Tuesday, February 22, 2011

Murung

Jam dah pukul 5.00 petang. Masa untuk balik kerja. Sebagai pekerja yang mengamalkan sikap punctuality gua berusaha untuk tidak lewat walaupun sesaat. Dengan hati yang riang gumbira gua menggalas laptop menuju ke kereta. Pabila berada di sebelah kereta, gua mengalami kemurungan..haha…gua tercangak-cangak… gua patah balik menuju ke opis. Kunci kereta gua tertinggal. Gua capai kunci dan kembali berjalan ke kereta. Kemurungan gua pulih. Sewaktu berada dalam kereta, tiba-tiba gua kembali murung. Gua patah balik menuju ke opis. Gua lupa punch card. Setelah selesai berbuat demikian gua lega dan riang keluar dari opis. Gua pulas kunci kereta tanpa ragu-ragu dengan harapan tiada lagi masalah kemurungan. Ternyata harapan gua meleset… gua murung lagi !!! gua keluar dari kereta dan berlari menuju ke opis. Gua sakit perut.. gua nak melabur… setelah selesai pelaburan, dan tanpa memikirkan dividen yang bakal gua terima…gua meninggalkan tandas. Yeay !!! kompom tiada kemurungan lagi. Pabila berada di sebelah kereta,…gua tercangak-cangak… kemurungan datang lagi. Gua terus berlari ke tandas. Kunci kereta ada di sana. Sekian sahaja kemurungan utk kali ini moga bertemu di hari dan waktu yg sama. Terima kasih.

Sunday, February 20, 2011

Henpon Baru


zib: “Zarie… gua punya henpon ada problem MMS la…”

zarie: “Kalau macam tu, lu punya henpon dah sama function ngan henpon gua”, (dengan nada bangga)

zib: “uihhh… takpe. Gua nak beli baru”.

“tokeh.. kedai lu ada amik trade-in??”

tokeh: “ada…ada tapi jangan lu bagi henpon antik la.. aiyaa sakit kepala OOoo”

zib: “henpon nih ( XXX ) berapa lu berani angkat??”

tokeh: “aiyaaa… lama nya… taun bila lu beli nih?? Aiyaa manyak lama Oooo”

zib: “lu nak tengok henpon yang lagi lama??? Gua tak sampai ati mau tunjuk!! Lu Hahaha”…

tokeh: “aiyaaa… takmau2, henpon nih gua angkat RM100…. Lu mau apa model??”

zib: “Sony Eriksen yang ni berapa lu tolak??”

tokeh: “lu tambah 200”

zib: “ok cantekk!!.... lu lekat skali stiker anti-scratch ok”.

tokeh: “gua bagi lu stiker kilat punya, boleh tengok muka lu !!! lu mau sikat rambut tak payah pakai cermin!!”

zib: “gua sikat rambut tengok lu punya kepala dah cukup!! Ok tak??...haha”

walaubagaimanapun ini bukanlah gambo tokeh sebenar.

p/s: model henpon (XXX) dirahsiakan untuk tujuan keselamatan awam

Saturday, February 19, 2011

Poster Ayam Serama 2011


Alhamdulillah… Alhamdulillah….syukur

Salam sejahtera. Makan ayam, tidur ayam, celik ayam, pejam ayam…demam serama telah bermula. Ia kecil, ia menawan.. Bagi komuniti serama, memiliki serama yang cantik bukan sahaja menjadi impian malah sanggup membelanjakan ribuan ringgit demi mendapatkan serama idaman. Bermula dengan hobi, kini ada pihak menjadikannya sumber pendapatan yang menjanjikan pulangan lumayan. Hobi yang boleh dianggap mahal ini berupaya menyatukan komuniti pemilik-pemilik ayam jenis ini. Ini merupakan sesuatu yang positif. Kecantikan serama tidak berakhir pada pemiliknya, ianya dipertontonkan menerusi pertandingan dengan penyertaan dari pelbagai kategori. Bukan hadiah dan bukannya nama yang dikejar, kalah atau menang bukan persoalan, sebaliknya kepuasan memelihara serta mempamerkan kecantikan haiwan ini kerana ianya menuntut kesabaran dan disiplin yang tinggi. Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan hobi ini, jangan segan untuk bertanya kepada otai-otai yang ramah mengenai petua dan teknik-teknik berkaitan. Ianya pasti menyeronokkan.

Sebagai menyempurnakan musim serama pada kali ini. Nah !!! Poster Ayam Serama Eksklusif terbaik dari reban. Memilikinya adalah satu kemestian. Tak lengkap rasanya reban anda jika tidak ditempek dengan poster serama eksklusif 2011 ini. Pasti berkokok apabila melihatnya!!!..Tempahlah sekarang, keluarannya terhad. Order untuk jiran tetangga sekali. Terima kasih atas sokongan anda.


Friday, February 18, 2011

Terima Kasih atas sokongan.

Uhhh.. lama betul gua tinggalkan blog nih. Saja gua jengok… first, gua cek chat box… uih .. still ada orang masuk blog yang dah bersawang nih… semangat gua mula membuak2… bagi melayan perasaan yang kononnya membuak2 nih… gua ambil pendekatan meminum teh. Minum teh rasanya dapat merangsang otak di hemisfera kiri (kalau tak silap gua) untuk lebih kreatif. Cehh… Bukan teh cap masjid, bukan teh cap 888, bukan juga teh timbang kilo, teh siap paket2 pun bukan, teh ah lek ?? bukan2…itu nama boss lama gua… teh mamak? Jauh sekali.



Sebagai individu berkolar putih, gua memilih teh segar dari tanah tinggi Cameron. Itu pun syukur kak ipar gua yang sponsor. Dalam keadaan santai gua sedang fikir untuk projek terbaru…. Sampai tertido gamaknya. Itulah budaya seorang pemikir macam gua. Fikir skit ..tertido… asal gua fikir je gua tertido… asal gua tido je gua terfikir. Berfikir sekangkang kera, tido je lebih. Gua terjaga….akibat berfikir di luar kotak yang amat dahsyat, gua tido hampir dua jam. Teh yang dibancuh tadi sejuk gedi. Gua teguk dengan gaya berserta bunyik… barangkali dengan bunyik dapat membangkit nikmat dan Umphh!! .. perghhh walaupun dah sejuk, kelazatannya tetap terasa. Gua rasa minum teh sejuk nih lebih asyik.. malah keasyikkannya sungguh luar biasa dari teh bersuhu panas.


Gua hirup teh senafas dengan dongakan pada sudut 45 darjah dalam keadaan membuka mata sambil memerhati ke dasar cawan. Agak juling sedikit mata apabila gua cuba fokus pada hampas teh yang berselerak di dasar cawan. Dalam kepul2 hampas teh yang halus itu wujud hampas teh yang kasar dan terasing. Saja gua goyangkan cawan (gerak membulat) dan toskan hampas tepat ke pokok bunga kertas. Seketul hampas teh yang kasar tadi jelas merupakan najis cicak. Adakah ianya punca kesedapan yang luar biasa?? Cisss…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...