Monday, October 29, 2012

Hobi baru

*gambar hiasan sahaja

Ayam serama. Korang pernah dengar tak ayam serama? aku malas nak cerita banyak. Kawan aku Nas dah main menatang nih 2 tahun. Dalam 2 tahun tu sikit pun aku tak pandang ayam serama dia. Tiap-tiap hari berbuih-buih mulut dia sembang pasal ayam serama. Pendek kata duduk ngan dia,  cerita yang korang akan dengar ialah pasal reban, dedak, selam tak selam. Sekarang mulut dia tak berbuih keseorangan... mulut aku juga dah berbuih2 keriangan menerima hobi baru.....aku dah terjebak ngan menatang nih. Tak sabo2 nak bela. Ni senarai barang-barang yang aku perlu sediakan :

1) Reban  (dah oder, lom siap lagi)
2) Ayam  (dah oder, tak ambil lagi)
3) Dedak (dah beli)
4) Bekas makanan dan minuman (dah beli)

semangat berkobar-kobar nak main ayam serama ni. Belum apa-apa lagi.... tapi tadi aku ........

"Aku mimpi makan dedak"

Chaitttt !!!!


Thursday, October 25, 2012

Peragut mati disembelih


2 PERAGUT MATI DISEMBELIH
Kuala Lumpur - 21/10/12, nasib malang
kepada 2 peragut yang telah berjaya
ditangkap oleh penduduk Kampung Baru,
menurut saksi, hj Manan Jalil ( bukan nama
sebenar ) 48, salah seorang penduduk
tempatan yang berang dengan kedua-dua
peragut ini telah membawa keluar sebilah
pedang samurai dan parang tajam yang
berkilat lalu mahu menetak leher peragut itu
tapi sempat dihalang oleh jirannya.
Namun ketika peragut itu ditangkap, pihak
saksi mengatakan tidak ada apa-apa barang
yang berharga yang didapati pada peragut
tersebut.
Salah seorang penduduk tempatan yang juga
ketua kampung di situ pula yang berang
pada peragut itu telah memerintahkan anak
buahnya menyembelih kedua2 peragut ini,
kaki kedua-dua peragut itu diikat dan dengan
takbir yang bergema penuh emosi
dilaungkan beramai-ramai, dia telah sembelih
peragut tanpa rasa belas kasihan. Darah
merah menyembur keluar, kedua-dua
peragut menggelupur menahan kesakitan
namun tiada siapa berani menghalang
perbuat ketua kampung itu..kerana yang
disembelih itu ialah seekor kambing dan
seekor lembu yang meragut rumput
disembelih untuk hari raya korban...
Salam Aidil Adha.. ^^

Wednesday, October 24, 2012

Ping Pong


Jurulatih : Cara kita pegang bet ping pong mempengaruhi hala tuju bola... hayun dari atas ke bawah untuk hantaran yang tajam.

Anushia : I dah buat dah.. tapi bola tinggi jugak... tak boleh la... samting rong nih....


Jurulatih : Itu maknanya U tak terer.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...