Tuesday, September 18, 2012

Bankrap = Berkarat



Tidak seperti hari2 biasa. Bila tiba hari minggu... mama begitu ligat di dapur untuk memasak. Orang bisnes lah katakan... mana ada masa kat dapur fulltime.

Mama :  Icha... !!! Icha...  !!! kenapa simpan 'sharpener' dalam peti ais??

Icha : Icha sorokkan... takut adik nampak nanti dia main..

Mama : Sorok tempat lain.. jangan letak dalam peti ais, nanti 'Bankrap' !!!



p/s : hasil soal selidik, mama sebenarnya nak cakap berkarat... tapi tersebut bankrap.

Monday, September 17, 2012

Once upon a time in opis


Selepas memberi penerangan kepada pelanggan...

Kak Ros :  Apa2 hal nanti encik boleh contact saya... di nombor... erm...... erm.... ishh..

Aku : Pasaipa kak Ros ?

Kak Ros : Berapa nombor tipon Kak Ros ehh???  Lupa la..

Aku : Lorr ... nombor tipon sendiri pun lupa !! haiyaa.. 012 xxxxxxx

Kak Ros :  Ye la.. Kak Ros tak biasa tipon diri sendiri... camana nak ingat!!!

Thursday, September 13, 2012

Perempuan Lacur Itupun Berharga RM30.




Perempuan itu ingin meninggalkan Fariz.

Mak saya tak suka awak. Kata perempuan itu.

Fariz hulur RM1 kepada perempuan itu.

Untuk apa? Tanya perempuan itu.

Bayaran untuk kau temankan aku selama ini. Kata Fariz.



*Credit to Luca DK

Tuesday, September 11, 2012

Katalog Avon


Banyak minum air hari nih. Bagus untuk kesihatan... natijahnya kerap buang air. Sepanjang laluan ke tandas aku perlu melintas depan Rokiah*, Zainab* dan juga Jemah*. Tak sengaja terpandang katalog Avon yang si Jemah selak2. Kebetulan mukasurat belakang. Mukasurat belakang nih biasanya pakaian dalam wanita... hehe...Ntah camana aku boleh tersinggah kat tempat dia.

"Lawa la"

"Beli la satu untuk bini"

"tak, maksud aku pusat dia lawa"

"puihh... pusat dia huduh la .. kene pi urut, tekan2.. pusing2.. baru  kemas rata tak berbonjol."

"terer arr ko...leh buka kedai!!!"

"kedai apa?.."

"Pusat Mengurut Pusat Jemah"... first in Penang. ahahaha.. rasa macam nak terkencing pulak.


Friday, September 7, 2012

Isu Tayang Punggung




Hari ni kerja lebih masa. Kononnya bizi sangat. Seperti hari-hari yang sudah, tagline untuk kerja lebih masa ialah 'Bekerja Demi Sesuap Nasi'...   rakan-rakan pun dah familiar dengan ayat tu. Ianya umpama pembakar semangat  untuk terus hidup di muka buku bumi ini.

Duduk di kedai Ali, satu meja aku sorang2 je, takda geng. Selang 2...3 meja sebelah aku ada kumpulan pakcik2 vateran. Title vateran ni bagi aku untuk mereka yang bermisai dan janggut putih. ahahaha. Mereka bersembang punyalah kuat dah macam sidang dewan rakyat pulak. Takpa... aku buat tak tahu je.

Dah lama aku peratikan pakcik2 ni. Kalau duduk semeja... isu2 politik tak lekang dari topik utama. Biarlah mereka.... asalkan mereka gembira... asalkan bisnes kedai Ali maju.

Mee goreng mamak dan teh 'o' ais sampai atas meja aku. Takda benda lain dah nak oder. Benda ni lah yang aku makan bila kerja lebih masa. Biasanya 5 minit masa diambil untuk melicinkan pinggan mee goreng tersebut tapi kali nih 2...3 suap dah hilang selera. Pakcik2 vateran punya angkara...cisss

"biadap betul budak ni, tunjuk puggung kat najib !!! "

"budak nih patut kene buang kerakyatan ni !!!"

"Tunjuk punggung tak malu....  kena tangkap... malu pulak tunjuk muka !!!"


Astaghfirullah....Aku terus ke kaunter dan bayar.  dalam hati..... "apa nak jadi  dengan manusia zaman sekarang?"



Tuesday, September 4, 2012

Modem Stick Broadband HUAWEI E1762 BARU Untuk Dijual



Mai tengok... mai tengok... tak beli takpa... kalau beli lagi bagus...ahaha..  Barang apa ni? Barang apa nih? Inilah modem Huawei E1762 khas untuk abg2 pengguna broadband yang hensem, kacak dan Adik manis pengguna broadband yang chomel2 serta lawa2. Ummmph...!!!

Barang baru... baik punya. Oder hari ni... semalam sampai...Ahahaha... tu dia..  agak2 la nak temberang wei....  harga baik punya... RM95.... siap hantar!!!  .. posmen buat kerja amal.  Mai.. mai.. mai... tepuk amai2... Sementara stok masih ada.

Bagi mereka yang sudah mempunyai modem, takpa... leh beli untuk hadiah kepada orang2 yang tersayang. Apa tunggu lagi... oder sekarang...  SMS sekarang di 016-4747085.
 Mulakan ayat anda dengan :
"Bro!!! Baek punya modem satu.........."

Spesifikasi Modem Huawei E1762  adalah seperti berikut :

manufacturer:Huawei
model:E1762
interface:USB 2.0 (A plug)
chipset:Qualcomm MSM6290
GSM frequency bands:850, 900, 1800, 1900
UMTS frequency bands:900, 2100
HSDPA:7,2 MBit/s
HSUPA:5,76 MBit/s
EDGE:236,8 KBit/s
GPRS:57,6 KBit/s
CSD:?
connector for ext. antenna:+
connector type:CRC9
internal antenna diversity:+
voice telephony:-
NAND-flashmemory:+
microSD-drive:+ (up to 8GB)





Terima kasih yang tidak terhingga kepada pembeli.


Monday, September 3, 2012

Sultan Alavuddin



Sedikit cerita tentang kedai Sultan. Tak jauh jarak dari rumah aku kira2 1km je tak payah naik bas. Kedai Sultan ni sebenarnya kedai runcit. Nama pemiliknya ialah Sultan Alavuddin. Dah Haji orang tua ni. Bagus orangnya baik hati dan friendly. Kalau beli barang lebih RM50 keatas... kadang2 beliau bagi diskaun 5 ringgit. Kalau anak2 aku ikut, gerenti dapat cikedis free. ahahaha.. Kalau nak cari barang, first aku akan ke kedai Sultan... kalau takda ... baru aku cari di kedai lain. Dulu masa aku buat projek cili, beliau pelanggan tetap aku, sehari 2kg cili mesti hantar. Kalau tak... tahan telinga je.

Wife aku kata aku jenis tak boleh pakai seluar / baju yang berpoket banyak... suka biar duit dalam poket banyak2. Time basuh baju, boleh dengar duit syiling dalam mesin basuh. Nasib baik seluar dalam jenis mmg takda poket... kalau tak mmg londeh gamaknya.

Satu petang, Di kaunter....ketika ingin membayar barang yang aku beli... sekeping RM5 tercicir dari poket belakang.

Remaja : "Abg ... duit abg tercicir"

Pak Cik kepiah putih : "Lorr... kau bagitahu buat apa?? rugiii... ishhh"

Aku : "Ye ke ?...  terima kasih", sambil tunduk kutip duit.

Aku hulur sekeping RM5 pada budak tu... dia tak mau. Lepas tu aku offer RM5 kat Pak Cik kepiah putih tu..  ahaha...merah padam mukanya...Dia terus keluar dari kedai. Mungkin dia malu.

nota kaki cagu : syukur kerana budak tu panggil aku abg. Terasa muda rasanya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...