Thursday, May 6, 2010

Syabas Kakitangan Hospital Kerajaan (bhg 1)

gambar hiasan


Malam Sabtu, 1 Mei 2010, Lepas shoot photo wedding kat Bakau Tua, Kuala Muda. Gua letih. Kebetulan Madi datang rumah gua tengok gamba event tadi. Gua pelawa Madi dinner skali satu famili. Masa makan dalam 2,3 kali suap.. tetiba wife gua ngadu sakit pinggang.. gua ingat sakit biasa je.. so gua buat2 biasa jugak, sebab selalu gak dia buat trick cemas cam nih..haha..


“Bulan2 terakhir cam nih jgn makan banyak2 sangat… nanti sakit pinggang leh terberanak terus!!”, Madi berseloroh.


Gua mengiyakan je..


Mama tak cakap banyak. Basuh tangan kemudian jalan perlahan-lahan ke ruang tamu.


“Abg !!! erkkk.. Mama rasa macam nak beranak dah skang nih!!!”, jerit wife gua.


Uikkk…. Gua, Madi dan Jaz berlari ke dapur dan beratur menunggu giliran semata-mata utk basuh tangan padahal umah gua ada 3 sinki… berdisiplin betolla saat2 begini…hehe


Persiapan lancar dengan gerak2 pantas gua, Madi dan Jaz. Seolah-olah masing-masing telah diberi tugas:

Gua: Capai beg2 asas baby dan mama utk keperluan semasa di wad nanti.


Madi: bukak pintu gril, gate plus idupkan enjin keta gua dan loading muatan.


Jaz: Tutup suis2 karen yang mana perlu dan mengaturkan anak sulung gua.


Mama: tak buat apa2 Cuma bawak baby dalam perut je…


Bagaikan dirancang rapi… segalanya tip top… hebat bukan?? Tapi yang nampak macam hero malam tu mestila gua… sebab gua yang anta mama gi hospital….Haha

Gua pecut gaya cekap dan selamat. Mujur trafik deras malam tu. Alhamdulillah…


Tiba di Hospital.

Gua papah Mama dan pimpin Chicha perlahan2 ke Kaunter Kecemasan.


“Encik… wife saya nak besalin ni”, gua bersuara.


“Masuk terus gi ke dewan bersalin”, jawab mamat (petugas) yang sedang bizi menulis tanpa memandang gua

.

“Ada wheel chair tak? Wife saya tak larat nak bejalan.”


“Masuk dalam carik sendiri …kat sini takde.” Sambung petugas tu lagi.


Gua dudukkan Mama kat kerusi dan terus carik Wheel chair di dalam (ruang menunggu giliran).. Gua hampa… wheel chair takde.. gua terus ke kaunter utk bagitahu mamat tadi.. aduss mamat tadi dah ilang!!! Kaunter kosong!!! Apa punya babi servis kat sini???


Mama kata dia masih kuat jalan kaki ke dewan bersalin…gua pimpin perlahan2…cian Mama…




p/s: Syabas buat kakitangan Hospital (kerajaan) kerana servis cemerlang yang ditunjukkan.

Tuesday, May 4, 2010

Pengunjung Tercinta...

Kepada folower2 setia gua… first gua nak ucapkan terima kasih banyak2 coz sudi lepak kat blog cap ayam gua nih. Second, gua nak mintak maaf sebab lewat/ jarang2 da update blog semenjak dua menjak nih. Bizi betol....Gua sebenarnya menyambut kelahiran ahli baru dalam keluarga gua. Syukur Alhamdulillah semuanya selamat. Gua gumbira n letih. Moga korang jugak bergumbira disamping kuarga terchinta.. Ok babai… hahah..

Friday, April 30, 2010

Tips mengelak JPJ untuk kenderaan bertinted itam



Tidak perlu gua cerita banyak. Port rasmi bagi acara sarapan pagi semestinya di Kedai Ali. Macam biasa segmen kedai Ali kali nih membahaskan tips2 mengelakkan diri dari menjadi mangsa JPJ (khusus bagi pemilik kenderaan bertinted itam legam)

Pezal mula bicara...

Pezal: Skang nih buleh kata tiap2 hari JPJ wat roadblok kat Juru.. pergh ramai sehh keta kena tahan!!

Gua: Kena tahan pasai pa??

Pezal: Tinted gelap.

Misyar: Kalau tinted tingkap kiri kanan je takpe... tak perasan sangat. Jangan tinted cermin depan belakang!! gila gelap nak mampos!!!

Pezal: Eh.. pasal apa pulak?? aku tinted semua itam rileks je... bila time nampak JPJ.. ko bukak semua tingkap... barulah nampak cerah skit.. aku dah lama wat cam nih... sampai sekarang ok je tak kena saman.. terer tak?? hehe

Misyar: Kalau tetiba je power window rosak!! nak wat camana???

Gua: Lorrr....Ko bukak la empat-empat pintu keta ko.. lagi nampak cerah!!! tu pun nak kena ajar ke?? ishhk..

..............
Lagu tema penutup :
Download MP3 di sini.
Cerita Kedai Kopi
Malique feat Salam

Intro

(Malique)
Terlalu banyak kena kopi, aku menyanyi
Ditemani teko berasap dan bau wangi
Ditemani cahaya malap dan lagu reggae
Hayati, salam

(Salam)
Masing-masing ada masalah sendiri
Masalah dunia, masalah peribadi
Luahkan jangan simpan dalam hati
Boleh cerita di kedai kopi

Chorus

(Salam)
Cerita kedai kopi
Cerita kedai kopi
Tiada hakim tiada saksi
Cerita sensasi di kedai kopi (2x)

Verse 1

(Salam)
Ada satu hero melayu, namanya rahsia
Dulu lepak tepi parit kampung
Sekarang lepak media massa

(Malique)
Asal boleh masuk tv, dia mesti buat
Awek tengok jambu, laki tengok meluat
Citarasa makin besar otak makin ketat
Baru angkat berat sikit baju pun dah sendat
Ay, jalan berkepak dengan awek romantis
Biasalah budak baru nak naik jadi artis
Ay, jalan berkepak dengan awek romantis
Biasalah budak baru nak naik jadi artis
Jakun ke pelakon, jamban ke makan malam
Dinner show menyanyi, sorang pun tak faham
Tapi datin muda tengok, geram dan sangkut
Datuk outstation,apalagi angkut

Chorus

Verse 2

(Salam)
I’m in the mood for love
Simply because you’re near me
Honey but when you’re near me
I’m in the mood yes i’m in the mood for love

(Malique)
Terima kasih rahsia diterima
Kalau sunyi lagi boleh main gila
Datin kena taruk, rahsia kemaruk
Makan boleh tapi jangan sampai kena lauk
Datuk pergi London lama, pucat bila balik
Bini buncit sikit tau dia tak boleh naik
Datuk pergi London, dia pucat bila balik
Bini dan anak percuma dah ada penyakit
Apa kesudahannya, apa yang terjadi
Rahsia tinggal rahsia takkan masuk tv lagi
Cerita sensasi dengar di kedai kopi
Setiap individu punya versi sendiri

Bridge

(Salam)
Masing-masing ada masalah sendiri
Masalah dunia, masalah peribadi
Luahkan jangan simpan dalam hati
Boleh cerita di kedai kopi

Chorus

Verse 3

(Malique)
Terlalu banyak kena kopi aku menyanyi
Ditemani teko berasap dan bau wangi
Ditemani cahaya malap dan lagu reggae
Hayati, rentak keluarga marley
Hamba di belanda di tengah ibu kota
Temanku Salam, dreadlocks bawah mahkota
Anak perantauan yang punya citarasa Jamaica
Rindu nak dengar cerita kedai kopi Malaysia
Aku cerita, dia ketawa
Tak kering gusi, jatuh kerusi
Dia pula bercerita tapi bukan tentang dia atau dia
Di Eropah orang bentang idea
Topik-topik intelektual didiskusi
Anjakan paradigma bila kena kopi
Peace, love and harmony, reggae sampai pagi
Keluar kedai kopi Amsterdam masih steady

Chorus

Outro

(Malique)
Terlalu banyak kena kopi aku menyanyi
Ditemani teko berasap dan bau wangi
Ditemani cahaya malap dan lagu reggae
Hayati, yeah…

Wednesday, April 28, 2010

Review MEMOIR GONDOL


Sejak transaksi bayaran dilakukan, kesemua posmen2 yang lalu depan umah gua...gua suspek ada bawak Memoir Gondol. Kesemua envelop2 dalam petisurat, gua suspek mengandungi Memoir Gondol. Pendek kata, sehari 10 kali gua cek petisurat umah gua.. itu belum kira petisurat umah jiran.. takot2 posmen salah anta.
Sedikit Countdown

TIGA

DUA

SATU

Envelop misteri yang gua langsung tak suspek nih mengandungi Memoir Gondol !!! .wakakaka gua hampir2 pitam bila mengetahui kandungannya adalah MG. Suspen betolla...Kepada korang yang menunggu kehadiran MG... pastikan envelop yang berformat seperti di bawah :

...Hip..hip Hooray!!!... saat yang korang nanti-nantikan kini kunjung tiba.. (mesej utk bebudak opis gua yang nak baca free) haha.. Setelah menanti dengan penuh kesabaran.. akhirnya Memoir Gondol milik gua. hoyeh..hoyehh!!!

Gua pernah guna envelop saiz begini utk hanta borang UPU nak masuk U.

Dulu gua ingat, Memoir Gondol nih buku karya si Gondol... rupa-rupanya silap. Memoir Gondol merupakan catatan tulus Luca De Ketiak untuk member tercinta bernama Gondol. Satu persoalan terjawab sudah. Hasil adaptasi dunia realiti... watak Gondol dan rakan-rakan berjaya diolah dengan baik sekali oleh penulis. Syabas!!! Penerbitan berunsur romantik seram ini amat sesuai untuk bacaan umum dengan mengutarakan elemen2 santai serta ringan-ringan... haha. Tiada teka-teki dan tak perlu berserabut-serabai palahotak seperti novel-novel kotemporari zaman sekarang. Bersaiz poket... kecil dan padat menjadikan ianya amat praktikal untuk dibawa kemana-mana sama ada majlis rasmi atau santai, wahima ke jamban sebagai modal pelaburan.

Tidak begitu lama masa yang diambil utk habiskan satu buku. Dah 10 kali gua khatam. Gilerr... lawak giler... memang best, gua tertarik dengan penulisan gaya koya yang digunakan. Bermula dari kulit depan, diikuti dengan muka surat 1 hingga ke kulit belakang menjanjikan tawa riang sepanjang bacaan. Antara tajuk menarik yang dimuatkan ialah "ENCIK ZAWAVI YANG LEGEND", manakala peristiwa menyayat hati boleh dibaca pada mukasurat 30 berjudul "KENYATAAN TIDAK AGAK-AGAK", wakaka gerek betolla.

Detik-detik cemas "AMUKAN SEORANG REBEL"

Tidak abis di situ...bagi pengikut2 blog Sembang Kencang, 2 kisah ekstra diselitkan sebagai bonus. Yippie yey..yey...Memang berbaloi gua oder... dan berbaloi-baloi buat member2 gua yang pinjam. Kesimpulannya Gondol mmg misteri... sama misteri ngan koala blakang umah beliau. Harapan gua cuma satu, agar dapat dibuat satu discovery bagi mengisahkan Jaws sepertimana digembar-gemburkan. haha... gua sudah mula himpun duit untuk keluaran lu akan datang... mention awal2 k.. haha

fenomena semulajadi lepas membaca, gua berfesbuk


amacam korang?? ada berani?? kalau berani... tunjukkan keberanian,

kalau yakin, tunjukkan keyakinan tanpa segan silu membeli..

kalau malu..., JANGAN tunjukkan kemaluan... woi tunggu apa lagi?? beli la beli... Klik Sini



mendapat publisiti hingga ke peringkat antarabangsa


p/s: Kini semua orang leh meminjam dan membaca wat macam buku sendiri no. 1. (seruan khas untuk bebudak opis gua lagi...wakakaka)


Monday, April 26, 2010

Driver Opis


Abg Lan… siapa abg Lan nih??? Haha.. abg Lan merupakan seorang driver opis gua yang berpengalaman, berdedikasi serta cekap dalam segala hal2 berkaitan pemanduan. Habaq mai nak pegi mana…. destinasi dituju tanpa banyak soal. Seorang yang cool, penyabar serta berhemah dalam tingkah lakunya baik di opis mahupun di jalan raya. Kalau naik keta dengan dia… keje gua tak lain dan tak bukan ialah tido sepanjang perjalanan. Rasa selamat je.. haaha..


Satu sifat2 beliau yang gua amik teladan iaitu… beliau amat sayangkan profesyen sbg seorang driver merujuk pada kata-kata hikmat beliau, “Kerja didahulukan, Keluarga dibiarkan dulu utk sementara, Pencapaian diutamakan”. Abg Lan nih kalau dah keje… mmg tak ingat nak rehat/cuti. Kagum betul gua ….


Suatu hari…. Gua tak nampak kelibat Abg Lan yang selalu merayau-rayau dalam opis mencari penumpang…. Ishhh gua jadik heran dan soklan2 misteri bermain2 dalam pikiran… puas dicari tapi batang idung dia gua tak jumpa. Hendak je gua repot polis, gua risau betul….


Keesokan harinya… gua terserempak ngan Abg Lan di tempat parking. Gua menyatakan perasaan gelisah gua padanya tentang peristiwa semalam… di saat gua betul2 membutuhkan seorang driver bagi kerja2 luar opis.


“Abg Lan pi mana smalam??? Satu hari tak nampak??”, jerit gua..keras!!!


“Ooo smalam dapat cuti…. Adik bradik meninggal !!!”, Abg Lan…sayu.


Gua terkedu sambil “Innalillah……..”


“Nasib baik adik beradik aku meninggal… dapat gak aku merasa cuti dan rileks2”, jelas Abg Lan.


Gampang!!! Selamba kodok betolla orang tua nih!!!! &^$%#$@#* gua mencarut dalam hati.

Saturday, April 24, 2010

Begitu senang nak masuk TV !!!

nah..amik !!! nak masuk TV sangat...


Senang nak masuk TV.

Macam-macam perangai manusia di zaman sekarang. Masing2 boleh dikatakan mengejar glamer biar dengan cara apa sekalipun…janji glamer..haha. Bila sebut perihal glamer nih secara umum berkait rapat dengan media sama ada jenis elektronik mahupun cetak.

Tak kira jenis apa pun yang penting kedua-duanya berfungsi sebagai pencanang kepada maklumat. Tapi bagi gua yang lebih pantas dan mudah ialah menerusi televisyen. Sebabnya dalam setiap rumah ada TV. Korang pegi carik rumah yang takde TV… ada tak.??? Dalam keta pun skang leh letak TV !! Henpon korang pun gua pecaya ada signal TV!!! Korang jangan bagitahu Gua rumah api takde TV!!!! Gua sekeh kang… Kalau korang takde TV..sila lepak kedai mamak… abis cerita!!!

Korang ada menyimpan angan2 nak masuk TV tak???

Berdasarkan tren2 skang…

1) Berdiri pada bangunan tinggi… betul2 di hujung bucu bangunan sambil pandang ke bumi… korang hanya perlukan masa 1 jam untuk menarik perhatian orang ramai sementara menunggu pasukan Bomba dan penyelamat tiba. Kalau bernasib baik… ada la reporter dan peluang utk masuk TV n kuar suatkaba amatlah cerah. Jika tiada sambutan…. Haha.. apa lagi….takyah buang masa lagi terjun je.. kemungkinan besar bila sampai di bawah (mati) korang dapat masuk TV n suatkaba.

*kenapa perlu tunjuk pada orang ramai yang anda nak bunuh diri??? Gua heran betul dengan orang2 begini. Niat diorang lebih kepada ingin tunjuk perasaan / stress!!! Kalau nak bunuh diri sangat senang je… minum racun sebelum tido. Takyah nak heboh2…k…


2) Carik satu isu…kalau boleh isu yang boleh nangis2 tangkap simpati… pastu kontek Karam Singh Walia. 100% konfiden masuk TV.

*K.S.W kalau bertanding kerusi Parlimen Hulu Selangor.. gerenti menang!!! Lu mmg prihatin..haha syabas.

3) Bagi mereka2 yang gemarkan acara olahraga,…...lari-lari dari umah n buat mak bapak risau pastu repot polis juga leh membantu mencapai cita-cita utk kuar TV n Suatkaba muka depan Metro.

*bagi klu sekurang-kurangnya seminggu skali memberitahu lokasi dan keadaan anda. Jangan susahkan PDRM utk carik anda…. Banyak lagi kes2 berat yang perlukan perhatian pihak polis.

4) huhhh yang nih lagi glamer!!!!...tapi korang harus melalui proses maki hamun sebagai langkah pertama. Ikuti huraiannya / kisah di bawah :

Malam tu.. gua tengah rancak dok kira duit... berselerak duit atas lantai. Duit meniaga, biasalah.. berkepok2 ikat ngan getah tempey. Korang ingat kira duit senang ke??? hishhh...memang tak susah pun sebenarnya.. tapi gua asyik tersyasyul gara-gara Mentor musim ke-4. Adalah menjadi sesuatu yang ganjil pabila gua hanya mendengar tanpa melihat sendiri pemilik sora2 sumbang itu. huhh.. Lantas dengan itu, gua segera menghadap TV sambil mengunyah KOKO Krunch yang dirampas dari Chicha..hehe

Gua lihat semua peserta ujibakat memang berbakat besar serta patut dipuji tapi bukan sebagai penyanyi sebaliknya pelawak. Gua rasa macam tengok raja lawak lak...raja lawak pun tak sebegini gampang lawaknya. Hilang nafsu gua sejenak terhadap duit-duit yang bertaburan.

Perghhh enak .. memang enak sora masing-masing... sedap... umphhhhhh...sedap untuk dimaki !!! kalau iyapun nak masuk TV..agak2 la.

Gua heran betulla...gila main redah je.... asal glamer je.... takkan takde member2 komen pasal sora diorang sebelom gi odisyen ??? Nampak sangat member2 tak jujur!!! Hehe…gua nak gelak pun tak sampai ati !!! yang paling buat gua nak nangis, ada pulak yang prasan n konfiden sora dia sedap!! haha gua tak tahu la dalam palahotak diorang dok pikir apa!!!

Gua yang bersora sedap, lunak dan merdu bak buluh perindu pun pikir dua tiga kali nak pi odisyen...hahaa. Gua memang ada hati jugak nak Join Mentor nih... tapi bila mengenangkan nasihat kawan2 yang jujur.. gua akur !!! hahah gonjeng betolla.. hhaahaha Namun begitu semangat nak masuk TV tidak pernah luntur... gua tetap nak join Mentor. Gua berkira-kira utk jadi mentor.. hehe bukan protégé!!! Sesape yang odisyen ngan gua ..gua bagi pinggan xklusif. Korang tunggu je Mentor Musim 5 nanti.(acah je..acah mak enon.. pagi2 makan timon..dah besar jadi penyamon!) haha.. yey.. gua takmo kena gelak siut!!!

Bukan susah nak masuk TV kan??


p/s: gua cuba menyelami perasaan dan palahotak insan2 yang nak masuk TV n glamer nih!!

Friday, April 23, 2010

Satu Petang di Petronas


Hari yang paling bizi selain Isnin ialah hari Rabu. Tapi buat minggu nih kebizian hari rabu telah ditunda ke hari Khamis. So hari nih gua memang bizi gila babi. Terkejar kesana ke mari dalam melangsaikan segala task untuk hari ini. Tapi walau camana bizi pun gua tetap leh login fesbuk n update status. Itu lah definasi bizi bagi gua… haha

Hari ni jugak gua ada tugasan luar pejabat… satu tugasan yang mencabar serta membahayakan nyawa pasukan gua. Adapun team gua ini terdiri daripada:

1) Pn. Zainab, (bukan nama sebenar),Commander.
2) Pn. Siti (Pencukup Korum)
3) Misyar (GPS)
4) Gua (ntah tiba2 gua leh jadi supir.. terpaksalah gua deal ngan misyar. Bakat kesupiran gua kian terserlah pabila berpadu idea dengan si Misyar mengenai selok belok jalan sekitar Penang).

Selesai lunch… gua satu team lepak sat di Petronas bukan untuk isi minyak tapi atas rayuan misyar nak buang air. Cian….dari sebelom lunch dia simpan, baru sekarang nak buang. Katanya tak suka buang masa gi jamban dua tiga kali. Sebelom gi jamban sempat gak beliau capai botol mineral water n bayar kat kaunter.

Semasa beratur….


Zainab: misyar dah gi toilet lom?? Nak gi toilet tak??

Misyar: blom.. (muka panik !!!)

Gua: kenapa? Ada nak kirim apa2 ke?? (gua nyampok)

Erkkkk..gua tak tahu camana leh terkeluar soklan begitu!! hahaha


p/s : wakaka zainab sebenarnya nak kompom toilet kat situ bersih ke tak,,, hahaha konpius betol gua….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...