Sunday, April 4, 2010

Hip hip hooray !!!



Hip hip hooray !!!!..Saat yang tidak gua nanti-nantikan muncul tiba.....Smalam... gua terkejut keldai pabila diberitakan gua dapat award. Gua yang masih belum setahun jagung berbloging serta masih memakai pampers merangkak-rangkak dah dapat Award!!! Hebat bukan? Terasa macam pro pulak.. walhal usia blog aku baru je sebulan. Walaubagaimanapun, terima kasih buat pemberi award iaitu Cik Melur dengan perkenannya dapatlah gua merasa award yang pertama sekaligus membakar semangat untuk terus menggila berblogging lagi (punah tatabahasa gua).

Terima kasih yang tidak terhingga sekali lagi buat Cik Melur atas pengiktirafan sedemikian rupa ke atas blog cap ayam ini. Errr... macam tak pecaye je...haaha..

Sepintas lalu mengenai Cik Melur:

http://chickmelur.blogspot.com

kerap gak gua chatting ngan beliau menerusi Fesbuk..hehe tapi gua hanya nampak dua biji matanya je. Seorang yang berbudi luhur, menjaga bahasa serta tatasusilawati. Beliau disenangi oleh jiran sebelah rumah. Kesopanan dalam bait2 bicara menjadikan beliau antara calon-calon menantu Penghulu di kampungnya. Blog beliau gua dah khatam 2 kali.. nak kenal Cik Melur dengan lebih kental lagi??? Klik la nama dia woi!!! Susah payah gua underline letak link..ishkk..


Gua amat tertarik dengan syarat-syarat untuk menerima award ni. Menurut Cik Melur... ...

1. Ckp tima kasey!!~ kat pemberi award sambil link-kan beliau

2. Bagi kat lima belas (baca:15) blogger yang anda baru je discover dan mereka tu fantastik, bombastik, mr loba-loba :P

3. Kontek mereka yang disebutkan dan bagitau mereka dah menang award

4. Bagitau 7 perkara pasal diri anda.


Kacang je...

haha 7 perkara yang membuatkan gua ensem dan korang patut tahu :

1) carik gua kat kebun tiap2 sabtu dan ahad. Sebarang urusan2 penting gua tak layan di rumah!!!

2) Gua digeruni oleh anak gua.

3) henpon gua berusia 9 tahun..

4)Gua pernah ilang kasut kat masjid Seberang Jaya.

5)Ramai yang ingat gua bujang..hhehehe (itu kelebihan yang gua suka)

6)Sejak main blog/fesbuk, gua payah nak tido..

7)Gua sayang semua folower gua dan gua suka taip perkataan “THANKS”......ok tu saje.... thanks.. (hah tengok gua dah kata da!!)

Gua pun tak tahu kafeteria-kafeteria kriteria-kriteria pemarkahan yang diambil kira bagi melayakkan gua menerima anugerah ini kerana boleh dikatakan keseluruhan entri gua berbaur kemerepekkan yang amat. Tidak ada apa yang boleh dibanggakan...wakakak. Dengan berkonsepkan jenakarama, gua berharap kandungannya yang ringan serta santai sesuai untuk bacaan umum.

Walau apa pun penilaian Cik Melur terhadap page gua... gua anggap award nih bukan sekadar penghargaan rupa paras blog serta isi kandungannya.... kerana bagi gua, ianya lebih kepada menghargai hubungan sesama blogger. especially blogger baru seperti gua... gua rasa diterima menjadi sebahagian daripada komuniti besar ini. Thanks....

Di kesempatan ini, gua ingin memohon maaf sekiranya timbul perasaan yang kurang enak dihati pembaca2 ketika ini dan bagi entri-entri akan datang. Jauh di sudut hati gua tidak menyimpan apa-apa niat mengenakan sesiapa...apa yang boleh gua katakan ialah.... ianya adalah kebetulan dan tidak disengajakan. Tegurla gua dengan propesyenel demi manfaat blogger sejagat.

Di sini gua senaraikan blogger2 yang best sebagai pembawa panji-panji award nih..hehe

1)Bro Luca – Idola gua...friendly... page yang simple dan ringan..loading cepat, gua suka. Entri dia ringkas dan power.

2)Sarabat – of kos la.. dia member aku... hahah beliau seorang yang rajin dan berdedikasi terhadap blognya. Tahniah bro... page lu senang nak load..ringan

3)Azrul hisham – page macam maybank2u.com haha.. rajin menaip...gua tak abis lagi baca entri beliau. Penuh ngan informasi..

3)Megat Azfar – aku suka page dia.. trendy dan canggih.. friendly gak..bagus budak nih..

4)Dek ina (Azlina Mohamad) – Penuh ngan keceriaan.. terkebil-kebil mata gua masuk page dia... banyak celoteh.. hehe

5) Nadiah – page cantik.... orangnya pun cantik..hahaha..

6)Siti Murni – seram bila masuk page dia... aku suka page dia....erkk.. ada lagu lagi...

7)Arinaahadi - Page cantik...sebab ada reben, kalau takde reben gerenti huduh.. haha.. dah penah dapat award da rupanya.. takpela.. gua bagi lagi.. k....

Takat nih je.. yang gua leh tag kan utk penerima award nih... sebab folower pun tak banyak lagi... Gua masih berhutang 7 orang calon lagi...wakaka...kalau ada nanti gua tambah k.. haha tahniah pada penerima award di atas... syabas inspektor bas.!!!

Friday, April 2, 2010

Gua tak boleh lupa hari yang gua pernah lupa.


Pada 30 Mac 2010... jam 9.00 mlm. Tangki minyak kering...gua singgah shell, bayar RM50 RON95.... terserempak ngan member lama anak 4. Gua borak-borak, beramah mesra dan sempat bertukar-tukar nombor tipon...dengan laki dia. Lepas borak gua meninggalkan shell... lepas tu gua patah balik, gua isi minyak...gua terlupa isi minyak!!! Nasib gua mmg baik malam tu....Ingat lagi tak? (dalam fesbuk) Ok bagus.

Hari ini 2 April 2010... jam 12.20 tengahari. Lepas gua oder beriani ngan bujang stailo, gua meninggalkan opis...pergi ke mana?? Gua menuju ke shell... ya betul..shell.. tempat gua jumpa member lama anak 4. Kali nih gua lebih berwaspada supaya perkara yang sama tidak berulang...haha..Menggunakan pam yang sama tempohari...gua terus jolok nozzle ke dalam lubang tangki. Gua tarik trigger....2,3 kali.. shit... pasai apa pulak nih??... lagi sekali gua tarik trigger....2,3 kali... gua siap periksa lubang nozzle takut2 tersumbat.

Kelakuan Jengga yang gua pamerkan telah menarik mamat bangla penjaga pam di situ.


“Abang, bayar dalam” tegur bangla pam sambil menuding ke arah kaunter.

“shit”..dalam hati gua.


p/s: stesen shell Jalan Pantai, Pam nombor 13... memang angker.

p/s 2: Ada sesape tahu maksud perkataan jengga yang gua underline... gua main boh je.. pasal bunyi sedap.

Sampai hati mama!!!!

Gua cuba unttuk bercerita pendek ala-ala cerpen...tetapi bila mana jari-jemari gua suda menaip.. kadang-kadang terbabas jugak melangkaui skrip. Gua redha.


Bila tiba musim gaji, macam biasa..hutang kene langsai, lebih kena masuk tabung.



“mama!! Mana buku tabung aji chicha?” gua bersuara..sambil selongkar laci

“dalam handbag itam blakang pintu..” jerit mama dari dapur.



Banyak betul buku akaun anak gua... kecik2 dah stat menyimpan... bukannya apa.. untuk masa depan dia jugak... gua sanggup tak tuka DVD player keta..gua sanggup kena ngumpat ngan kawan2 pasal tak tuka henpon baru semata-mata nak tengok anak gua senang kemudian hari.

Itu baru akaun anak gua... belum akaun bapak dia lagi... malas gua nak bagitahu, nanti ada orang kata gua riak pulak.... gua takut nanti 2, 3 hari umah kene pecah pulak. Itu belum kira akaun-akaun kat internet lagi... buat masa sekarang, akaun fesbuk je yang paling aktif selain dari friendster, google dan yahoo...err ..fotopages pun ada gak dulu2, ntahla idup lagi ke tak.. . Duit tak banyak mana pun.. cukup makan pakai je. Hehe

Sedang gua menggeledah segala khazanah handbag itam. Gua terjumpa sesuatu......satu benda yang mengguris ati gua .............. gua sedih............timbul 1001 pertanyaan di lubuk hati gua.... tak cukup ke pengorbanan gua selama ni?? Apa yang mama nak lagi??? ..... ... Kenapa leh jadi macam nih??? Semua janji dah gua tunaikan.. apa lagi????


gua konpius!!!...
.
.
.
.
apa erti semuanya nih??

.
.
.

sampai ati mama....!!!.

.

.

.

.

.

.

gua nak penjelasan..camana dia boleh ada dalam handbag mama?



Thursday, April 1, 2010

Cuti Bersalin 90 Hari Diluluskan.

............................. ...................................................... .................................................................................... ............................. ...................................................... .................................................................................... ............................. ...................................................... .................................................................................... ............................. ...................................................... .................................................................................... ............................. ...................................................... .................................................................................... ............................. ...................................................... .................................................................................... ............................. ...................................................... .................................................................................... ............................. ...................................................... ...................................................
Wakakakak…. Dengan rasa banglanya korang dan betapa ensemnya gua nak bagitau… korang baru saja terkena April FOOL !!!! wakakakaka

Skit-skit April Fool..sikit-sikit April Fool… kejap2 April Fool.. sat-sat April Fool….gua nak berak pun kene April Fool ….

Sebenarnya gua tak biasa mengApril Foolkan orang di pagi 1 April nih… tapi pepagi lagi gua dah kene… dan orang yang mengenakan gua tak lain dan tak bukan ialah Kak Mira. Gua buat biasa je. Tapi Kak Mira dah guling-guling tepuk tangan menzahirkan ekspressi kejayaannya. Nampak buruk sekali.

Takde masa gua nak fikir tentang hal-hal kebodohan pepagi nih. Sapa founder April Fool? Sejarah kewujudannya? Objektif? Misi? Visi? Hahaha …...ermm gua takmau amik tahu langsung.!!!

Awal bulan… gua kira duit lagi bagus.

Gua takde idea nak sajikan kat korang tentang April Fool. Jadi gua fikir ada baiknya gua seru korang untuk nyanyi lagu nih bersama sanak saudara.. bak kata Nora Danish.. ‘Hidup cuma sekali, so..kita enjoy!!!!’

Bila April tiba
Hati mula berkata
Setahun lamanya
Perkenalan kita

Ku tanya padamu
Kapankah hatimu
Akan ku miliki
Selama abadi

Di April yang itu
Kau katakan padaku
Sabarlah menanti
Takkan lama lagi

Kau senyum bermakna
Padaku kau pinta
Berikanlah oh waktu
Kenalilah dirimu

Bila bila April
Aku menantimu, aku menantimu
Dan bila April, bila April
Dapatku pastikan, cintaku ini

Dan bila, bila April
Bibirku pasti akan bertanya
Kapankah kau milik ku..

(Fazley-Bila April)

Uncle Zarie Mengamok!!!


Sekarang sudah mula musim ujan.. jenis ujan petang sampai malam. Macam biasa musim2 ujan nih gua lebih senang naik kereta ke opis. Bukannye apa... gua bawak laptop sehh.. laptop gua bukannya boleh kene air. Biasalah laptop murah... Banyak beza antara laptop murah dan laptop mahal dan kadangkala wujud juga persamaannya. Laptop yang murah biasanye tak boleh kene air... tapi laptop mahal boleh kene air, itu dari sudut perbezaannya. Manakala persamaannya pula masing-masing akan lingkup bila kene air. FULLSTOP!!!.

Haha Cerita pasal balik keje pulak. Trafik lancar. Langit gelap. Sesekali titik-titik ujan menempel pada windskrin. Gua hairan masa di opis, haram sikit pun tak ngantuk .....tapi bila tengah drive.. huh tersengguk-sengguk...ngantuk yang amat. Gua rasa macam stereng ada dua…..Banyak kali gak gua kene hon. Bila kene hon gua jadi steady....pastu selang 2,3 minit ngantuk balik. Terasa lambat je nak sampai umah. Dendam gua nak tido gua simpan dengan sabar dan gua nak lunaskan di sofa bila sampai kat umah.

Fuhhh lega... Kelibat signboard ‘Taman Penaga’ muncul samar2 dalam laluan gua menuju ke umah. Gua semakin girang pabila berada pada jarak kira-kira 500m dari umah gua. Berlokasikan di jalan utama, Umah gua sangat senang untuk dicarik..... Owhh lagi satu... jalan depan umah gua juga menjadi litar sprint test bagi bebudak rempit junior dalam taman nih selain dari aksi2 lagak ngeri yang menjadi aktiviti sampingan sesudah waktu sekolah. itu saje gua nak bagitahu.

Gua yang ngantuk... nak sampai umah cepat...tetiba je memaki hamun!!! Apa kejadahnya gua terpaksa menonton sorang budak naik moto lepas tangan memintas keta gua.. Apa kejadahnya gua memandu kereta mengikut bontot moto sorang budak pada kelajuan 20 km/j. Dan apa kejadahnya lagi geng2 bebudak itu bersama-sama memekak depan umah gua sambil mempamerkan aksi lepas tangan ketika bermotosikal!!! Lebih maju lagi gua tengok, siap berSMS… !!!

Itu semua skills lama....dah tak main da lepas2 tangan nih… skang main lepas moto.

Gua dah tak tahan nih... gua parking keta cepat2. Gua sempat capai penyodok sampah yang kebetulan berada hampir dengan penglihatan gua. Tak nak cakap banyak... gua keluar dari halaman umah dengan muka tak puas hati, sebelah tangan cekak pinggang dan sebelah lagi menongkat penyodok sampah... kemudian.... sorang dari kumpulan budak rempit tu menghala ke arah gua dengan gaya rambut belah tepi menunggang moto CDI buroknya. Dari jauh dah nampak selebet, tok sah kata bila dah dekat…. sama huduh ngan makgat moto …Serabai betulla…

Budak Rempit junior: Assalamualaikum pakcik (sambil melambai tangan paras kepala). Pak cik pekaba? (dengan gaya alim2).

Gua: waalaikumussalam.. alhamdulillah baik2 je..

Budak Rempit junior: Baru balik keje ke pakcik?

Gua: ha ah.... saje je kutip-kutip skit depan umah nih.. semak ngan daun kering.... ish.. (dalam hati gua..”Apa kejadahnya gua mengutip dedaun nan kering dengan berpakaian formal???”)

Gua dah lupa motif sebenar gua amik penyodok sampah nih... ahhh gua dah ngantuk.. tido arr..tido..tido

Nota bukulali: Pakcik???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...