kat sini tak jauh ke? hehe


wakaka... jawapan kapel nombor 1 tu membuatkan sedikit nasik yang ada dalam mulut gua berada di dalam gelas air suam depan gua. Dah macam air barli....... tapi ada kuning2 gulai pajeri nanas.



p/s : jangan syak yang bukan2 ehh....!!!! ini kes sebelum bulan puasa ehh !!!!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...