Saturday, May 15, 2010

Gaban pergi mana??? Gaban ada kat Malaysia??


Bertukar dalam masa kosong perpuluhan kosong kosong kosong satu saat. Hebat tak??

Seorang hero berjawatan polis yang menjadi kegilaan zaman kanak-kanak riang satu ketika dahulu. Bersiaran tiap2 khamis jam 4.30 petang di TV3. Pengaruhnya membawa hingga ke cara gua berjalan, melompat serta berbasikal. Lebih mengujakan lagi, gua boleh menyanyikan lagu tema hero nih dalam bahasa melayu…. jika gua boleh!!! anda juga boleh!!! simple je.. terimalah :



Tergamak gua ponteng sekolah agama… semata-mata nak tengok cite gaban nih. Dalam geng gua, sesape yang lancar bercerita tentang Gaban nih boleh share air botol cap Mountain Dew dan segigit tempey goreng di kantin kerana di anggap pendita tahap gaban. Gua masih ingat lagi taktik berkesan bagi mendapat peluang menonton siri hero kegemaran. Mudah je.. masa gua form 5 sesi pagi… gua buat2 balik lewat…. Dengan alasan ada kelas tambahan SPM.. hehe sekolah agama pukul 2.30 ptg sampai 5.30 ptg. Jadi gua buat2 sampai umah pukul 3.30 petang. Pastu gua leh lepak dengan aman sambil menonton Space Cop Gaban di rumah. Menakjubkan tak? Gua memontengkan diri dengan cara yang profesional skali.

Tapi tu zaman dulu2…pelakon gaban pun gua rasa dah lama mati!!! So jawatan Polis Angkasa Gaban pun dah dijumutkan dan sekarang ianya hanya lagenda sekaligus menjadi kayu pengukur bagi sesuatu aktiviti. Contohnya:

“wei…. gua lapar gila tahap gaban nih!!!”

Biasa dengar tak ayat tu??? Haha. Hanya orang2 yang berada pada zaman kemahsyurannya saje yang menggunakan stail ayat cam tu!!!. Haha.. gua bagi satu contoh cukupla….korang tambah2 la sendiri k..hehe. Sekarang cite gaban dah lenyap!!! Pukul 4.30 ptg isnin-khamis diisi ngan slot cite2 indon…. Haha. Bak pepatah Melayu mengatakan ….. harimau mati meninggalkan belang, manusia mati ???.. of kos la manusia mati meninggalkan dunia!!!! Sampai sekarang namanya sering menjadi sebutan.. tapi betul ke gaban dah mati??? Kalau idup mana pegi heronya??? Pasal apa takmo belakon??? Dah lama gua cari jawapan ni.

Semuanya terjawab pabila satu petang gua ternampak….

Jalan Perindustrian Bukit Minyak 7, Pulau Pinang

Patutla tak berlakon da… rupa2 nya dah jadi tokeh!!! haha lepas nih spare part polis angkasa gaban akan mudah didapati...

Bagi mengenang zaman kanak2... gua sajikan spesyel clip karaoke Uchuu Keiji Gaban... haha. Lagu nih biasanya dimainkan masa intro dan ketika menentang musuh.
Tajuk Lagu: Uchuu Keiji Gaban (maksudnya - Gaban menentang musuh keji dan busuk)




Lagu kedua... dimainkan pabila gaban menang lawan raksasa dan bila cerita abis.
Tajuk lagu : Hoshizora no Messeji (maksudnya - Mati tanpa pesanan)



Moga terhibur!! yey..

Wednesday, May 12, 2010

Soal Jawab Bayi Bersama Dr. Zarie

Seronok nampak!!!

Masa yang gua nantikan dah pun lepas.. Alhamdulillah semuanya selamat. Satu kelegaan buat wife gua. Syukur baby boy yang dikurniakan ensem seperti abah dia. Kini servis bertukar tangan kepada adik gua yang sekarang membawa kandungan 7 bulan (anak sulung).

Dek kerana anak sulong itulah timbul berbagai persoalan antaranya:


1) Camana rasanya nak bersalin ehh??

- Mana gua tahu. Tanyalah Mama !!!


2) Pampers apa yang bagus??

- Mami Poko… ko test dulu la..


3) Barang apa yang patut dibeli ekk??

- tentu la barang baby


Banyak lagi soklan2 best yang gua dah lupa… banyak sangat !!! Penat betul gua menjawab soklan-soklan bakal ibu nih… tapi mengenangkan dia adik gua..gua layan je… huh… Dua soklan terakhir yang dia tanya berbunyi:


4) Skang nih banyak susu yang bagus-bagus….. susu apa yang paling bagus utk baby ekk??

Gua jawab: “Susu badan ko lah”


5) Aku ada dengar… ada sesetengah brand susu tak bagus utk baby….susu apa tu ekk?

Gua jawab, “Susu Getah”.


bermula saat itu... haram dia stop tanya gua... heehe


p/s mmg tabiat gua… kalau tanya banyak2 …gua akan merapu.. itu pasal gua takmo letak formspring kat blog nih!!!

Monday, May 10, 2010

(TV) Teknologi Mengubah Hidup Kita

Hari ni gua banyak abiskan masa di depan TV. Macam2 program gua layan. Mula dari spongbob.. badminton… pastu on DVD IRONMAN 2, Buletin Utama, Mentor 4 dan skarang cite ntah apa tajuk gua tak tau tapi gua layan gak. Haha pasal apa gua jadik cam ni??? Gua pun tak tahu…

Gua bab2 nonton TV nih sebenarnya mmg malas skit. Gua nonton cite yang gua suka je… yang lain2 sori gua tak layan. Skang gua layan Adamaya, Ninja Warrior, Buletin Utama dan Mentor 4. Promoter2 Astro yang nak umpan pasang percuma tolong la jangan!!! korang mmg salah orang!!! Lagipun gua layan Astro umah jiran.

Huh… berbalik pada sindrom aneh gua ngadap TV. (gua bukan jenis ngadap TV..pecayelah). Gua nak cite skit pasal era teknologi TV yang smakin canggih. Bermula dengan teknologi CRT (tiub), kemudian zaman projektor menggegar rumah ibarat panggung wayang…. Diikuti dengan Plasma rentetan dari TV projektor yang bersaiz gajah serta burok. Perghh masa zaman nih… harga plasma sama ngan keta Kancil 2nd. Melihat pada skrin notebook yang slim dan jimat tenaga, pengeluar mula terfikir untuk convert teknologi itu kepada TV. Maka terhasil lah TV LCD plus teknologi Hi-definition yang memukau. Orang kata kalau rakam video boleh nampak bulu idung terkeluar dari jauh!!! Begitulah gambaran kualiti paparan jenis LCD.

Pasaran kini menyaksikan lambakan TV jenis LCD pelbagai jenama termasuk cap ayam… harga dulu 4k.. sekarang 2k boleh dapat 2 unit. Haha.. Belum sempat basi lagi jenis LCD nih.. muncul pulak jenis LED dengan paduan warna dan imej yang dinamik. Ciri-cirinya yang lebih pipih dari LCD menyebabkan ianya dianggap satu keajaiban seni paparan. Cerita pasal harga… gila mahal !!! Untuk pengetahuan korang teknologi LED juga telah digunakan oleh Notebook.. tak caye??? Cuba cek notebook korang!!! haha

Tanpa korang sedar… kelalaian menikmati teknologi ini boleh mengundang berbagai risiko termasukla :

makin canggih makin mudarat

bawak2 la xcercise... pegang cangkul ke apa ke... janji kuar peluh.

p/s: Tapi ianya tidak pernah terjadi pada gua…. Kenapa ekk??? hahaha

Saturday, May 8, 2010

Ada potensi Blogger TerNama !!!

Gua sedang mengeTest Speed Berukben gua… adess satu tugas yang cukup membuatkan gua longlai… asyik diskonek sejak pukul 10 pagi tadi. Keadaan nampak macam semakin OK… jadi, bagi memastikan tahap Sure OK itu..gua surf suka-suka tanpa faedah dengan menaip ntah apa2 ntah kat Search Enjin. Hasilnya gua jumpa benda nih!!!



hebat !!! kecik2 dah pandai draft entri blog ...

p/s: satu permulaan yang bagus... berpotensi sebagai seorang blogger kental!!! haha


Friday, May 7, 2010

Erkkkk...cite LUCAH pun ada tayang ke??


IPMAN 2… IRONMAN 2…. IPMAN 2 atau IRONMAN 2…. Adesss dua-dua cite best!!! Tapi gua tengok paper The STAR review IPMAN 2 dapat 4 bintang. IRONMAN 2 dapat 3 bintang je..haha.. terus je gua ajak Pezal, Misya n Nazib gi tengok IPMAN 2 kat GSC Sunway Carnival Mall.

Masa beratur beli tiket, gua tengok atas kaunter kat skrin filem2 now showing antaranya IPMAN 2, IRONMAN 2, THE LOSERS, THE CRAZIES dan macam2 lagi… gua tak hapal pun… sebab niat gua mmg betul2 nak tengok IPMAN 2. Gua peratikan tajuk cite yang panjang2 biasanya akan disingkatkan atau dipotong supaya muat dalam skrin. Tetiba satu saat mata gua tertumpu pada skrin yang mempamerkan tajuk cite “CLASH OF THE TIT”… erkk.. gua terperanjat…gila apa cite lucah ada tayang kat sini??? Wakakaka.. owh rupa2nya tajuk betulnya ialah “CLASH OF THE TITANS” .... wakakaka gua gelak dalam ati.

Korang dah tengok lom IPMAN 2 ?? kalau lom tengok… pegi la tengok..gerenti best !!. bagi yang belum mengikuti IPMAN part 1… tengok dulu… pastu baru leh tengok IPMAN 2.. filem ringan, mudah paham dan penuh aksi dari mula tayangan hingga abis. Diselitkan juga lawak-lawak kungfu yang tak perlu baca subtitle tapi korang tengok muka pun dah boleh gelak besar…wakakak memang cilaka. Tepat sungguh pelakon2 yang dipilih. Kena gaya. Memang berbaloi walaupun harga tiket RM10. Gerakan Kungfu Doni Yen sedikit sebanyak mempengaruhi gaya gua sewaktu menyidai baju anak2 di ampaian.


P/s: pegi la tengok... nescaya korang akan berpuas hati... kalau nak save bajet.. tunggu DVD pirate je... haha

Thursday, May 6, 2010

Syabas Kakitangan Hospital Kerajaan (bhg 1)

gambar hiasan


Malam Sabtu, 1 Mei 2010, Lepas shoot photo wedding kat Bakau Tua, Kuala Muda. Gua letih. Kebetulan Madi datang rumah gua tengok gamba event tadi. Gua pelawa Madi dinner skali satu famili. Masa makan dalam 2,3 kali suap.. tetiba wife gua ngadu sakit pinggang.. gua ingat sakit biasa je.. so gua buat2 biasa jugak, sebab selalu gak dia buat trick cemas cam nih..haha..


“Bulan2 terakhir cam nih jgn makan banyak2 sangat… nanti sakit pinggang leh terberanak terus!!”, Madi berseloroh.


Gua mengiyakan je..


Mama tak cakap banyak. Basuh tangan kemudian jalan perlahan-lahan ke ruang tamu.


“Abg !!! erkkk.. Mama rasa macam nak beranak dah skang nih!!!”, jerit wife gua.


Uikkk…. Gua, Madi dan Jaz berlari ke dapur dan beratur menunggu giliran semata-mata utk basuh tangan padahal umah gua ada 3 sinki… berdisiplin betolla saat2 begini…hehe


Persiapan lancar dengan gerak2 pantas gua, Madi dan Jaz. Seolah-olah masing-masing telah diberi tugas:

Gua: Capai beg2 asas baby dan mama utk keperluan semasa di wad nanti.


Madi: bukak pintu gril, gate plus idupkan enjin keta gua dan loading muatan.


Jaz: Tutup suis2 karen yang mana perlu dan mengaturkan anak sulung gua.


Mama: tak buat apa2 Cuma bawak baby dalam perut je…


Bagaikan dirancang rapi… segalanya tip top… hebat bukan?? Tapi yang nampak macam hero malam tu mestila gua… sebab gua yang anta mama gi hospital….Haha

Gua pecut gaya cekap dan selamat. Mujur trafik deras malam tu. Alhamdulillah…


Tiba di Hospital.

Gua papah Mama dan pimpin Chicha perlahan2 ke Kaunter Kecemasan.


“Encik… wife saya nak besalin ni”, gua bersuara.


“Masuk terus gi ke dewan bersalin”, jawab mamat (petugas) yang sedang bizi menulis tanpa memandang gua

.

“Ada wheel chair tak? Wife saya tak larat nak bejalan.”


“Masuk dalam carik sendiri …kat sini takde.” Sambung petugas tu lagi.


Gua dudukkan Mama kat kerusi dan terus carik Wheel chair di dalam (ruang menunggu giliran).. Gua hampa… wheel chair takde.. gua terus ke kaunter utk bagitahu mamat tadi.. aduss mamat tadi dah ilang!!! Kaunter kosong!!! Apa punya babi servis kat sini???


Mama kata dia masih kuat jalan kaki ke dewan bersalin…gua pimpin perlahan2…cian Mama…




p/s: Syabas buat kakitangan Hospital (kerajaan) kerana servis cemerlang yang ditunjukkan.

Tuesday, May 4, 2010

Pengunjung Tercinta...

Kepada folower2 setia gua… first gua nak ucapkan terima kasih banyak2 coz sudi lepak kat blog cap ayam gua nih. Second, gua nak mintak maaf sebab lewat/ jarang2 da update blog semenjak dua menjak nih. Bizi betol....Gua sebenarnya menyambut kelahiran ahli baru dalam keluarga gua. Syukur Alhamdulillah semuanya selamat. Gua gumbira n letih. Moga korang jugak bergumbira disamping kuarga terchinta.. Ok babai… hahah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...