Monday, October 29, 2012

Hobi baru

*gambar hiasan sahaja

Ayam serama. Korang pernah dengar tak ayam serama? aku malas nak cerita banyak. Kawan aku Nas dah main menatang nih 2 tahun. Dalam 2 tahun tu sikit pun aku tak pandang ayam serama dia. Tiap-tiap hari berbuih-buih mulut dia sembang pasal ayam serama. Pendek kata duduk ngan dia,  cerita yang korang akan dengar ialah pasal reban, dedak, selam tak selam. Sekarang mulut dia tak berbuih keseorangan... mulut aku juga dah berbuih2 keriangan menerima hobi baru.....aku dah terjebak ngan menatang nih. Tak sabo2 nak bela. Ni senarai barang-barang yang aku perlu sediakan :

1) Reban  (dah oder, lom siap lagi)
2) Ayam  (dah oder, tak ambil lagi)
3) Dedak (dah beli)
4) Bekas makanan dan minuman (dah beli)

semangat berkobar-kobar nak main ayam serama ni. Belum apa-apa lagi.... tapi tadi aku ........

"Aku mimpi makan dedak"

Chaitttt !!!!


Thursday, October 25, 2012

Peragut mati disembelih


2 PERAGUT MATI DISEMBELIH
Kuala Lumpur - 21/10/12, nasib malang
kepada 2 peragut yang telah berjaya
ditangkap oleh penduduk Kampung Baru,
menurut saksi, hj Manan Jalil ( bukan nama
sebenar ) 48, salah seorang penduduk
tempatan yang berang dengan kedua-dua
peragut ini telah membawa keluar sebilah
pedang samurai dan parang tajam yang
berkilat lalu mahu menetak leher peragut itu
tapi sempat dihalang oleh jirannya.
Namun ketika peragut itu ditangkap, pihak
saksi mengatakan tidak ada apa-apa barang
yang berharga yang didapati pada peragut
tersebut.
Salah seorang penduduk tempatan yang juga
ketua kampung di situ pula yang berang
pada peragut itu telah memerintahkan anak
buahnya menyembelih kedua2 peragut ini,
kaki kedua-dua peragut itu diikat dan dengan
takbir yang bergema penuh emosi
dilaungkan beramai-ramai, dia telah sembelih
peragut tanpa rasa belas kasihan. Darah
merah menyembur keluar, kedua-dua
peragut menggelupur menahan kesakitan
namun tiada siapa berani menghalang
perbuat ketua kampung itu..kerana yang
disembelih itu ialah seekor kambing dan
seekor lembu yang meragut rumput
disembelih untuk hari raya korban...
Salam Aidil Adha.. ^^

Wednesday, October 24, 2012

Ping Pong


Jurulatih : Cara kita pegang bet ping pong mempengaruhi hala tuju bola... hayun dari atas ke bawah untuk hantaran yang tajam.

Anushia : I dah buat dah.. tapi bola tinggi jugak... tak boleh la... samting rong nih....


Jurulatih : Itu maknanya U tak terer.

Tuesday, September 18, 2012

Bankrap = Berkarat



Tidak seperti hari2 biasa. Bila tiba hari minggu... mama begitu ligat di dapur untuk memasak. Orang bisnes lah katakan... mana ada masa kat dapur fulltime.

Mama :  Icha... !!! Icha...  !!! kenapa simpan 'sharpener' dalam peti ais??

Icha : Icha sorokkan... takut adik nampak nanti dia main..

Mama : Sorok tempat lain.. jangan letak dalam peti ais, nanti 'Bankrap' !!!



p/s : hasil soal selidik, mama sebenarnya nak cakap berkarat... tapi tersebut bankrap.

Monday, September 17, 2012

Once upon a time in opis


Selepas memberi penerangan kepada pelanggan...

Kak Ros :  Apa2 hal nanti encik boleh contact saya... di nombor... erm...... erm.... ishh..

Aku : Pasaipa kak Ros ?

Kak Ros : Berapa nombor tipon Kak Ros ehh???  Lupa la..

Aku : Lorr ... nombor tipon sendiri pun lupa !! haiyaa.. 012 xxxxxxx

Kak Ros :  Ye la.. Kak Ros tak biasa tipon diri sendiri... camana nak ingat!!!

Thursday, September 13, 2012

Perempuan Lacur Itupun Berharga RM30.




Perempuan itu ingin meninggalkan Fariz.

Mak saya tak suka awak. Kata perempuan itu.

Fariz hulur RM1 kepada perempuan itu.

Untuk apa? Tanya perempuan itu.

Bayaran untuk kau temankan aku selama ini. Kata Fariz.



*Credit to Luca DK

Tuesday, September 11, 2012

Katalog Avon


Banyak minum air hari nih. Bagus untuk kesihatan... natijahnya kerap buang air. Sepanjang laluan ke tandas aku perlu melintas depan Rokiah*, Zainab* dan juga Jemah*. Tak sengaja terpandang katalog Avon yang si Jemah selak2. Kebetulan mukasurat belakang. Mukasurat belakang nih biasanya pakaian dalam wanita... hehe...Ntah camana aku boleh tersinggah kat tempat dia.

"Lawa la"

"Beli la satu untuk bini"

"tak, maksud aku pusat dia lawa"

"puihh... pusat dia huduh la .. kene pi urut, tekan2.. pusing2.. baru  kemas rata tak berbonjol."

"terer arr ko...leh buka kedai!!!"

"kedai apa?.."

"Pusat Mengurut Pusat Jemah"... first in Penang. ahahaha.. rasa macam nak terkencing pulak.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...