Sesetengah orang kata jangan jadi lalang...KONONNYA pendirian perlu teguh dalam sokongan terhadap sesebuah parti politik. Walau apa sekalipun.. parti yang disokong tetap disanjung.
Tapi sokongan berasaskan apa? sokongan hanya kerana nama parti ??? kerana nama/status...pemimpin2nya???
Orang yang berpendirian teguh dalam menyokong parti2 ini adalah sebenarnya terhuyung hayang !!!
Sokongan perlu berdasarkan sesuatu yang difikirkan baik, wajar dan bermanfaat kepada semua. Sekiranya parti politik itu menyimpang dari perkara2 ini... Tak salah kita menjadi lalang menyokong parti lain yang mempunyai kebaikan itu.
Inilah senario yang berlaku kepada penyokong2 parti politik sekarang... menyokong dgn membuta tuli dan patuh membabi buta.