“Wei ali... nasik goreng kampung, teluq mata satu bungkus...tolong hantaq opis bawah k”
Pergh wangi je nasik.. sedap betul.. semua rasa cukup.. perfect!! Yang tak boleh tahan tu boleh ada jagung... huyoooo sedap sehingga menjilat jari....leh oder lagi esok.
6 April 2010
Oder pakai Henpon lagi:
“Wei ali... nasik goreng kampung, teluq mata satu bungkus..buat pedas ehh.. cam biasa hantaq opis bawah k”
Uihh.. sedapnya tak terperi... fuhhh pedas menyengat ke telinga... teluq kuning separa cair..diperkaya dengan ikan bilis...pemurah betul...huhhhberpeluh dalam kenikmatan... kalau macam nih leh oder lagi esok.
7 April 2010
Oder pakaiHenpon jugak.. tapi henpon Shila.. henpon gua kredit abis:
“Wei ali.. nasik goreng kampung, teluq mata satu bungkus tau... bagi super power gila punya..n hantaq opis bawah k”
Belum makan dah bersin. Fuhhhh... pedasnyaaa... sos cili dah macam kuah!!! Jagung suda tak nampak...ikan bilis gampang banyak!!... gua makan nasik macam kunyah paku payung... ikan bilis lemau...
Pasaipa gua rasa macam nak oder lagi untuk esok???
Asyik ngan cite2 ngarut je.. sesekali kene tuka selera pulak... betul kan? Amboi dek non... sebut pasal selera je tingat benda makan....ini bukan pasal makan-makan dek noo oiii.... Di sini boleh la gua katakan sebagai petua walaupun idea originalnya datang dari pemuda iaitu gua sendiri. Petua yang amat mudah dan bergeliga iaitu :
APA YANG KORANG LEH BUAT NGAN SEBOTOL GLO ???(CECAIR PENCUCI PINGGAN MANGKUK)...
Glo atau nama lainnya glo atau dalam bahasa omputihnya pun glo jugak merupakan satu cecair yang boleh dikategorikan sebagai pencuci serbaguna. Bagi penunggang-penunggang motosikal, masalah tumpuk-tumpuk kecil di belakang baju atau jaket sudah menjadi perkara biasa. Ini semua berpunca daripada lebihan minyak/air bercampur minyak pada rantai motosikal korang menempias ke udara ketika korang memecut sakan pada kelajuan lebuhraya atau jalan2 kampung. Statistik kuat mengatakan bahawa senario ini berlaku sewaktu hujan. Tidak dapat dinafikan juga percikan air (tar jalan raya) dari kenderaan-kenderaan lain juga penyumbang kepada masalah ini. Namun ini bukan alasan untuk korang membeli baju baru.
Kes Kedua :
Khas bagi korang yang menjadikan cat mengecat nih sebagai hobi atau tabiat semulajadi. Pengkhususan diberi kepada jenis cat minyak atau akrilik. Tak sah kalau cat tak terpercik di dahi atau di tangan atau mana-mana anggota badan sebabnya korang bukannya propesyenel sangat. Haha. Dalam kepala hotak korang gerenti sudah terfikir untuk menggunakan minyah tanah / tinner kan? Hahaha... dengan keadaan ekonomi skang ni mmg susah nak carik minyak tanah, kedai hardware pun takde stok!! Kalau korang korek tanah dalam tujuh lapan kaki pun tak leh dapat punya... ....tinner?? Mahal nak mampos!!
Penyelesaiannya :
Bahan-bahan yang korang perlu sediakan ialah :
1) Sebotol Glo perisa asli ( Lime/Limau )
*Jangan gunakan perisa lemon atau apple.
2) span basuh pinggan yang kaler ijau keras dan kasar2 skit yang org buat sental kuali .Disyorkan dari jenama Scott Brite. Haha takde jenama pun boleh. . * Awas!! Jangan pakai hok dawai punya....
3) Air Secukup rasa untuk kerja-kerja mencuci. (berpadanan dengan kuantiti pakaian)
4) Beberapa kilo pakaian yang disyaki bermasalah seperti yang dinyatakan di atas.
5) Air suam secukup pakai bukan utk diminum.
Cara-caranya :
Bagi kes pertama:
Senang je.. tuang cecair glo skit atas jari.. kemudian tenyeh pada kawasan tumpuk-tumpuk.. InsyaAllah berkesan.
Bagi kes kedua:
Rendam tangan yang terkena cat dengan air suam. Seminit dua.. kemudian tuangkan Cecair Glo pada tapak tangan dan gosok dan sental keseluruhan tapak tangandengan menggunakan span ijau. Kalau di dahi ..tak payahlah rendam dahi!!! Sental sekadar tak menyakitkan je... Apahal pulak korang nak rendam2 dahi nih... ??
__________________________
Kalau korang perasan Glo dah keluar dengan perisa apple.. lama dah... hahah woi nih bukan kordial la !!!!.. Glo perisa Apple nih sesuai dijadikan syampoo kereta... kereta korang akan lebih berkilat dan tangan korang menjadi lembut... tak caye try...
Kalau keta korang kotor yang amat dan berminyak.. aku syorkan guna Glo perisa original (Lime) untuk keta yang plain je... bagi keta yang penuh ngan stickers tidak digalakkan.
Aku dah pakai lama dah kat keta aku... sampai sekarangcat berkilat... Ok tu aje...Selamat Mencuba..
Haha.. cite smalam dah abis (ABPBH 2009)... gua nak review balik ramalan2 gua yang gua rasa 60% menyimpang dari keputusan sebenar. Bagi korang yang belum baca edisi ramalan gua sila .
Keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009
Pengacara TV Lelaki Popular Aznil Hj Nawawi
Gua target FBI... terbukti salah... takpe baru satu salah!!
Pengacara TV Wanita Popular Fara Fauzana
Wakakaka... ini betul.. yey..yey... harapan korang nak tengok gua hanya berBoxer pegi opis kecundang!! Hahah gua dah bidik lama da si Fafau ni..
Penyampai Radio Lelaki Popular Faizal Ismail
Betul lagi...yippie... gua dah agak da...kekurangan di kepala adalah kelebihan beliau.. FBI mmg best..
Penyampai Radio Wanita Popular Fara Fauzana
Malas nak cakap banyak.. tekaan gua tepat
Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular Bunkface
Ternyata tak sia-sia gua ikut cakap anak gua. Tak sia-sia anak gua buat shuffle depan TV smalam...
Hahah kategori nih gua salah... takpe...gua dah kata gua main hentam kan?? Hehe rezeki anak kan... syukur. Bukan main girang lagi ehhh...saba..saba..
Artis Baru Lelaki Popular Black Mentor
Salah lagi...ishh...sebenarnya gua mmg nak tulih Black... tapi camana pulak tertulis Gambit lak.. pelik arr....
Artis Baru Wanita Popular Yuna
Malas nak riak-riak.. dan yang pastinya tekaan gua meleset... Jangan takut Tiz.. ada chan lagi..k.. hehe
Pelakon TV Lelaki Popular Remy Ishak
Pelakon yang ada iras2 gua nih... pasti menang...sampai tersasul-sasul gamaknya buat speech. Sib baik abg Rosyam ada..haha
Pelakon TV Wanita Popular Tiz Zaqyah
Mimpi gua berkahwin dengannya selama seminggu berturut2 rupa-rupanya memberi petanda bahawa dia akan menang.. hahaha
Artis Nasyid Popular Rabbani
Al-Fatihah buat Ustaz Asri... Tahniah Rabbani... gua mmg salah teka..adess
Penyanyi Lelaki Popular Aizat
Gua sedar bahawa kentot gua yang tengik telah mematikan harapan Faizal Tahir untuk bawa balik trofi bagi kategori ni... Sori ya Abg Faizal... hehe Tapi gua dah agak jugak Aizat boleh sapu tropi ni. Walau apa pun.. gua tetap salah.
Penyanyi Wanita Popular Datuk Siti Nurhaliza
Ehem..ehem... tak sia-sia gua undi...gua peminat nombor 2 Datuk Siti..
Pelakon Filem Lelaki Popular Que Hailar
Salah...gua salah... gelak pulak!!! Suka arr tu... Si David Teo kata Que Hailar...wakakaka gua akur tanpa sepatah bicara!!!
Pelakon Filem Wanita Popular Liyana Jasmay
Salah..salah..salah.... dah sembilan kali gua salah... apa nasib da.. gua dah malas... Tahniah Liyana.
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Datuk Khadijah Ibrahim
Uikks.. yang nih takde dalam tekaan aku... kira camana nih??
Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian Datuk Siti Nurhaliza (225,300 undian)
Memang gua dah jangka.. hehe Tahniah Datuk Siti.. speech panjang lebar Datuk K tersenyum lebar, Gua ?? gua tak dapat apa2...wakakaka gua sorak2 je tanda setuju..haha.. Memang cantik Datuk Siti malam tadi.. anggun...dulu “Biarlah Rahsia”...Sekarang “Rahsiaku Kini Milikmu”.. haha..
adess gua hanya mampu score 7/16...wakakaka
Penutup:
Teka-teki suda terjawab... yang pastinya aku tetap macam biasa gi keje naik moto demi sesuap nasi... aku tak menang apa2 pun.. hahaa
*Masa nih la kita leh lihat tahap penerimaan masyarakat terhadap artis2 tertentu... yang baik disorak-sorakkan... yang kurang baik, kene BOOOooooOOoo kadang2 gua kesian gak... nak buat camana kan...
*Gua ada tak paham sikit masa David Teo punya speech...
*Korang perasan tak Scha kata Melbourne kat USA... wakakak nampak sangat*......anak gua kata Melbourne dekat India.... wakaka nampak sangat korang berdua ada persamaan.. Syabas...
*Mikrofon ada yang sangkut2....masalah teknikal betolla..
*Awie ngan Jacklyn Victor nyanyi tak sama lirik...walaupun menggunakan bahasa yang sama....mmm ntahla..
*Penyampai Kategori pulak ada yang over..hahaha tapi meriah..
*Gua cadangkan supaya wujudkan Anugerah Person of The Nite... boleh bagi kat David Teo..
*Al-Fatihah buat Allahyarham Ustaz Asri dan Allahyarham Din Beramboi.
Tahniah buat pemenang2 anugerah....korang adalah yang terbaik. Syabas buat penganjur!!! Ok. Jumpa lagi di ABPBH 2010.InsyaAllah...
Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 akan berlangsung dan dijangka menggegarkan Arena of Stars, Genting. .. Gua takdela nak membebel panjang tentang majlis yang berprestij nih. Berita-berita industri hiburan tanah air gua anggap biasa je.... takdela sampai tahap gedik-gedik dan fanatik terhadap seseorang idola. Pendek kata, apa yang gua minat, gua folo secara tertib dan berhemah. Haha.. gua tak layan gosip-gosip liar nih. Dosa tau.. haha
Gua ada senaraikan top 5 finalis mengikut kategori...Bakat meramal yang dikurniakan sejak di bangku kantin sekolah rendah, tidak akan gua sia-siakan. Mari kita lihat sejauh mana ketepatan dan kebolehpakaian setiap ramalan gua. Joms..
1. Penyanyi Lelaki Popular
1. Adam
2. Akim
3. Aizat
4. Faizal Tahir 5. Mawi
*ulasan & ramalan : uikk ada dua nama yang gua minat iaitu Aizat dan Faizal Tahir. Menerusi bau kentot gua yang tengik kuat mengatakan bahawa Faizal Tahir akan menang.
2. Penyanyi Wanita Popular
1. Jaclyn Victor
2. Mila
3. Dato’ Siti Nurhaliza 4. Stacy
5. Yuna
*ulasan & ramalan : Tak mau cakap banyak – Dato’ Siti gerenti menang. Tak pecaye??Percayalah (Dato’ Siti Nurhaliza).. kenapa Dato’ Siti mesti menang??? Atas dasar apa??? Biarlah Rahsia (Dato’ Siti Nurhaliza). Tapi..tapiDan Sebenarnya (Yuna) pun leh menang gak... hehe.. ok muktamad gua pilih Dato’ Siti.
3. Penyanyi Duo/Kumpulan Popular
1. Adam & Stacy
2. Bunkface 3. Hujan
4. Meet Uncle Hussain & Black
5. 6ixth Sense
*ulasan & ramalan : Faveret gua ialah Hujan... tapi cuba korang bayangkan aura Bunkface leh membuatkan anak gua yang berusia 2.5 tahun menari shuffle.. hebat tak??? Gua tak tahu nak pilih siapa... ermmm untuk tidak melukakan perasaan anak gua.. gua terpaksa turuti kemahuannya..iaitu BUNKFACE.
*ulasan & ramalan : dari dulu gua minat Raihan...sebab dia mengekalkan instrumen asli irama nasyid... syabas... haha kita tengok je nanti...
5. Pelakon Filem Lelaki Popular
1. Aaron Aziz 2. Afdlin Shauki
3. Farid Kamil
4. Que Haidar
5. Zul Huzaimy
*ulasan & ramalan : perghh payah nih.. masing-masing hebat!!! Ada 3 feveret gua.. Aaron, Farid dan Zul. Adusss berat nak meramal nih... ermm Mama kata Aaron Aziz sebab dia ensem!!! cehhh
6. Pelakon Filem Wanita Popular
1. Diana Danielle
2. Lisa Surihani 3. Liyana Jasmay
4. Maya Karin
5. Sharifah Amani
*ulasan & ramalan : Gua tak berapa nak folo sangat artis2 pompuan nih... sebab Mama marah!!! Hahaha tapi yang gua berkenan di hati ialah Lisa Surihani..hehe.. kemungkinan besar jugaDiana Danielle leh menang. Tungguuuu...
7. Pelakon TV Lelaki Popular
1. Aaron Aziz
2. Fahrin Ahmad
3. Fizz Fairuz
4. Fizo Omar
5. Remy Ishak
*ulasan & ramalan : uihhh semua dasyat2 nih.... antara Remy dan Fizz Fairuz. Gua pilih Remy.. sebab kekacakannya ada iras2 gua.. wakakaka
8. Pelakon TV Wanita Popular
1. Fasha Sandha
2. Noorkhiriah
3. Rozita Che Wan
4. Scha Alyahya
5. Tiz Zaqyah
*ulasan & ramalan : Gua pejam mata sambil berkata Tiz Zaqyah.
9. Pengacara TV Lelaki Popular
1. AC Mizal
2. Ally Iskandar
3. Aznil Nawawi
4. Faizal Ismail 5. Nabil
*ulasan & ramalan : Kekurangan rambut beliau akan menjadi kelebihan di malam ini... Faizal Ismail ko mmg best!!!
10. Pengacara TV Wanita Popular
1. Cheryl Samad
2. Fara Fauzana 3. Nurul Shuhada
4. Raja Azura
5. Sarimah Ibrahim
*ulasan & ramalan : Gua berani pakai boxer pi opis gua esok sekiranya Fara Fauzana tak menang!!!! Harap2 Fafau menang!! wakakaka
11. Penyampai Radio Lelaki Popular
1. AG
2. Aznil Nawawi
3. Din Beramboi
4. Faizal Ismail 5. Kieran
*ulasan & ramalan : Kalau dah Faizal tersenarai.... maka beliau akan menyinari pentas ABPBH dengan cahaya...tak mustahil juga Allahyarham Din Beramboi akan menang!!! Gua pilih Faizal..... peace!!
12. Pengacara Radio Wanita Popular
1. Abby Fana
2. Fara Fauzana 3. Nana
4. Linda Onn
5. Sharifah Aleya
*ulasan & ramalan : wakakakagua tak leh tengok muka dia.. asal tengok dia je gua gelak.. asal tengok dia je gua gelak.. asal gua gelak je gua tengok dia.. Zizan la tu sape lagi..
14. Artis Komedi Wanita Popular
1. Aliza Abdullah
2. Didie Alias
3. Kenchana Dewi
4. Noorkhiriah
5. Nik Sayyidah
*ulasan & ramalan : ada dua feveret gua : Black dan Gambit.... Gua rasa Gambit kott..
16. Artis Baru Wanita Popular
1. Dira Abu Zahar
2. Isma
3. Putri Mardiana
4. Tiz Zaqyah 5. Yuna
*ulasan & ramalan : malas betul nak ulang2... (rujuk ulasan & ramalan nombor 8) Itu pun nak kene bagitahu ke??Wakakaka Tiz Zaqyah la..
Jap lagi kita lihat sape yang kena!!!!.. tak payah gadoh2 ok.. ini ramalan gua je...ianya mungkin berbeza dengan pilihan korang. Segala-galanya terjawab pukul 9 mlm nanti... wakaka.. sama-sama kita saksikan.