Monday, September 3, 2012

Sultan Alavuddin



Sedikit cerita tentang kedai Sultan. Tak jauh jarak dari rumah aku kira2 1km je tak payah naik bas. Kedai Sultan ni sebenarnya kedai runcit. Nama pemiliknya ialah Sultan Alavuddin. Dah Haji orang tua ni. Bagus orangnya baik hati dan friendly. Kalau beli barang lebih RM50 keatas... kadang2 beliau bagi diskaun 5 ringgit. Kalau anak2 aku ikut, gerenti dapat cikedis free. ahahaha.. Kalau nak cari barang, first aku akan ke kedai Sultan... kalau takda ... baru aku cari di kedai lain. Dulu masa aku buat projek cili, beliau pelanggan tetap aku, sehari 2kg cili mesti hantar. Kalau tak... tahan telinga je.

Wife aku kata aku jenis tak boleh pakai seluar / baju yang berpoket banyak... suka biar duit dalam poket banyak2. Time basuh baju, boleh dengar duit syiling dalam mesin basuh. Nasib baik seluar dalam jenis mmg takda poket... kalau tak mmg londeh gamaknya.

Satu petang, Di kaunter....ketika ingin membayar barang yang aku beli... sekeping RM5 tercicir dari poket belakang.

Remaja : "Abg ... duit abg tercicir"

Pak Cik kepiah putih : "Lorr... kau bagitahu buat apa?? rugiii... ishhh"

Aku : "Ye ke ?...  terima kasih", sambil tunduk kutip duit.

Aku hulur sekeping RM5 pada budak tu... dia tak mau. Lepas tu aku offer RM5 kat Pak Cik kepiah putih tu..  ahaha...merah padam mukanya...Dia terus keluar dari kedai. Mungkin dia malu.

nota kaki cagu : syukur kerana budak tu panggil aku abg. Terasa muda rasanya.


3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...