Friday, April 30, 2010

Tips mengelak JPJ untuk kenderaan bertinted itam



Tidak perlu gua cerita banyak. Port rasmi bagi acara sarapan pagi semestinya di Kedai Ali. Macam biasa segmen kedai Ali kali nih membahaskan tips2 mengelakkan diri dari menjadi mangsa JPJ (khusus bagi pemilik kenderaan bertinted itam legam)

Pezal mula bicara...

Pezal: Skang nih buleh kata tiap2 hari JPJ wat roadblok kat Juru.. pergh ramai sehh keta kena tahan!!

Gua: Kena tahan pasai pa??

Pezal: Tinted gelap.

Misyar: Kalau tinted tingkap kiri kanan je takpe... tak perasan sangat. Jangan tinted cermin depan belakang!! gila gelap nak mampos!!!

Pezal: Eh.. pasal apa pulak?? aku tinted semua itam rileks je... bila time nampak JPJ.. ko bukak semua tingkap... barulah nampak cerah skit.. aku dah lama wat cam nih... sampai sekarang ok je tak kena saman.. terer tak?? hehe

Misyar: Kalau tetiba je power window rosak!! nak wat camana???

Gua: Lorrr....Ko bukak la empat-empat pintu keta ko.. lagi nampak cerah!!! tu pun nak kena ajar ke?? ishhk..

..............
Lagu tema penutup :
Download MP3 di sini.
Cerita Kedai Kopi
Malique feat Salam

Intro

(Malique)
Terlalu banyak kena kopi, aku menyanyi
Ditemani teko berasap dan bau wangi
Ditemani cahaya malap dan lagu reggae
Hayati, salam

(Salam)
Masing-masing ada masalah sendiri
Masalah dunia, masalah peribadi
Luahkan jangan simpan dalam hati
Boleh cerita di kedai kopi

Chorus

(Salam)
Cerita kedai kopi
Cerita kedai kopi
Tiada hakim tiada saksi
Cerita sensasi di kedai kopi (2x)

Verse 1

(Salam)
Ada satu hero melayu, namanya rahsia
Dulu lepak tepi parit kampung
Sekarang lepak media massa

(Malique)
Asal boleh masuk tv, dia mesti buat
Awek tengok jambu, laki tengok meluat
Citarasa makin besar otak makin ketat
Baru angkat berat sikit baju pun dah sendat
Ay, jalan berkepak dengan awek romantis
Biasalah budak baru nak naik jadi artis
Ay, jalan berkepak dengan awek romantis
Biasalah budak baru nak naik jadi artis
Jakun ke pelakon, jamban ke makan malam
Dinner show menyanyi, sorang pun tak faham
Tapi datin muda tengok, geram dan sangkut
Datuk outstation,apalagi angkut

Chorus

Verse 2

(Salam)
I’m in the mood for love
Simply because you’re near me
Honey but when you’re near me
I’m in the mood yes i’m in the mood for love

(Malique)
Terima kasih rahsia diterima
Kalau sunyi lagi boleh main gila
Datin kena taruk, rahsia kemaruk
Makan boleh tapi jangan sampai kena lauk
Datuk pergi London lama, pucat bila balik
Bini buncit sikit tau dia tak boleh naik
Datuk pergi London, dia pucat bila balik
Bini dan anak percuma dah ada penyakit
Apa kesudahannya, apa yang terjadi
Rahsia tinggal rahsia takkan masuk tv lagi
Cerita sensasi dengar di kedai kopi
Setiap individu punya versi sendiri

Bridge

(Salam)
Masing-masing ada masalah sendiri
Masalah dunia, masalah peribadi
Luahkan jangan simpan dalam hati
Boleh cerita di kedai kopi

Chorus

Verse 3

(Malique)
Terlalu banyak kena kopi aku menyanyi
Ditemani teko berasap dan bau wangi
Ditemani cahaya malap dan lagu reggae
Hayati, rentak keluarga marley
Hamba di belanda di tengah ibu kota
Temanku Salam, dreadlocks bawah mahkota
Anak perantauan yang punya citarasa Jamaica
Rindu nak dengar cerita kedai kopi Malaysia
Aku cerita, dia ketawa
Tak kering gusi, jatuh kerusi
Dia pula bercerita tapi bukan tentang dia atau dia
Di Eropah orang bentang idea
Topik-topik intelektual didiskusi
Anjakan paradigma bila kena kopi
Peace, love and harmony, reggae sampai pagi
Keluar kedai kopi Amsterdam masih steady

Chorus

Outro

(Malique)
Terlalu banyak kena kopi aku menyanyi
Ditemani teko berasap dan bau wangi
Ditemani cahaya malap dan lagu reggae
Hayati, yeah…

Wednesday, April 28, 2010

Review MEMOIR GONDOL


Sejak transaksi bayaran dilakukan, kesemua posmen2 yang lalu depan umah gua...gua suspek ada bawak Memoir Gondol. Kesemua envelop2 dalam petisurat, gua suspek mengandungi Memoir Gondol. Pendek kata, sehari 10 kali gua cek petisurat umah gua.. itu belum kira petisurat umah jiran.. takot2 posmen salah anta.
Sedikit Countdown

TIGA

DUA

SATU

Envelop misteri yang gua langsung tak suspek nih mengandungi Memoir Gondol !!! .wakakaka gua hampir2 pitam bila mengetahui kandungannya adalah MG. Suspen betolla...Kepada korang yang menunggu kehadiran MG... pastikan envelop yang berformat seperti di bawah :

...Hip..hip Hooray!!!... saat yang korang nanti-nantikan kini kunjung tiba.. (mesej utk bebudak opis gua yang nak baca free) haha.. Setelah menanti dengan penuh kesabaran.. akhirnya Memoir Gondol milik gua. hoyeh..hoyehh!!!

Gua pernah guna envelop saiz begini utk hanta borang UPU nak masuk U.

Dulu gua ingat, Memoir Gondol nih buku karya si Gondol... rupa-rupanya silap. Memoir Gondol merupakan catatan tulus Luca De Ketiak untuk member tercinta bernama Gondol. Satu persoalan terjawab sudah. Hasil adaptasi dunia realiti... watak Gondol dan rakan-rakan berjaya diolah dengan baik sekali oleh penulis. Syabas!!! Penerbitan berunsur romantik seram ini amat sesuai untuk bacaan umum dengan mengutarakan elemen2 santai serta ringan-ringan... haha. Tiada teka-teki dan tak perlu berserabut-serabai palahotak seperti novel-novel kotemporari zaman sekarang. Bersaiz poket... kecil dan padat menjadikan ianya amat praktikal untuk dibawa kemana-mana sama ada majlis rasmi atau santai, wahima ke jamban sebagai modal pelaburan.

Tidak begitu lama masa yang diambil utk habiskan satu buku. Dah 10 kali gua khatam. Gilerr... lawak giler... memang best, gua tertarik dengan penulisan gaya koya yang digunakan. Bermula dari kulit depan, diikuti dengan muka surat 1 hingga ke kulit belakang menjanjikan tawa riang sepanjang bacaan. Antara tajuk menarik yang dimuatkan ialah "ENCIK ZAWAVI YANG LEGEND", manakala peristiwa menyayat hati boleh dibaca pada mukasurat 30 berjudul "KENYATAAN TIDAK AGAK-AGAK", wakaka gerek betolla.

Detik-detik cemas "AMUKAN SEORANG REBEL"

Tidak abis di situ...bagi pengikut2 blog Sembang Kencang, 2 kisah ekstra diselitkan sebagai bonus. Yippie yey..yey...Memang berbaloi gua oder... dan berbaloi-baloi buat member2 gua yang pinjam. Kesimpulannya Gondol mmg misteri... sama misteri ngan koala blakang umah beliau. Harapan gua cuma satu, agar dapat dibuat satu discovery bagi mengisahkan Jaws sepertimana digembar-gemburkan. haha... gua sudah mula himpun duit untuk keluaran lu akan datang... mention awal2 k.. haha

fenomena semulajadi lepas membaca, gua berfesbuk


amacam korang?? ada berani?? kalau berani... tunjukkan keberanian,

kalau yakin, tunjukkan keyakinan tanpa segan silu membeli..

kalau malu..., JANGAN tunjukkan kemaluan... woi tunggu apa lagi?? beli la beli... Klik Sini



mendapat publisiti hingga ke peringkat antarabangsa


p/s: Kini semua orang leh meminjam dan membaca wat macam buku sendiri no. 1. (seruan khas untuk bebudak opis gua lagi...wakakaka)


Monday, April 26, 2010

Driver Opis


Abg Lan… siapa abg Lan nih??? Haha.. abg Lan merupakan seorang driver opis gua yang berpengalaman, berdedikasi serta cekap dalam segala hal2 berkaitan pemanduan. Habaq mai nak pegi mana…. destinasi dituju tanpa banyak soal. Seorang yang cool, penyabar serta berhemah dalam tingkah lakunya baik di opis mahupun di jalan raya. Kalau naik keta dengan dia… keje gua tak lain dan tak bukan ialah tido sepanjang perjalanan. Rasa selamat je.. haaha..


Satu sifat2 beliau yang gua amik teladan iaitu… beliau amat sayangkan profesyen sbg seorang driver merujuk pada kata-kata hikmat beliau, “Kerja didahulukan, Keluarga dibiarkan dulu utk sementara, Pencapaian diutamakan”. Abg Lan nih kalau dah keje… mmg tak ingat nak rehat/cuti. Kagum betul gua ….


Suatu hari…. Gua tak nampak kelibat Abg Lan yang selalu merayau-rayau dalam opis mencari penumpang…. Ishhh gua jadik heran dan soklan2 misteri bermain2 dalam pikiran… puas dicari tapi batang idung dia gua tak jumpa. Hendak je gua repot polis, gua risau betul….


Keesokan harinya… gua terserempak ngan Abg Lan di tempat parking. Gua menyatakan perasaan gelisah gua padanya tentang peristiwa semalam… di saat gua betul2 membutuhkan seorang driver bagi kerja2 luar opis.


“Abg Lan pi mana smalam??? Satu hari tak nampak??”, jerit gua..keras!!!


“Ooo smalam dapat cuti…. Adik bradik meninggal !!!”, Abg Lan…sayu.


Gua terkedu sambil “Innalillah……..”


“Nasib baik adik beradik aku meninggal… dapat gak aku merasa cuti dan rileks2”, jelas Abg Lan.


Gampang!!! Selamba kodok betolla orang tua nih!!!! &^$%#$@#* gua mencarut dalam hati.

Saturday, April 24, 2010

Begitu senang nak masuk TV !!!

nah..amik !!! nak masuk TV sangat...


Senang nak masuk TV.

Macam-macam perangai manusia di zaman sekarang. Masing2 boleh dikatakan mengejar glamer biar dengan cara apa sekalipun…janji glamer..haha. Bila sebut perihal glamer nih secara umum berkait rapat dengan media sama ada jenis elektronik mahupun cetak.

Tak kira jenis apa pun yang penting kedua-duanya berfungsi sebagai pencanang kepada maklumat. Tapi bagi gua yang lebih pantas dan mudah ialah menerusi televisyen. Sebabnya dalam setiap rumah ada TV. Korang pegi carik rumah yang takde TV… ada tak.??? Dalam keta pun skang leh letak TV !! Henpon korang pun gua pecaya ada signal TV!!! Korang jangan bagitahu Gua rumah api takde TV!!!! Gua sekeh kang… Kalau korang takde TV..sila lepak kedai mamak… abis cerita!!!

Korang ada menyimpan angan2 nak masuk TV tak???

Berdasarkan tren2 skang…

1) Berdiri pada bangunan tinggi… betul2 di hujung bucu bangunan sambil pandang ke bumi… korang hanya perlukan masa 1 jam untuk menarik perhatian orang ramai sementara menunggu pasukan Bomba dan penyelamat tiba. Kalau bernasib baik… ada la reporter dan peluang utk masuk TV n kuar suatkaba amatlah cerah. Jika tiada sambutan…. Haha.. apa lagi….takyah buang masa lagi terjun je.. kemungkinan besar bila sampai di bawah (mati) korang dapat masuk TV n suatkaba.

*kenapa perlu tunjuk pada orang ramai yang anda nak bunuh diri??? Gua heran betul dengan orang2 begini. Niat diorang lebih kepada ingin tunjuk perasaan / stress!!! Kalau nak bunuh diri sangat senang je… minum racun sebelum tido. Takyah nak heboh2…k…


2) Carik satu isu…kalau boleh isu yang boleh nangis2 tangkap simpati… pastu kontek Karam Singh Walia. 100% konfiden masuk TV.

*K.S.W kalau bertanding kerusi Parlimen Hulu Selangor.. gerenti menang!!! Lu mmg prihatin..haha syabas.

3) Bagi mereka2 yang gemarkan acara olahraga,…...lari-lari dari umah n buat mak bapak risau pastu repot polis juga leh membantu mencapai cita-cita utk kuar TV n Suatkaba muka depan Metro.

*bagi klu sekurang-kurangnya seminggu skali memberitahu lokasi dan keadaan anda. Jangan susahkan PDRM utk carik anda…. Banyak lagi kes2 berat yang perlukan perhatian pihak polis.

4) huhhh yang nih lagi glamer!!!!...tapi korang harus melalui proses maki hamun sebagai langkah pertama. Ikuti huraiannya / kisah di bawah :

Malam tu.. gua tengah rancak dok kira duit... berselerak duit atas lantai. Duit meniaga, biasalah.. berkepok2 ikat ngan getah tempey. Korang ingat kira duit senang ke??? hishhh...memang tak susah pun sebenarnya.. tapi gua asyik tersyasyul gara-gara Mentor musim ke-4. Adalah menjadi sesuatu yang ganjil pabila gua hanya mendengar tanpa melihat sendiri pemilik sora2 sumbang itu. huhh.. Lantas dengan itu, gua segera menghadap TV sambil mengunyah KOKO Krunch yang dirampas dari Chicha..hehe

Gua lihat semua peserta ujibakat memang berbakat besar serta patut dipuji tapi bukan sebagai penyanyi sebaliknya pelawak. Gua rasa macam tengok raja lawak lak...raja lawak pun tak sebegini gampang lawaknya. Hilang nafsu gua sejenak terhadap duit-duit yang bertaburan.

Perghhh enak .. memang enak sora masing-masing... sedap... umphhhhhh...sedap untuk dimaki !!! kalau iyapun nak masuk TV..agak2 la.

Gua heran betulla...gila main redah je.... asal glamer je.... takkan takde member2 komen pasal sora diorang sebelom gi odisyen ??? Nampak sangat member2 tak jujur!!! Hehe…gua nak gelak pun tak sampai ati !!! yang paling buat gua nak nangis, ada pulak yang prasan n konfiden sora dia sedap!! haha gua tak tahu la dalam palahotak diorang dok pikir apa!!!

Gua yang bersora sedap, lunak dan merdu bak buluh perindu pun pikir dua tiga kali nak pi odisyen...hahaa. Gua memang ada hati jugak nak Join Mentor nih... tapi bila mengenangkan nasihat kawan2 yang jujur.. gua akur !!! hahah gonjeng betolla.. hhaahaha Namun begitu semangat nak masuk TV tidak pernah luntur... gua tetap nak join Mentor. Gua berkira-kira utk jadi mentor.. hehe bukan protégé!!! Sesape yang odisyen ngan gua ..gua bagi pinggan xklusif. Korang tunggu je Mentor Musim 5 nanti.(acah je..acah mak enon.. pagi2 makan timon..dah besar jadi penyamon!) haha.. yey.. gua takmo kena gelak siut!!!

Bukan susah nak masuk TV kan??


p/s: gua cuba menyelami perasaan dan palahotak insan2 yang nak masuk TV n glamer nih!!

Friday, April 23, 2010

Satu Petang di Petronas


Hari yang paling bizi selain Isnin ialah hari Rabu. Tapi buat minggu nih kebizian hari rabu telah ditunda ke hari Khamis. So hari nih gua memang bizi gila babi. Terkejar kesana ke mari dalam melangsaikan segala task untuk hari ini. Tapi walau camana bizi pun gua tetap leh login fesbuk n update status. Itu lah definasi bizi bagi gua… haha

Hari ni jugak gua ada tugasan luar pejabat… satu tugasan yang mencabar serta membahayakan nyawa pasukan gua. Adapun team gua ini terdiri daripada:

1) Pn. Zainab, (bukan nama sebenar),Commander.
2) Pn. Siti (Pencukup Korum)
3) Misyar (GPS)
4) Gua (ntah tiba2 gua leh jadi supir.. terpaksalah gua deal ngan misyar. Bakat kesupiran gua kian terserlah pabila berpadu idea dengan si Misyar mengenai selok belok jalan sekitar Penang).

Selesai lunch… gua satu team lepak sat di Petronas bukan untuk isi minyak tapi atas rayuan misyar nak buang air. Cian….dari sebelom lunch dia simpan, baru sekarang nak buang. Katanya tak suka buang masa gi jamban dua tiga kali. Sebelom gi jamban sempat gak beliau capai botol mineral water n bayar kat kaunter.

Semasa beratur….


Zainab: misyar dah gi toilet lom?? Nak gi toilet tak??

Misyar: blom.. (muka panik !!!)

Gua: kenapa? Ada nak kirim apa2 ke?? (gua nyampok)

Erkkkk..gua tak tahu camana leh terkeluar soklan begitu!! hahaha


p/s : wakaka zainab sebenarnya nak kompom toilet kat situ bersih ke tak,,, hahaha konpius betol gua….

Wednesday, April 21, 2010

Lagu Feveret

Fuhhh… dari semalam…gua dok melayan satu lagu nih… huh.. menusuk kalbu betul. Dalam jamban pun gua rasa jiran tetangga gua dengar lagu yang gua dendangkan….ianya bagaikan spesyel, berkumandang merdu secara terus menerus dari mulut kasturi gua. Nak mandi gua bagi selagu…..nak bekfes gua alun selagu… pakai kasut gua boh selagu lagi… masa stat moto gua balun selagu dua lagi tanpa skit pun rasa cemuih. Lagu nih cukup femes dari budak2 tadika hingga ke peringkat dewasa. Gila arr… lagu nih suda menjadi pujaan sepuloh Nescafe di hati gua.

Korang mesti tertanya2 lagu apa yang gua nyanyi sehinggakan fenomena aneh menyelubungi diri gua. Haha macam misteri je bunyinya kan???wakaaka gua minat betul lagu2 kumpulan VE… boleh dikatakan kesemua lagu2nya gua hapal. Korang tanya je hal2 yang berkaitan kumpulan nih… nama penuh penyanyi / tinggal di mana? / umo berapa? / tarikh besday? dan lain2….. nescaya dengan pantas gua menjawab “Ntah”.

Gua terdengar lagu nih tiap2 pukul 2 pagi di TV8…. ngantuk betul time tu..
2 kali gua terlepas untuk merakamkan lagu nih.. Dalam keadaan separa sedar, akhirnya gua berjaya dan gua ingin kongsi kejayaan ini kepada pengunjung2 blog nih. Terimala
h VE n Friend.. lagu feveret gua dan mungkin juga anda !!!...hehe …yo..Gabba Gabba… !!!


Kualiti video full HDMI ini memaksa korang mengejas sound volume ke tahap 80%... ngeh..ngeh..ngeh.

p/s: sesiapa yg tak tahu lagu nih sila meninggalkan negara ini dengan segera!!!

Monday, April 19, 2010

Selama nih gua dok dengar orang kata je..tapi gua tak tengok depan mata


wakakaka tajuk yang paling bangsat panjangnya....sampaikan gua tersasul2 nak nyebutnya....


Selama nih gua dok dengar orang kata je..tapi gua tak tengok depan mata…. Sehinggalah satu hari gua…


Sabtu minggu lepas, gua ngan zam (abg gua) pegi Bayan Baru, tengok kereta… hajat beliau nak bawak kuar V6 (Proton Perdana) sebijik. Carik hok kaler itam.. cun katanya. Gua hangguk2 setuju. Apahal pulak mamat nih sampai ke Bayan Baru gi carik V6??? Gua heran. Area Bagan dok bersepah2 V6 !!!... tapi katanya V6 Bayan Baru murah…

Gua bukannya xpert sangat jalan2 sekitar penang… walaupun ic gua -07- tapi gua kerap sesat. Ala kalau gua sesat pun… gua tetap berada di Pulau Pinang .. takkan buleh terlajak sampai Hatyai. Betul tak?? haha

Gua dan zam dijemput oleh tokeh kira2 10km dari kedai. Lihat…betapa komitednya tokeh itu untuk menjual V6 kepada zam. Setiba di kedai….soklan pertama (feveret) yang terpacul dari mulut zam “tokeh….monthly berapa nih??? “

Patutla murah…..Indah kabar dari rupa !!! V6 asap putih, body reput… luar nampak V6, masuk dalam macam tukun…. Sedikit kuciwa riak di wajah zam. Gua gelak dalam hati… Takpe zam… kedai lain banyak lagi.


Selama nih gua dok dengar orang kata je..tapi gua tak tengok depan mata…. Sehinggalah satu hari gua…


Gua dah lama perasan benda nih… Uncle Muthu sangat rajin menghantar 3 orang anaknya ke sekolah sekaligus. Rileks je…. Lasak betolla EX5 keluaran Honda nih…

Sesekali gua pernah gak ikut bontot kancil beliau selaju 35km/j dari pekan Penaga sampai Maklom lebih kurang 25KM. Biasalah jalan kampong… sempit… Kalau dapat potong kira bertuahla hari tu. Gua perasan ada berpuloh2 bijik lagi keta Q balakang gua. Wah uncle Muthu dah macam Marshall !!! kami berkonvoi ke destinasi yang berbeza...Bukan main seronok dua ronok lagi gua dendangkan maki hamun. Kancil yang padat dengan keluarga muthu itu telah mengalahkan MPV dengan kapasiti enjin hanya 660cc. Hebat tak???


Selama nih gua dok dengar orang kata je..tapi gua tak tengok depan mata…. Sehinggalah satu hari gua…


Macam biasa…cukup mileage.. keta kene servis. Gua servis kat bengkel ah seng. Bengkel ah seng merupakan panel tetap gua menservis keta. Seingat gua…. kedai ah seng dilantik menjadi bengkel panel keta gua sebab beliau bagi torch light untuk pelanggan baru.. tu je… torch light tu pun dah jahanam berkurun lalu dalam masa 2 minggu.


Ah seng: bila mau angkat keleta baru??

Gua: kalo wa angkat keleta baru.. wa takmo mai lu punya kedai!!!

Ah seng: Apa pasal??

Gua: lu tak reti servis BMW ma !!!

Ah seng: FuhyooOo… BMW ?? berapa top speed?

Gua: 250km/j senang2 je Alphard lu cicir !!!! hahaha

Ah Seng: Baik lu angkat GTR …260km/j top speed…. Haha lagi manyak laju Ooo. Lu buley terbang skit… haha.. haiyaaa…

Gua: gila pe!! .. apek nih sembang top speed ngan aku… lu tak sedar ke gigi lu tinggal sebatang!! Kalau gua tempeleng amacam??? (dalam hati)


Selama nih gua dok dengar orang kata je..tapi bila gua tengok dan terkena pada batang idung sendiri.. barulah gua mengerti bahawa:

1) orang melayu kalau beli keta… “bulan2 bayar berapa???”

2) orang india kalau beli keta… “berapa ramai boleh naik???”

3) orang cina kalau beli keta… “berapa laju boleh pegi???”

Friday, April 16, 2010

Macam senang je nak dapat duit kan???

wo..wo..wo rilek rilek... jangan paksa diri untuk membaca!!! bagi korang yang asyik membaca dari tadi gua syorkan rehat sebentar!!! klik di sini untuk mengetahui intro kisah ini.

Demi sesuap nasi, itu la tema gua sepanjang hayat…haha. Gua memandu pegi opis.. keje malam gamaknya. Niat gua yang tulus untuk bekeje dilencongkan dek 5 series yang memintas gua gaya kuang ajaq!!!! berdezuppppPPpp !!! Cisss… sib baik lu 5 series… kalau kancil..alamat kutip bumper la lu !!!


JFS 6**7…….Lu tunggu !!! gua ligan !!! (pedal minyak = rapat)


Ntah tiba2 gua teringat blog cap ayam yang gua usahakan tak sampai 2 bulan usianya. Bila terkenangkan blog, secara reflek gua teringatkan Nuffnang. Bila tingat Nuffnang pula, transmisi otomatik membuatkan gua kembali meratap 5 series idaman gua.


Pertama kali dalam dunia blog.. kesimpulannya.. macam2 jenis, rupa bentuk blog yang gua jumpa. Pertama kali juga gua bernuffnang kerana gua berkira-kira dengan mendaftarkan diri dapatla gua menyara 5 series barangkali. Tapi dengan situasi sekarang gua rasa 3 series 2nd hand pun susah nak bawak kuar.


Macam senang je nak dapat duit kan???


Nuffnang??? Ada ke orang yang nak klik??? Satu lagi masalah yang gua tengah rungkai stat smalam. Fuhhh… dengan traffic yang sekangkang kera buat waktu ni, berangkali tahun 2025 pun belum tentu gua dapat merasa duit klik2 nih buat bayar 5 series gua.


Macam senang je nak dapat duit kan???


Gua mengelamun tahap global…. (think out of the box la kununnya) Wow !! gua terpikir pulak Mafia2 jual dadah..pun leh kaya. Macam stail plak skang nih jual2 dadah. Femes da macam MLM. Untung gerenti berkandaq-kandaq. Kalau gua buat sendiri lagi untung besar kan??? Sape pulak nak hendel http://cikibambamm.blogspot.com kalau gua kene gantong ???


Macam senang je nak dapat duit kan???


Ahhh… dalam paper tadi gua tengok skang jadi tren pulak main saman-saman kan?? err…salah skit saman…silap skit saman… Sekali saman 5 juta… perghhhh…gila.. tak payah berjaga malam soh org klik-klik nuffnang kan??? Hebat kan??? Tapi apa kejadahnya gua suka2 je nak saman orang??? Gua bukan menteri siut !!! Kes-kes saman yang berjaya biasanya dipelopori oleh Polis Trafik… hahaha.


Macam senang je nak dapat duit kan???


Cilaka !!! kuda putih dah ikut blakang gua!!! Dia bagi isyarat soh gua benti tepi. Shit !!! gua bakal kene saman. Mengikut undang-undang trafik, RM300 sumbangan mandatori dikenakan terhadap pesalah lampu merah. Macam mana gua settlekan?? Tak payahla korang tahu…haha


P/s : Pemilik 5 series JFS 6**7… lu mmg bernasib baik !!!!

Thursday, April 15, 2010

Bayam Masak Merah...Yey !!


Macam biasa, (salah satu) rutin yang dibuat bila time ujung minggu ialah pegi pasar.Inilah yang gua amalkan selaku pemegang title suami mitali. Mudah je kan?? bukannya baru sehari dua gua ke pasar nih !! dah bertahun2 gak tradisi nih sejak gua dok bawah ketiak mak lagi.

Habaq mai... jenis sayur..!! nama ikan !! kekacang !! ulam-ulaman dan lain2 benda.. semua gua tahu dan gua takkan balik ke rumah kalau gua tak jumpa barang2 yang gua cari.

Biasanya gua pegi pasar sorang2... tengok keadaan.. kalau list barang skit, gua bawalah si Chicha.

11 April 2010 lepas siram pokok.


"mana list barang yang nak beli nih?".

"ala.. lupa nak tulih.. skit je... ayam, cilibo, tomato, kangkong, serai", jerit mama dalam bilik air, tengah mandikan Chicha barangkali.

"roger that", sambung gua sambil stat moto.

fuhh misi gua kali nih amat mudah. Just one stop... petik jari je.. bayam, cilibo, tomato, kangkong...serai....semua barang settle. Yey !!! Gua pulang ke rumah dengan wajah puas... Yey..Yey !!!

lepas anto barang.. tak cakap banyak gua terus ke kebun pegang cangkul plak... gua tak tahu da apa jadi kat umah lepas tu.. lebih kurang pukul 1.30 petang, gua balik umah...

"mana ayam? " mama musykil..

"ayam??.." gua 3 kali musykil !!!

hari nih kami sekeluarga menikmati hidangan makan tengahari dengan menu Bayam Masak Merah, lazatnya hanya tuhan yang tahu... baru hari nih gua dengar masakan nih!!! korang penah rasa tak??? gua hanya Yey ..Yey.. Yey !!! (dalam hati)

p/s : failure betolla !!!

Tuesday, April 13, 2010

Batang...... rokok



5 sahabat bersarapan pagi di kedai Ali…. Ye la.. kedai Ali la… kedai mana lagi !!! 5 orang yang dimaksudkan itu adalah gua, nazib, pezal, misya ngan adie.

Menu sarapan masing2 sama je… dah jadi trademark… :


Gua: nasi putih sambal ikan bilis

Nazib: Nasi goreng

Pezal : Roti jantan betina

Misya : Roti banjir

Adie : minum je… (dah makan kat umah bini masak)


Haha.. mesti korang tertanya2 tentang menu si pezal yang unik.. roti jantan betina… pasal apa dipanggil roti jantan betina?? Roti canai biasa (betina), Roti Telur (jantan) sebab ada telur !!! haha.. kalau roti jantan betina bermakna – roti canai biasa dan roti telur. Simple bukan??


Dok semeja sembang pasal Rokok Dunhill...


Adie : uihh rokok kotak 20 batang nanti naik RM10 sekotak!!! Mampuih…


Pezal: takde kesan kat aku pun !!! (dengan lagak org kaya sambil menghembus asap)


Adie: uihh gila arr… sebatang jatuh 5 kupang.. perghhh


Misya: Aku beli murah dekat Ali ...


Gua: (tak cakap banyak…menikmati sarapan dengan sopan santun)


Adie: ye ke ??


Misya: ha ah.. murah je… murah 2 kupang.


Adie: Aku beli batang kat ko ehh??


Misya : Sori… aku tak jual batang!!! Haram….. ko kalo nak batang gi carik kat pantai road..pukul 10 malam...


Gua : erkkkk….Sial punya statemen… gua rasa ada seketul nasi nak kuar dari lubang idung gua.. Cisss…


Nazib: (terus buka cite lain…pasal IPMAN 2)

Monday, April 12, 2010

Pasukan Bola Sepak Yang Digeruni !!!

Negeri Sembilan Vs Kedah

Gua bukannya amik tahu sangat pasal sukan bolasepak tanah air…tak berapa nak layan sangat.. Cuma bila dah jadi buah mulut orang… ke sana ke mari semua cite pasal bola terpaksalah aku amik tahu gak… al maklumla skang nih tgh musim World Cup. Rasa macam tak kacak plak bila aweks2 opis gua sembang pasal bola dan gua buleh nganga haram tak tau apa!!!! Haha

Cerita pasal Negeri Sembilan lawan Kedah hari tu pun gua baru tahu keputusannya hari nih… tu pun pasal Nazib kecoh2 dalam opis dok tepuk tangan pusing2 depan pezal walaupun Negeri Sembilan itu takde kene mengene ngan kelahiran atau sedara mara beliau…. Saje je kan..… Gua?? Gua tak terasa pun. Taman Penaga FC (budak-budak gua) yang kalah 14 – 2 ditangan Budak2 form 5 SMK Permatang Tok Labu pun gua leh buat tak tahu je… langsung gua tak sedih wahima tergamak bermuram durja….. sebabnya, gua tak minat bola pun.

Kepada penyokong kedah… jgn bersedih. Banyak kan baca buku nih :

Kepada Negeri Sembilan… terlalu awal untuk bergumbira!!! Kalian harus ingat …menang penalti tidak boleh dianggap hebat !!! Kalian harus menempuh satu pasukan yang masyhur kehebatannya dan terkenal di seluruh alam. Sebuah pasukan yang digeruni strateginya, gerak geri maut yang mengelirukan. Amat sukar untuk bermain “Marking” kerana ianya tidak berkesan terhadap pasukan ini. Susunan formasi yang bijak di mana penjaga gol tidak dapat dikenalpasti kedudukannya. (Penjaga Gol bermain posisi right wing).. hebat tak? Merupakan sebuah pasukan yang kaya… tiada sponsor mahupun nombor pada jersi. Menjadi igauan ngeri bagi musuh sekaligus melenyapkan impian untuk mara sebagai juara liga….!!!!

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.



Sunday, April 11, 2010

Sindrom Kekucingan



Salam Sejahtera ....

Hahaha macam baik je kan intro salam sejahtera...wakaka..memang baik pun...

Bila gua cek folower gua 80% terdiri daripada kaum hawa....hehe.. setelah gua joging dan lompat2 dari satu page ke satu page yang lain, gua dapati 50% dari folower2 pompuan ni ada gambo kucing... so kesimpulan yang gua leh buat..pompuan mmg suka kucing. Betul ke??? Sila betulkan kalau gua salah..hahaha.

Korang ingat...korang je ada gambo kucing.... gua pun ada..hahaha gua rembat dalam emel adik gua....sebagai tanda menghargainya gua dipaksa untuk publish kat sini. Ntah apa motif dia gua tak tahu...banyak pulak tu...

Gua mana layan kucing2 nih... gua layan scorpion je, sebab gua scorpion king. Gua bukan Catwomen. Cakap pasal scorpion nih.. gua ada nak tanya skit !! kalau korang genius dan mahir sifir 12...Scorpion - kaler apa? Jawab..jawab...!!!

Takyah fening2 kepala di petang hujung minggu... gua just nak korang enjoy tengok2 gambo sambil lepak2 tido..tido.


kiut je kan??


landing baik punya...


tido jenis mata terbuka skit.


selesa tido...


tido lepas main gitar


sejukk je kan??



tido nak bunuh diri


tido lepas main piano


tido sesama adik beradik...


lepak betul tido nih... cam tepi pantai lak...


tido kenyang...


5 minit sebelum tido.. kira tido jugak la nih...


tido lagi... tak abes2 tido...


tido gaya VIP...kaki silang..syokk betul

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
woi... NIH PEHAL PULAK TAK TIDO2 NIH!!! syuhhh..syuhh heppp






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...