Pejam.. celik pejam celik... Syawal muncul. Persiapan raya untuk anak dan isteri semua beres. Untuk aku je yang tak beli apa2. Bagi ku cukuplah anak dan isteri gembira, itu sudah memadai.. Biar aku berstoking lubang...biar aku berbaju lusuh. Takpa... hari-hari biasa pun boleh beli. Biasanya lepas solat sunat Aidilfitri aku seisi keluarga akan bertandang ke rumah orang tua ku. Rumah kami taklah jauh.... boleh jalan kaki kalau nak... Sesudah solat Aidilfitri... semua ahli keluarga dah bersiap cuma Danish yang masih berseluar dalam. Danish nih umo dia 2 tahun. Sangat lawak macam abah dia gamaknya.
"Kenapa Danish tak siap2 lagi ni?"
Isteri : "dah siap la tu.. dia tak nak pakai seluar !!!"
"Kenapa ???"
Isteri : "Seluar dalam baru lah katakan"...
"Ahaha.. owh... spender BEN Ten rupanya, patutla..."
Sayang Sampai Mati...!!
5 years ago
No comments:
Post a Comment